Setiap kali bulan Muharram, biasanya umat Islam akan mengingati tarikh 10 Muharram dengan pelbagai amalan dan ibadah yang dilakukan. Apakah keistimewaan dan kelebihan yang ada pada hari ke 10 dalam bulan Muharram?
Jika mengimbau kembali puluhan tahun yang lalu, sudah menjadi tradisi umat Islam di Malaysia apabila tibanya 10 Muharram, maka kebanyakan dari Ahli Jawatankuasa masjid dan surau bertungkus lumus membuat persiapan untuk menyediakan juadah khusus yang memang terkenal iaitu Bubur Asyura untuk diagih-agihkan kepada orang ramai.
Itulah antara adat atau tradisi yang baik yang dilakukan oleh umat Islam di Malaysia. Tradisi ini masih wujud sehingga ke hari ini di samping melakukan amal ibadah khusus yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW iaitu berpuasa.
Ada yang bertanya bolehkah puasa ganti disekalikan dengan puasa Asyura? Berikut penerangan daripada Ustaz Don Daniyal Don Biyajid.
Ada qada puasa. Dalam masa yang sama nak puasa Asyura. Begini caranya.
View this post on Instagram
KELEBIHAN PUASA ASYURA & TASU’A
1. Tidak lama lagi (hari Isnin ini) kita akan bertemu dengan Hari Asyura, hari yang di mana Allah menganurgerahkan kemenangan buat Nabi Musa.
Rasulullah melihat kaum Yahudi meraikan kejayaan Nabi Musa tersebut lalu Baginda SAW bersabda:
فَأَنَا أَحَقُّ بِمُوسَى مِنْكُمْ، فَصَامَهُ، وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ
Aku lebih layak dengan Nabi Musa berbanding dengan kamu, lalu Baginda berpuasa dan memerintahkan para sahabat agar berpuasa. (HR al-Bukhari)
2. Rasulullah SAW turut membimbing para sahabat agar berpuasa sehari sebelum hari Asyura atau sehari sesudahnya. Ini bagi membezakan daripada amalan yang dilaksanakan oleh orang-orang Yahudi.
Sabda Rasulullah SAW:
صُومُوا يَوْمَ عَاشُورَاءَ، وَخَالِفُوا فِيهِ الْيَهُودَ، صُومُوا قَبْلَهُ يَوْمًا، أَوْ بَعْدَهُ يَوْمًا
“Berpuasalah kamu pada hari Asyura dan lakukanlah perbezaaan dengan Yahudi. Berpuasalah juga pada hari sebelumnya atau hari selepasnya.” (HR Ahmad)
3. Dalam sebuah hadis yang lain pula Rasulullah SAW seakan lebih cenderung untuk berpuasa sehari sebelum hari Asyura. Hari ini dinamakan sebagai hari Tasu’a.
Sabda Rasulullah SAW:
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : فَإِذَا كَانَ الْعَامُ الْمُقْبِلُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ صُمْنَا الْيَوْمَ التَّاسِعَ . قَالَ : فَلَمْ يَأْتِ الْعَامُ الْمُقْبِلُ حَتَّى تُوُفِّيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
“Sabda Rasulullah: Sekiranya tiba tahun yang akan datang InsyaAllah aku akan berpuasa pada hari yang ke sembilan Muharram. Maka tidak datang tahun hadapan melainkan Rasulullah SAW telah pun wafat.” (HR Muslim)
4. Rasulullah SAW turut menceritakan kelebihan berpuasa pada hari Asyura. Perkara ini direkodkan dalam hadis Muslim yang menyebutkan:
سُئل النبي صلى الله عليه وسلم عن صيام يوم عاشوراء ، فقال أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ
“Rasulullah ditanya tentang puasa hari Asyura. Maka baginda bersabda : Sungguhnya aku mengira bahawa Allah akan menghapuskan dosa setahun yang sebelumnya.” (HR Muslim)
5. Oleh yang demikian, mari kita berpuasa pada hari Asyura (Isnin nanti) dan hari sebelum atau selepasnya. Semoga Allah membimbing kita.
Sumber kredit: Dr. Ahmad Sanusi Azmi www.mais.gov.my dan Instagram Ustaz Don Daniyal
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
https://youtu.be/56nQrka4s8k
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI