Isi Kandungan
ToggleTerbaharu penampilan aktress jelita Indonesia, Marshanda yang sering tampil bertubuh langsing, mengejutkan ramai orang khususnya dikalangan para peminat apabila berat badan pelakon sinetron Aqso dan Madina itu dilihat naik secara mendadak.
Sedar akan gossip ‘berat badan’ yang melanda dirinya. Marshanda atau lebih mesra disapa dengan gelaran Caca menjelaskan bahawa masalah berat badan yang dihadapinya kini adalah kesan dari ubat Bipolar yang diambil bagi menangani penyakit itu. Malah, ubat itu telah meningkatkan selera makan hingga berat badan Caca meningkat tidak terkawal.
Walaupun mengalami masalah kenaikan berat badan mendadak, Caca akui bahawa dia berusaha menerima diri seadanya, dan tidak insecure dengan berat badannya yang naik itu.
Risau Kesihatan, Marshanda Laksana ‘Diet Ala Marshanda’ Hingga Berjaya Turunkan 9kg
Bagaimanapun, apabila semakin hari badan semakin ‘mengembang’, Caca akui dirinya bimbang serta risau akan tahap kesihatan tubuh badanya, jika berat badanya berterusan meningkat naik.
Justeru, Caca mengambil keputusan untuk menjalani program ‘diet ala Marshanda’ sehingga berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 9 kg!
Dek kerana kejayaan ini, para peminat dan pengikut Caca menzahirkan rasa gembira disulami dengan persoalan apakah diet dan bagaimanakan cara, Caca menurunkan berat badannya.
Berikut adalah tiga tip penurunan berat badan menerusi ‘diet Ala Marshanda’ yang dikongsikan Caca buat pembaca Hijabista!
Hanya Makan Makanan Organik
Selain belajar tentang emotional eating, Marshanda juga membiasakan diri dengan mengambil makanan organik. Bukan sekadar untuk menurunkan berat badan, tetapi bintang sinetron Benci Bilang Cinta ini sememangnya menfokuskan untuk menjadi lebih sihat.
Bagi Caca, kurus adalah bonus atau kesan sampingan dari tabiat mengamalkan pemakanan dan gaya hidup sihat dengan pemakanan organik.
Artikel berkaitan: Apendiks Pecah Dan Batu Hempedu, Punca Zulin Aziz ‘Terpaksa’ Jalani Pembedahan – “Nak Diet Sangat Kan?”
Banyak Minum Air Masak
Tips ‘diet ala Marshanda’ berikutnya adalah memperbanyakkan meminum air masak. Seperti yang diketahui, air masak memiliki pelbagai manfaat untuk kesihatan tubuh badan kita.
Antara kebaikan air masak adalah membantu membentuk kesihatan fizikal yang lebih baik, sekaligus menguatkan daya ingatan dan mental. Oleh itu, inilah sebab mengapa Caca melatih dirinya untuk minum lebih banyak air masak!
Elakkan Pengambilan Makanan Segera
Tip terakhir yang dikongsikan dalam rutin ‘diet ala Marshanda’ adalah mengelakkan makanan segera. Sebab, makanan ini mengandung garam, kalori, dan lemak yang tinggi.
Sehubungan itu, nutrisi yang terkandung dalam sepeket makanan segera juga amat rendah. Jadi, bagi hijabi yang berminat menjalankan ‘diet ala Marshanda’ ini, katakan Big No! Kepada makanan segera.
Sumber: Instagram Marshanda
Artikel berkaitan: Minum Air Separuh Berat Badan, Ini Cara Lakukan Diet Air Untuk Turunkan Berat Badan
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
10 Tempat Berlainan Aktiviti Percutian Paling Legit Untuk Hijabi. Jangan Lepaskan Peluang!
Isi Kandungan
ToggleSoalan ini sering timbul setiap kali kita merancang percutian. Ini kerana, selain daripada tempat menarik untuk dilawati, tempat yang dipilih untuk menginap juga penting untuk memastikan kita dapat kepuasan penuh semasa bercuti. Gunakan kod promo untuk penjimatan tempahan penginapan:
Setiap satu tempat yang disenaraikan, menjanjikan pengalaman bercuti yang istimewa dan berlainan aktiviti.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
1. Membeli belah di Genting Highlands Premium Outlets
Genting Highlands Premium Outlet , Pusat Premium Premium di puncak bukit pertama membawa kemewahan membeli belah ke tahap yang lebih tinggi dengan jualan pertama sejak dibuka pada bulan Jun.
