Kelebihan amal surah pengikat kasih suami isteri, jamin hubungan kekal hingga ke jannah. Insya-Allah

Share

Bagi pasangan yang baru berumah tangga, pastinya kemanisan merasai cinta itu sentiasa hangat dan membara. Tetapi macam mana pula bagi pasangan yang sudah lama berkahwin?

Adakah rasa cinta sudah makin pupus dek kerana pelbagai faktor? Jangan sesekali biarkan rumah tangga jadi lemau begitu kerana ia seharusnya dibajai dengan penuh kasih sayang agar terus subur dan kekal hingga ke syurga firdausi.

Ada pelbagai cara untuk pastikan rumah tangga kekal bahagia. Dan salah satunya dengan mengamalkan ayat pengikat kasih antara suami isteri.

Dalam sau perkongsian di laman facebook oleh Hanisah Mansor, dia mendapat amalan ini apabila melihat rancangan TV Semanis Kurma.

Dalam satu episod, Ustazah Siti Nor Bahiyah berkongsi dengan penonton satu ayat pengikat kasih antara suami isteri.

Surah yang dimaksudkan adalah dari Surah Al-Imrah ayat 26 hingga27. Diamalkan 3 kali selepas setiap kali solat fardu.

Menurutnya amalan secara berterusan insya-Allah hubungan suami isteri menjadi lebih erat. Dia yang mengamalkan petua ini sejak malam itu bersyukur kerana hubungan dengan suami tetap bahagia.

Walaupun ada sedikit gaduh, tetapi tiada berlaku perkara buruk dalam hubungan mereka. Menurutnya juga, ayat ini bukan sahaja untuk pengikat kasih suami isteri, tetapi juga boleh diamalkan untuk membantu kita dengan mudah menyelesaikan masalah hutang.

Wallahualam

Published by
Zully