Berdoa itu adalah satu hajat rohaniah yang diperlukan oleh manusia dalam kehidupan ini, lebih-lebih tatkala ditimpa kesusahan, kesulitan, malapetaka dan sebagainya. Ada ulama yang mengibaratkan doa itu laksana ubat bagi penyakit rohaniah seperti penyakit takut, cemas, rusuh, dan sebagainya.
Berikut perkongsian Mumtazah Sanusi tentang kelebihan doa munajat.
Doa ini ustazah catatkan di muka hadapan Al-Quran ustazah ketika belajar dahulu. Ustazah amalkan sepanjang pengajian, اَلْحَمْدُلِلّهِ. Al-Quran ini kemudiannya hilang tanpa ustazah sedari.
Hanya selepas 15 tahun, ustazah terjumpa kembali Al-Quran itu, lalu membaca kembali catatan doa tersebut. Ustazah menangis semahu-mahunya kerana lebih 15 tahun ustazah meninggalkan amalan itu!
Astaghfirullahal ‘azim.
Lalu doa ini ustazah catatkan pada Al-Quran anak-anak ustazah dengan pesanan dan harapan agar kami sama-sama meneruskan amalan itu.
*Antara kelebihan doa munajat ini adalah:*
1. Diampunkan dosa dan diterima taubat
2. Dimudahkahkan kefahaman ilmu dan Al-Quran
3. Dimudahkahkan menghafaz ilmu dan Al-Quran
4. Memperolehi nikmat suara yang memukau sehingga sesiapa yang mendengar, bertambah gementar hati mereka agar melihat kebenaran Allah walaupun sebenarnya mereka berhati batu.
(Ini terbukti dalam keadaan apabila kita mendengar suara imam yang sungguh lunak dan asyik bacaannya sehingga kita sebak dan menangis walau tidak memahami maknanya).
5. Dimuliakan dengan rezeki yang halal sahaja. Dijauhkan yang haram dan syubhah.
Tulis di dalam Al-Quran atau cetak doa ini dan tampal di dalam Kitabullah atau di dinding bilik atau pejabat kita.
Sebagaimana Sayidina Umar ‘jatuh cinta’ pada Islam ketika mana mendengar hanya beberapa potong ayat suci Al-Quran dari suara lunak Fatimah, semoga kita juga akan dapat melakukan yang sama;
Untuk diri, suami, anak-anak atau sesiapa sahaja إِنْ شٓآ ءٓ اللهُّ.
Diulang siar dari nota
#KuliyahFiqhWanita
Ustazah Nor Hafizah Musa
Sumber kredit: Mumtazah Sanusi