Hidup ini penuh dengan cabaran. Tidak sentiasa berada dalam keadaan selesa, adakalanya ujian datang menerjah. Ketika inilah kita perlu kuat melawan setiap ujian yang mendatang agar kita mampu meneruskan kehidupan.
Setiap orang tentu memiliki masalah sendiri-sendiri yang terkadang membuat hati gelisah serta sedih. Di dalam Al Quran banyak terdapat ayat yang merupakan doa yang boleh diamalkan sebagai penenang hati.
Berikut ayat dalam Al Quran yang bisa diamalkan sebagai doa penenang hati:
“Zikir – Penenang Hati”
Hasbi Rabbi Jallallah
Ma Fi Qalbi Ghayrullah
Nur Muhammad Sallallah
Lailaha Illallah
Cukuplah Allah sebagai tuhan
Tiada yang lain dihatiku melainkan Allah
Nur iaitu cahaya Muhammad
Selawat dan salam ke atasnya
Dan tiada tuhan yang disembah melainkan Allah
KELEBIHAN ZIKIR HASBI RABBI
Saya post kan zikir yang sangat digemari dan zikir ini juga dapat memberi ketenangan dalam diri kita iaitu Hasbi Rabbi..
Kita wajib menanamkan sifat yakin terhadap Allah S.W.T.. Zikir ini dapat memantapkan lagi keyakinan kita pada Allah serta ingatan kita padaNYA..
Jika anda semua berasa rindu akan seseorang, lafazkanlah dan bacalah zikir ini supaya hati anda rasa tenang dan sentiasa ingat pada Allah dan gantikanlah rindu itu kepada rindu Yang Maha Esa lagi baik…
Jika anda dapat mengerti setiap ayat dalam zikir itu adalah lebih baik kerana setiap maksud di dalam zikir ini, sangat baik dan kita hanya berserah pada Allah… Sama-samalah kita mendengar dan sentiasa menjadikan zikir harian kita..
Satu dakwah yang cukup mudah untuk dapatkan pahala iaitu SHARE post ini… jika mereka yang lain baca anda dapat pahala, ada orang berubah kerana baca post yang anda share anda dapat pahala, Jika ada orang masuk islam kerana post yang anda share anda dapat pahala… pahala mudah di dapati tapi hati selalu berat untuk memilikinya…
Renungan:
Mencintai Allah, bermakrifat kepadaNya, selalu berzikir kepadaNya, mencari ketenangan denganNya, menenangkan hati di sisiNya, takut, berharap dan tawakkal hanya kepadaNya, dengan keyakinan bahawa Dialah Yang menguasai segala keinginan dan kemahuan hamba, itu semua adalah syurga dunia dan kenikmatan yang tidak dapat disamakan dengan kenikmatan lain. Dan itu adalah kesenangan dan kehidupan bagi mereka yang mencintai Allah.
Sumber kredit: Mohd Ibrahim Top image: Photo by Aliko-Sunawang from Unsplash
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Yatt Hamzah Kongsi ‘Checklist’ Persediaan Menyambut Ramadhan. Boleh Kejar Berjuta Pahala!
Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum kita menyambut bulia mulia iaitu Ramadhan. Pastinya tahun ini kita akan melaluinya dengan pengalaman yang berbeza kerana kita sedang berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Sudah bersediakah kita untuk melaluinya? Menerusi laman instagram Yatt Hamzah, dia telah berkongsikan cara yang mudah untuk kita meraih jutaan pahala pada bulan puasa ini. Jom kita semak!
HARI INI ISNIN 26 SYAABAN 1441H, 20 APRIL 2020. LAGI 4 HARI SEBELUM RAMADHAN TIBA. BERSEDIAKAH KITA?
.
.
PELUANG NAK BUAT JUTAAN PAHALA DAH NAK TIBA..
Mari kita rebut peluang ini!
Nah Bonda bg CHECKLIST SEBELUM RAMADHAN😍❤
.
1. Firstly, sebagai muslim yang benar-benar prihatin dengan kehadiran Ramadhan, kita hendaklah menjaga kesihatan kita sebaik mungkin, supaya kita tidak terlepas peluang untuk melakukan ibadat. Bukankah ini bulan untuk mengumpul pahala sebanyak mungkin? Oleh itu, jagalah kesihatan supaya kita tidak miss melakukan ibadah seperti solat tarawikh.
.
2. Menyemak semula hukum-hakam yang berkaitan dengan pengertian puasa, hikmah, rukun dan perkara-perkara yang membatalkan puasa agar ibadah yang dilalui tidak sia-sia.
.
3. Mengambil tahu amalan-amalan sunat yang sangat digalakkan ketika berpuasa seperti membaca al-quran, bersedekah dan membantu golongan yang susah. Di samping itu hendaklah juga mengetahui fatwa-fatwa berkaitan dengan permasalahan semasa yang berkaitan dengan puasa.
.
4. Menanamkan keazaman dengan penuh ikhlas untuk menumpukan sepenuhnya bulan ini dengan amal ibadah. Kehadiran ke masjid bukan kerana malu kepada orang ramai tetapi benar-benar mengharapkan pengampunan dari Allah Taala 🙂
.
5. Sentiasa berdoa ALLAHUMMA BALLIGHNA RAMADHAN
6. Mujahadah untuk bangun malam (beberapa kali seminggu). Supaya kita tidak liat lagi bangun malam di bulan Ramadhan
.
7. Menjaga lidah dari perkara keji seperti mengumpat dan mencaci. Yang mana suka banyak cakap tu, eloklah mula diam dari bercakap perkara yang sia-sia. Ingat, semakin banyak percakapan kita, semakin banyak silap yang kita lakukan. Begitu juga penulisan di socmed.
.
8. Mengingatkan orang lain tentang kepentingan membuat persediaan menyambut Ramadhan.
.
.
Para sahabat yang bersama dengan Rasulullah s.a.w dididik menyambut dan menanti Ramadhan dengan penuh kerinduan dan kecintaan. Ini terbukti dengan doa mereka selama enam bulan sebelum Ramadhan mengharap agar bertemu dengannya.
Kemudiannya, enam bulan selepas Ramadhan pula diisi dengan tangisan kerana berlalunya Ramadhan.
KITA BAGAIMANA?
@wardahsyaukah.my
JOM SHARE * TAG CHECKLIST DI ATAS.
“KOMEN JOM”
.
#YATTMENGAYAT #RAMADHAN
View this post on InstagramA post shared by BONDA YATT . BONDA OF 4 (@yatthamzah_suci) on
Moga ‘checklist’ ini dapat membantu anda bagi menjadi insan yang lebih baik bukan sahaja di bulan Ramadhan nanti malah untuk sepanjang hidup anda. InsyaAllah.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Himpunan Nama Lain Bagi Al-Quran Yang Perlu Kita Ketahui
Isi Kandungan
ToggleAl-Quran merupakan satu panduan hidup buat kita umat Islam untuk menjalani satu gaya perjalanan mengikut landasan yang benar. Ternyata, kita akui al-Quran juga menjadi perantara antara suruhan Allah SWT, pesanan Rasulullah SAW dan juga cerita teladan yang terjadi kepada kaum terdahulu.
Baginda SAW telah menerima al-Quran al-Karim menjadikannya sebagai ketua bagi para Nabi AS dan menanda sebagai mukjizat kerasulannya. Ia merupakan salah satu kalam dari Allah SWT yang di jaga sehingga ke hari akhirat.
Kelebihan al-Quran sebagai mukjizat telah di catat bahawa tiada satu makhluk pun yang mampu untuk mencipta walaupun satu potongan ayat daripada al-Quran. Menurut firman Allah SWT:
قُل لَّئِنِ اجْتَمَعَتِ الْإِنسُ وَالْجِنُّ عَلَىٰ أَن يَأْتُوا بِمِثْلِ هَـٰذَا الْقُرْآنِ لَا يَأْتُونَ بِمِثْلِهِ وَلَوْ كَانَ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ ظَهِيرًا
Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad) “Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun demi mendatangkan sesuatu yang sebanding dengan Al-Quran, mereka tidak akan mampu mendatangkannya walaupun mereka saling membantu”.
(Surah al-Isra’,88)
Nama-nama lain bagi al-Quran al-Karim
Secara lazimnya kita ketahui bahawa al-Quran adalah nama yang di sebut dan merupakan kitab terakhir yang di turunkan kepada Rasul SAW. Meski pun begitu, terdapat juga nama-nama lain yang istimewa bagi al-Quran al-Karim.
Kenapa banyak jenis nama bagi al-Quran? Menurut Laman Portal Rasmi Pejabat Wilayah Mufti, telah di perjelaskan oleh Al-Fairuz Abadi melalui kitabnya, kebanyakan nama itu menunjukkan kemuliaan bagi penamanya atau kesempurnaan dalam sesuatu perkara. Seperti terdapat pelbagai nama bagi Allah SWT yang menunjukkan lagi kebesaranNya serta kemuliaan, begitu jua nama bagi al-Quran untuk menunjukkan kesucian dan kelebihannya (Lihat Basair Zawi al-Tamyiz fi Lataif al-Kitab al-A’ziz, 1/88)
Antara nama-nama lain bagi al-Quran
Menerusi portal rasmi itu, terdapat jua pelbagai nama bagi al-Quran yang di sebut oleh sebilangan ulama melalui kitab mereka. Oleh dengan itu, di perjelaskan di sini nama yang di nyatakan oleh ulama hasil perkongsian oleh Dr. Wahbah Zuhaili melalui tafsirnya, iaitu al-Quran, al-Kittab, al-Mushaf, al-Nur dan al-Furqan. (Lihat al-Tafsir al-Munir, 1/14)
- Al-Quran
Al-Quran merupakan perkataan yang berasal daripada قَرَأَ yang membawa maksud menghimpunkan. Kata-kata oleh Ibnu Abbas, apabila di himpunkan dan di gabungkan ia di dalam hati kamu, maka beramallah dengannya. Tertumpu kepada kitab yang di turunkan kepada Baginda Rasulullah SAW sebagai tanda kenabiannya. (Lihat al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 22/30).
Firman Allah SWT:
إِنَّ عَلَيْنَا جَمْعَهُ وَقُرْآنَهُ
Maksudnya: Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu);
(Surah al-Qiyamah, 17)
Melalui tafsiran Dr, Wahbah Zuhaili menjelaskan Jam’ahu (menghimpunkannya) dan Qiraatahu (pembacaannya). Secara umumnya perlu di ketahui, bahawa al-Quran di turunkan secara berperingkat. Apabila telah dapat di kumpulkan semuanya, ia dinamakan sebagai al-Quran. (Lihat al-Tafsir al-Munir, 1/14)
Artikel berkaitan: Jurutera Berjaya Hafaz Al-Quran Dalam Tempoh 10 bulan, Hebat!
2. Al-Kitab
Dari segi bahasa, Al-Kitab bermaksudh ‘himpunan’. Dengan itu, ia di namakan al-Kitab kerana menghimpunkan pelbagai ilmu, kisah dan juga pengkhabaran. (Lihat al-Itqan fi Ulum al-Quran, 1/181)
Imam Fakhruddin al-Razi telah menjelaskan dalam tafsirnya bahawa al-Kitab merupakan kata terbitan seperti al-Qiam dan al-Siyam. Para ulama juga bersepakat bahawa al-Kitab membawa maksud kepada al-Quran. (Lihat Tafsir al-Razi, 2/260)
Al-Kitab dari segi istilah ulama usul bermaksud al-Quran. Ini seperti mana Firman Allah SWT:
وَنَزَّلْنَا عَلَيْكَ الْكِتَابَ تِبْيَانًا لِّكُلِّ شَيْءٍ
Maksudnya: dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk,
(Surah al-Nahl, 89)
3. Al-Mushaf
Dr. Wahbah Zuhaili juga menjelaskan dalam tafsirnya, al-Mushad berasal daripada perkataan ashaf bermaksud mengumpulkan al-Suhuf (lembaran). Al-Sahifah juga bermaksud lembaran kulit atau kertas yang di tulis atasnya. (Lihat al-Tafsir al-Munir, 1/14)
Di dalam al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah menjelaskan al-Mushaf adalah nama yang di tulis pada kalam Allah SWT. (Lihat al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 38/5) Menurut firman Allah SWT:
فِي صُحُفٍ مُّكَرَّمَةٍ
Maksudnya: (Ayat-ayat Suci itu tersimpan) dalam naskhah-naskhah yang dimuliakan,
(Surah Abasa, 13)
Imam al-Razi menjelaskan dalam tafsirnya bahawa maksud ayat di atas adalah hal kemuliaan al-Quran dan gambaran al-Quran itu di simpan dengan sempurna di dalam (suhuf) lebaran-lembaran yang terletak di Luh al-Mahfuz yang di muliakan oleh Allah SWT dan al-Quran ini suci daripada gangguan syaitan. (Lihat Tafsir al-Razi, 31/55).
4. Al-Nur
Selain dari al-Quran, al-Nur juga merupakan nama lain yang menyingkap perkara kebenaran dan menerangkan perkara yang tidak mampu di jelas tentang halal dan haram yang memberikan penjelasan lebih yang tidak boleh di guna akal untuk berfikir. (Lihat al-Tafsir al-Munir, 1/14)
Di dalam kitab Imam al-Suyuti, nama al-Nur ini di sebabkan oleh pemberian cahaya pertunjuk kepada permasalahan yang tidak jelas apabila menyoal isu halal dan haram. (Lihat al-Itqan fi Ulum al-Quran, 1/183)
Firman Allah SWT:
يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءَكُم بُرْهَانٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَأَنزَلْنَا إِلَيْكُمْ نُورًا مُّبِينًا
Maksudnya: Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu: Bukti dari Tuhan kamu, dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu (Al-Quran sebagai) Nur (cahaya) yang menerangi (segala apa jua yang membawa kejayaan di dunia ini dan kebahagiaan yang kekal di akhirat kelak).
(al-Nisa’, 174)
5. Al-Furqan
Imam al-Suyuti juga menyatakan al-Furqan di sebut sebagai nama al-Quran jua kerana membezakan antara perkara benar dan batil. (Lihat al-Itqan fi Usul al-Quran, 1/183)
Selain itu, Dr Wahbah Zuhaili juga dalam kitabnya menyatakan al-Furqan ini di sebabkan al-Farq iaitu membeza di antara al-Haq dan al-Batil, al-Iman dan al-Kufr juga kebaikan dan keburukan.
(lihat al-Tafsir al-Munir, 1/15) Firman Allah SWT:
تَبَارَكَ الَّذِي نَزَّلَ الْفُرْقَانَ عَلَىٰ عَبْدِهِ لِيَكُونَ لِلْعَالَمِينَ نَذِيرًا
Maksudnya: Maha berkat Tuhan yang menurunkan Al-Furqaan kepada hambaNya (Muhammad), untuk menjadi peringatan dan amaran bagi seluruh penduduk alam
(Surah al-Furqan, 1)
Sumber info: Laman Portal Rasmi Pejabat Wilayah Mufti
Artikel berkaitan: Istiqomah Baca Al-Quran Penawar Segala Penyakit, Rezeki Nenek Neelofa Dapat Jumpa Ustaz.. Di #Qurantime
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ustaz Don Berjaya Sentuh Lubuk Hati Terdalam! Ramai ‘Menangis Sebak’ Dengar Tazkirah Sirah Perjuangan Rasulullah
Pendakwah bebas, Ustaz Don Daniyal berjaya menyentuh hati dan sanubari penonton yang hadir ke Konsert ‘Agungnya Cinta: Menyusuri Sirah Baginda’ sewaktu menyampaikan tazkirah pada konsert sambutan tahun baharu 2023.
Pada sesi tazkirah yang mengambil tempat di Pusat Konvensyen Sime Darby itu, Ustaz Don sendiri gagal menahan air matanya ketika sedang menceritakan kisah Rasulullah SAW sewaktu baginda menghadapi sakaratul maut dan kemudian wafat.
Pengunjung Konsert Titiskan Air Mata, Sebak Dengar Kisah Kewafatan Baginda SAW
Apa yang lebih memeranjatkan apabila, Ustaz Don tidak menangis keseorangan kerana ramai pengunjung dan penonton juga gagal mengawal emosi masing-masing.
Para Pengunjung turut menitiskan butir-butir air mata keinsafan, tatkala mendengar kisah perjuangan pemimpin terulung yang tiada tandingannya yang selayaknya menjadi inspirasi dalam kehidupan setiap umat Islam.
Menurut laporan akhbar tempatan, gaya dan penyampaian Ustaz Don pada konsert itu begitu juga memainkan peranan, terutama ketika berkongsi tentang keperibadian Nabi Muhammad SAW.
Gaya penyampaian yang menarik ini, sekaligus berjaya memikat hati penonton tanpa mengira usia, malah rata-rata penonton yang hadir seramai 500 orang begitu tekun mendengar tazkirah yang disampaikannya.
Selain itu, ‘Konsert Agungnya Cinta: Menyusuri Sirah Baginda’ ini adalah satu inisiatif yang digarap untuk tampil dengan alternatif berbeza bagi meraikan sambutan ambang tahun baharu yang penuh dengan pengisian kerohanian.
Konsert ini berbeza dengan konsert sambutan tahun baharu yang lain kerana menampilkan bukan sekadar hiburan semata-mata, dalam masa yang sama konsert ini bertujuan mendidik hati setiap penonton agar mencintai Nabi Muhammad SAW.
Malah, selain pengisian kerohanian penonton yang hadir juga turut dihidangkan dengan pelbagai persembahan memukau daripada penyanyi nasyid terkenal tanah air seperti Raihan, UNIC dan Mirwana.
Penyanyi lagu Sumpah, Naim Daniel juga turut kelihatan bagi memeriahkan konsert yang berlangsung selama tiga jam itu.
Artikel berkaitan: Tiket Konsert ‘Padi Reborn 25 Years’ Licin! Sebahagian Keuntungan Disalur Pada Asnaf
Persembahan dan pengisian konsert itu, turut diselang-seli dengan tazkirah oleh dua pendakwah selebriti iaitu Ustaz Don Daniyal dan Imam Muda Megat Mohd Zaid.
Lebih menggamatkan suasana adalah penampilah khas, Man Raja Lawak juga melakukan sketsa dengan mendendangkan syair tradisi oleh Galuh Cendra Kirana.
Untuk rekod, konsert amal ini merupakan anjuran Afocus Media Ventures (AMV) dengan kerjasama Yayasan Unit yang berhasrat mahu meneruskan tradisi ‘konsert secara islamik’ penuh dengan perkongsian ilmu-ilmu ukhrawi sambil mendekatkan diri dengan sejarah para pemimpin Islam.
Justeru itu, sebarang acara yang memupuk semangat ‘mengenali Rasulullah SAW’ menerusi lagu mahupun tazkirah perlu dikekalkan dan terus disemai, agar kesedaran dikalangan orang ramai, khususnya umat Islam dapat dipupuk dalam diri individu dan juga masyarakat.
Sekadar info, sebahagian hasil sumbangan konsert bakal disalkurkan bagi tujuan kebajikan dan pendidikan insan-insan yang memerlukan.
Sumber: Instagram Don Daniyal & Harian Metro
Artikel berkaitan: Lincah Menyanyi Dan Menari Di ‘Konsert’ Tadika, Aksi Comel Aafiyah Persis Tok Ti.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI