Ramai yang mempunyai masalah untuk mandi pagi menggunakan air sejuk dengan alasan tidak tahan sejuk. Sudahnya, air panas juga yang menjadi pilihan.

Mungkin anda tidak tahu bahawa mandi pagi menggunakan air sejuk sebenarnya punya banyak kelebihan tersembunyi. Malah, boleh jadi terapi untuk ubati penyakit.

1. Tingkatkan Imunisasi Badan

Kelebihan Mandi Air Sejuk Setiap Pagi. Amalkan Ketika Pandemik Covid-19 Dan 7 Manfaat Lain

Mandi air sejuk dikatakan boleh menjadi penawar untuk demam dan jangkitan kuman pada badan.

2. Lancarkan Aliran Darah

Kelebihan Mandi Air Sejuk Setiap Pagi. Amalkan Ketika Pandemik Covid-19 Dan 7 Manfaat Lain

Aliran darah yang baik penting untuk kesihatan jantung. Apabila mandi dengan air sejuk, arteri darah akan mengecut dan menjadikan darah mengalir dengan lebih lancar.

3. Boleh Kurus!

Ads

Kelebihan Mandi Air Sejuk Setiap Pagi. Amalkan Ketika Pandemik Covid-19 Dan 7 Manfaat Lain

Ini yang paling disukai oleh wanita! Lemak perang dalam badan berguna untuk pembakaran tenaga dalam badan. Apabila badan terdedah dengan sejuk, lemak perang akan terbentuk. Sel-sel lemak ini akan membakar glukosa dalam badan untuk penghasilan haba badan.

4. Kawal Suhu Badan

Kelebihan Mandi Air Sejuk Setiap Pagi. Amalkan Ketika Pandemik Covid-19 Dan 7 Manfaat Lain

Mandi air sejuk dapat mengawal haba dalam badan dan mengaktifkan sistem pemulihan badan. Jika anda mempunyai penyakit kaki atau tangan yang mudah berpeluh, cuba mandi air sejuk.

Ads

5. Kurangkan Tekanan Perasaan

Kelebihan Mandi Air Sejuk Setiap Pagi. Amalkan Ketika Pandemik Covid-19 Dan 7 Manfaat Lain

Satu kajian mendapati air sejuk boleh merangsang titik biru pada otak yang menjadi sumber utama noradrenaline untuk badan. Noradlinaline membantu mencegah tekanan perasaan.

6. Kuatkan Pernafasan

Kelebihan Mandi Air Sejuk Setiap Pagi. Amalkan Ketika Pandemik Covid-19 Dan 7 Manfaat Lain

Ads

Setiap kali anda mahu mandi air sejuk, anda pasti akan menarik nafas dalam-dalam terlebih dahulu. Ia merupakan tindak balas badan supaya cuku oksigen untuk memanaskan badan dan mengurangkan renjatan kejutan akibat terkejut. Ia akan membantu menguatkan paru-paru.

7. Rambut & Kulit Jadi Lebih Sihat

Kelebihan Mandi Air Sejuk Setiap Pagi. Amalkan Ketika Pandemik Covid-19 Dan 7 Manfaat Lain

Air sejuk akan membuatkan rambut tampak lebih berkilat dan kulit juga akan menjadi lebih sihat. Pori-pori dan kutikel kulit akan mengecil lalu mengurangkan potensi tersumbat dengan kotoran dan mendatangkan jerawat.

8. Semakin Bertenaga

Kelebihan Mandi Air Sejuk Setiap Pagi. Amalkan Ketika Pandemik Covid-19 Dan 7 Manfaat Lain

Mandi air sejuk akan menyebabkan anda lebih bertenaga kerana jantung akan mengepam darah dengan lebih aktif seterusnya darah akan mengalir lancar ke seluruh badan.

Sumber: hanasuva.com

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI