Terbaharu penampilan aktress jelita Indonesia, Marshanda yang sering tampil bertubuh langsing, mengejutkan ramai orang khususnya dikalangan para peminat apabila berat badan pelakon sinetron Aqso dan Madina itu dilihat naik secara mendadak.
Sedar akan gossip ‘berat badan’ yang melanda dirinya. Marshanda atau lebih mesra disapa dengan gelaran Caca menjelaskan bahawa masalah berat badan yang dihadapinya kini adalah kesan dari ubat Bipolar yang diambil bagi menangani penyakit itu. Malah, ubat itu telah meningkatkan selera makan hingga berat badan Caca meningkat tidak terkawal.
Walaupun mengalami masalah kenaikan berat badan mendadak, Caca akui bahawa dia berusaha menerima diri seadanya, dan tidak insecure dengan berat badannya yang naik itu.
Bagaimanapun, apabila semakin hari badan semakin ‘mengembang’, Caca akui dirinya bimbang serta risau akan tahap kesihatan tubuh badanya, jika berat badanya berterusan meningkat naik.
Justeru, Caca mengambil keputusan untuk menjalani program ‘diet ala Marshanda’ sehingga berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 9 kg!
Dek kerana kejayaan ini, para peminat dan pengikut Caca menzahirkan rasa gembira disulami dengan persoalan apakah diet dan bagaimanakan cara, Caca menurunkan berat badannya.
Berikut adalah tiga tip penurunan berat badan menerusi ‘diet Ala Marshanda’ yang dikongsikan Caca buat pembaca Hijabista!
Selain belajar tentang emotional eating, Marshanda juga membiasakan diri dengan mengambil makanan organik. Bukan sekadar untuk menurunkan berat badan, tetapi bintang sinetron Benci Bilang Cinta ini sememangnya menfokuskan untuk menjadi lebih sihat.
Bagi Caca, kurus adalah bonus atau kesan sampingan dari tabiat mengamalkan pemakanan dan gaya hidup sihat dengan pemakanan organik.
Artikel berkaitan: Apendiks Pecah Dan Batu Hempedu, Punca Zulin Aziz ‘Terpaksa’ Jalani Pembedahan – “Nak Diet Sangat Kan?”
Tips ‘diet ala Marshanda’ berikutnya adalah memperbanyakkan meminum air masak. Seperti yang diketahui, air masak memiliki pelbagai manfaat untuk kesihatan tubuh badan kita.
Antara kebaikan air masak adalah membantu membentuk kesihatan fizikal yang lebih baik, sekaligus menguatkan daya ingatan dan mental. Oleh itu, inilah sebab mengapa Caca melatih dirinya untuk minum lebih banyak air masak!
Tip terakhir yang dikongsikan dalam rutin ‘diet ala Marshanda’ adalah mengelakkan makanan segera. Sebab, makanan ini mengandung garam, kalori, dan lemak yang tinggi.
Sehubungan itu, nutrisi yang terkandung dalam sepeket makanan segera juga amat rendah. Jadi, bagi hijabi yang berminat menjalankan ‘diet ala Marshanda’ ini, katakan Big No! Kepada makanan segera.
Sumber: Instagram Marshanda
Artikel berkaitan: Minum Air Separuh Berat Badan, Ini Cara Lakukan Diet Air Untuk Turunkan Berat Badan
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.