Berita

“Keknis Terima Hairul From Zero To Hero” HANIS ZALIKHA Dapat Kejutan Istimewa Sempena Ulangtahun Kelahiran Ke-34

Share

Tanggal 9 Oktober 2024 genaplah usia pelakon dan usahawan selebriti Hanis Zalikha yang ke-34 tahun.

Sejak dulu sehingga kini, Hanis atau nama penuhnya Hanis Zalikha Zainal Rashid sentiasa kelihatan cantik dan langsing.

Kredit Foto: haniszalikha
Kredit Foto: haniszalikha

Hasil perkahwinannya dengan aktor kacak Harul Azreen selama sembilan tahun, mereka dikurniakan dua cahaya mata yang sangat comel serta bijak iaitu Yusuf Iskandar (8 tahun) dan Alisa Aisyah (5 tahun).

Kredit Foto: haniszalikha
Kredit Foto: haniszalikha

Sempena meraikan ulangtahun kelahiran isteri tersayang, Hairul membuat satu kejutan yang cukup romantik.

Sederhana tetapi sangat bermakna buat seorang isteri.

Momen sweet itu turut dikongsi oleh pasangan ini di akaun Instagram masing-masing.

Kredit Foto: haniszalikha

Hijabista tertarik dengan kata-kata yang dititipkan oleh Hairul buat Hanis di ruangan kapsyen.

Menurut Hairul, setiap tahun dia tidak pernah lupa untuk memberikan bunga kepada Hanis sempena hari lahirnya.

Kredit Foto: haniszalikha

Tahun ini lebih istimewa apabila Hairul turut membawa kesemua staf kesayangan Hanis.

“Happy birthday to my beloved wife @haniszalikha Every year i tak pernah miss bawa bunga & hari ini i bawa team kesayangan ayang sekali @hbsbcompany”

Hairul juga akui bahawa dia seorang yang tidak pandai membuat surprise. Kali terakhir dia melakukannya adalah ketika detik melamar.

Kredit Foto: haniszalikha

“Ayang lagi sekali i cakap i tak pandai buat surprise cukup la melamar Ayang di pentas Gegar Vaganza dulu. Love you so much -34-“

BACA JUGA: Hanis Zalikha Inspirasi Hijabi, Dulu Anak Peniaga Tepi Jalan Kini Usahawan Tudung Berjaya!

Kredit Foto: haniszalikha

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata para peminat dan pengikut pasangan ini menitipkan ucapan harijadi buat Hanis.

Ramai juga yang mendoakan agar perkahwinan Hanis dan Hairul kekal bahagia selamanya.

Malah, ada yang berseloroh dengan mengatakan Hanis dan Hairul sajalah pasangan harapan mereka.

“Hairul & keknis je harapan netizen skrg.. please semoga terus kekal bahagia.”

“May allah protect both of you”

“Adorable husband & wife. Keknis terima Hairul from zero to hero. Very humble couple. Keknis dr family yg educated, grow bisnes sama2. Semoga Allah lindungi, berkati & beri kebahagiaan till Jannah. Aamiin yra.”

Happy birthday Hanis Zalikha! Semoga panjang usianya, kekal bahagia bersama keluarga tersayang sampai syurga.

Published by
Amy Mohd