Selepas Johor Premium Outlets telah memecah rekod menarik orang ramai ke pusat ini, dan tahun ini Genting Highlands Premium Outlets, kami menjangka lebih banyak pembeli mengambil kesempatan daripada penjimatan yang luar biasa kami menjurus kepada perayaan akhir tahun.
2. Berkayak buluh bersama teman di Tadom Hill
Perjalanan sekitar 45 minit dari Kuala Lumpur dan 15 minit dari KLIA, Tadom Hill Resort kini semakin viral dan popular apabila semakin ramai yang terpegun dengan kecantikan Tadom Bamboo Camp yang baru beroperasi sejak akhir Disember 2015. Hampir keseluruhan struktur resort ini dibina dengan buluh dan ia menjadi identiti unik tempat ini. Lokasi ini juga popular sebagai salah satu tarikan ‘glamping’ iaitu trend ‘perkhemahan mewah’ atau glamorous camping.
Jika tidak berkesempatan untuk menginap di sini, anda boleh membeli day pass dan mandi-manda di Tadom Groove, sebuah tasik yang bersih, indah dan selamat. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan seperti bermain kayak buluh. Terdapat juga papan buluh setinggi 5 meter ke air, beserta tali ‘tarzan’ yang membolehkan anda bergayut. Semua kemudahan seperti jaket keselamatan dan rakit buluh adalah percuma.
- Alamat: Tadom Hill Resorts, 42700 Banting
- Harga Tiket: RM18 (untuk aktiviti mandi tanpa penginapan), Sewaan khemah dan chalet bermula sekitar RM40 – RM260 /malam (bergantung pada jenis penginapan)
- Waktu Operasi: 8:00 – 18:30 setiap hari
3. OOTD di Fig Tree Hill, Pulau Pinang
Fig Tree Hill Pulau Pinang ini menawarkan suasana yang tenang untuk berehat bersama keluarga. Hanya 15 minit pemanduan dari lapangan terbang Pulau Pinang, Resort ini akan buat anda lupa hiruk-piruk bandar yang and baru tinggalkan.
- Alamat : Jl. Kenari, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang, Malaysia
- Laman Web: figtreehill-resort.com
4. Jungle tracking Casabrina Villa, Pahang
Hanya satu jam dari Bandar Kuala Lumpur jika anda memandu, Casabrina Villa Pahang merupakan tempat dimana kemewahan dan keindahan alam semulajadi bertemu. Gabungan hutan lipur dan keselesaan hotel 6 bintang menjadikan resort ini ideal untuk pencinta alam yang mengutamakan keselesaan.
Berehat di infinity pool mereka sambil menikmati pemandangan hutan lipur yang menakjubkan. Aktiviti yang anda boleh lakukan di sini termasuk golf, jungle trekking dan safari.
- Alamat : Jalan Tras, Mukim Tras 27600 Raub, Pahang.
- Laman Web: casabrina.net
5. Backpacker di The Container Hotel, Kuala Lumpur
Di Container Hotel Kuala Lumpur anda dapat tinggal di dalam kontena lama yang telah diubah suai menjadi bilik hotel yang selesa. Anda boleh pilih sama ada anda mahu bermalam di dalam bilik asrama ala backpacker, tube, atau bilik biasa.
- Alamat : Jalan Delima, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
- Laman Web: containerhotel.my
6. Scuba Diving Seaventures Dive Resort, Sabah
Pelantar minyak bukan satu tempat biasa dikaitkan dengan destinasi percutian yang menarik, tetapi ini berubah apabila saya menemui Seaventures Dive Resort. Resort terletak di Sipadan Sabah berdekatan dengan Pulau Mabul.
Jika anda seseorang yang minat pada aktiviti scuba diving ini adalah salah satu destinasi menyelam yang harus dilawati. Terletak di segi tiga batu karang Sabah, pelantar minyak ini diubah suai menjadi dive rig dan telah meraih status PADI 5 star Dive Resort.
- Alamat : Booking Office, G23B, Ground Floor, Wisma Sabah, Jalan Tun Fuad Stephen Kota Kinabalu, Sabah 88000
- Laman Web : seaventuresdive.com
7. Scadanavian di Canopy Tribes, Johor
Syurga Glamping yang tidak diketahui ramai ini terletak di Kota Tinggi Johor. Tidur didalam “Bell Tent” disamping flora dan fauna. Tidak perlu bawa sleeping bag atau membina unggun api untuk memasak, di sini segalanya disediakan, perkelahan mewah alaf baru.
Antara aktiviti yang anda boleh buat di sini adalah mandi air terjun, trekking di Gunung Panti, berbasikal, berkayak, dan menaiki ATV. Tempat-tempat menarik yang berdekatan termasuk Crocodile farm, Ostrich Farm dan Bird Park yang menjadi rumah kepada 270 spesis burung tempatan exotik.
- Alamat : 7815, Jln Lombong, Batu 8, Kota Tinggi, 81900 Johor.
- Instagram : Canopy Tribes
8. Treasure Hunt di Caravan Serai, Pahang
Caravan Seri Bentong, Pahang ini merupakan Villa peribadi yang mempunyai ladang buah, sungai , dan dikelilingi bukit-bukit hijau. Anda boleh pilih untuk bermalam dibawah bintang di dalam kemah Delux Safari atau merehatkan diri di dalam bilik Caravan Suite.
Antara aktiviti yang disediakan adalah treasure hunt, team building, karaoke, volleyball dan berenang di Riverpool.
- Alamat : Lot 3159 & Lot 3160, 12 3/4 Mile Jalan Tras, 28700 Bentong, Pahang
- Instagram: Caravan Serai
9. Rombongan Kak limah dalam Bustel Klebang, Melaka
Biasanya kita risau tertidur dalam bas takut terlepas tempat yang patutnya kita berhenti. Tetapi kali ini anda boleh tidur dengan lena di dalam Bus yang telah diubah suai menjadi hotel ini.
Diberi nama Bustel, tempat ini terletak di dataran satu Malaysia, Pantai Klebang Melaka. Setiap bilik mempunyai kelengkapan yang sama seperti bilik hotel biasa.
- Alamat : Kampung Batang 3 Timur, Tanjong Kling, Melaka, Malaysia
- Instagram : Bustel Klebang
10.Percutian ala Cowboy Eagle Ranch Resort, Negeri Sembilan
Port Dickson memang terkenal dengan tempat yang menarik dan luarbiasa tetapi tidak disangka di sini kita terdapat resort yang bertema Cowboy. Disini anda berpeluang untuk menginap di rumah berbentuk Tipi (kemah kaum Native American) dan badwagon yang dibina menyerupai sebuah wagon Cowboy.
Bukan sekadar bilik yang unik, kawasan yang luas membuat tempat ini bagus untuk acara berkumpulan atau acara korporat seperti team building, seminar, kem motivasi dan hari keluarga. Tempat ini juga menampilkan berbagai aktiviti yang menarik seperti paintball, flying fox, rapelling, go kart dan memanah. Antara destinasi pelancongan yang berdekatan adalah Blue Lagoon Port, Muzeum Lukut, Zoo Port Dickson dan Pasir Pajang.
- Alamat : Eagle Ranch Resort, 544, Jalan Pantai, 71250 Port Dickson
- Laman Web: eagleranch.com.my
Admin harap dengan sedikit perkongsian 10 aktiviti menarik ini dapat memberi manfaat untuk hijabis semua menghabiskan cuti hujung tahun. Jangan lupa kongsi pengalaman cuti anda.
Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Counting Days, Ready?”- Nana Sheme Umum Bakal Tamatkan Zaman Bujang Hujung Oktober Ini.
Isi Kandungan
ToggleSiapa masih ingat dengan penyanyi yang terkenal dengan lagu hitnya ‘Hantu Atau Buaya’ iaitu Nana Sheme? Ha.. baru-baru ini penyanyi tersebut telah berkongsi bahawa dia sedang ‘counting days’ untuk disatukan dengan jejaka pilihannya pada 22 Oktober ini.
Baru-baru ini, penyanyi Nur Nabilah Hashimi, atau lebih dikenali sebagai Nana Sheme ini telah memuat naik satu video pendek di Instagram miliknya dan berjaya menarik perhatian warganet. Nana Sheme,27, terlihat sedang mengenakan busana pengantin serba putih dengan kapsyen “counting days, ready?”
Artikel berkaitan: Tak Pernah Hilang, Nana Sheme Fokus Belajar Hingga Raih Anugerah Cemerlang Kelas Pertama
Momen perkenalan
Video tersebut telah menimbulkan tanda tanya dalam kalangan warganet. Rupa-rupanya nya… penyanyi ini mendedahkan dia sedang menghitung hari untuk menamatkan zaman bujang. Jelas penyanyi ini, dia dan pasangannya itu telah mengikat tali pertunangan pada Mei lalu. Melalui temubualnya bersama gempak, cintanya mula berputik ketika dia menyertai program Big Stage musim ke ketiga.
“Bakal pasangan saya itu berasal dari Penang dan dia merupakan seorang muzik produser, orang industri juga tapi bukan artis la.”
“Sebenarnya cinta mula berputik semasa saya sertai rancangan Big Stage, dia juga yang jaga saya masa pertandingan itu.”
“Saya nampak kesungguhan dia untuk menjaga saya sebaik mungkin, sangat bertanggungjawab, itu yang buat saya yakin dengan dia,” tambahnya lagi.
Bukan itu sahaja, Nana juga telah berkongsi bahawa majlis resepsinya akan berlangsung di Kuching, Sarawak iaitu di rumah keluarganya sendiri.
Dibanjiri dengan ucapan tahniah
Melihat ke ruangan komen posting tersebut, ramai rakan artis dan juga peminat mengucapkan tahniah dan tumpang gembira dengan perkongsian tersebut.
“Omgggg naaaa. Semoga dipermudahkan and congratulations.”
“Yeay selamat menempuh alam perkahwinan kak nana ”
“Alhamdulillah Congratulations Na! 😍 Semoga dipermudahkan segala urusan!”
“You loook stunning. So happy for you ”
Artikel berkaitan:‘Arwah Ibu & Umi Saya Orang Iban’- Nana Sheme Sedih Bila Pakaian Tradisi Iban Dihina
Ha begitu banyak komen daripada rakan artis dan peminat yang turut menumpang bahagia dan mendoakan yang terbaik buat pasangan ini. Kami juga doakan agar semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan di masa hadapan. Amin..
Sumber info dan gambar: Gempak dan Instagram Nana Sheme
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kalut Emel Penting Masuk SPAM, Ini Trik Untuk Anda Uruskan Peti Masuk Gmail. Barulah Mudah!
Isi Kandungan
ToggleApabila anda mula-mula membuka peti masuk Gmail, ia akan kelihatan mudah – hanya senarai e-mel, folder dan bar carian. Tetapi sebagai salah satu produk utama Google, mungkin yang paling penting selepas Carian – ia mempunyai berdozen tetapan dan ciri untuk disesuaikan.
Beberapa petua terbaik ini untuk mengurus peti masuk Gmail anda, termasuk cara menukar rupa Gmail, cara mengisih e-mel, jenis mesej yang disimpan atau dipadamkan dan banyak lagi. Bermanfaat sungguh!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tukar ‘jenis peti masuk’ Gmail
Dalam Gmail, ‘jenis peti masuk’ anda menentukan susunan e-mel yang dipaparkan. Secara lalai ia hanya akan menyenaraikan e-mel mengikut susunan yang anda terima. Tetapi anda boleh menukarnya supaya ia menyenaraikan e-mel yang belum dibaca dahulu, e-mel penting dahulu atau menggunakan penapis dan label anda.
Anda boleh menukar jenis peti masuk di tapak web Gmail atau dalam aplikasi Gmail. Di tapak web, ketik ikon gear di bahagian atas sebelah kanan dan kemudian cari bahagian Jenis Peti Masuk (inbox type). Dalam aplikasi, klik tiga baris bertindan di penjuru kiri sebelah atas, kemudian pilih tetapan (setting) untuk mencari pilihan ini.
Ini cara yang bagus untuk mengutamakan e-mel yang paling anda perlu lihat, biasanya yang baharu yang belum anda baca lagi. Sebaik sahaja memilih jenis peti masuk baharu, anda mungkin perlu memulakan semula aplikasi sebelum ia berkuat kuasa.
Laraskan ketumpatan peti masuk
Lebih padat peti masuk, lebih banyak kandungan muat pada skrin. Tetapi jika peti masuk anda penuh, mungkin sukar untuk membaca mesej. Gmail menawarkan tiga tahap ketumpatan: Lalai (default), yang memberikan ruang yang cukup untuk setiap mesej dan menunjukkan sebarang lampiran; Selesa, yang memberikan jumlah ruang yang sama tanpa menunjukkan lampiran dan kompak yang menggunakan ruang sesedikit mungkin.
Anda boleh bertukar antara ia secara bebas dengan mengklik ikon gear di bahagian atas sebelah kanan pada tapak web atau menu tetapan (setting) dalam aplikasi mudah alih.
Sesuaikan latar belakang Gmail
Secara lalai, tapak web Gmail hanya mempunyai latar belakang putih atau hitam biasa. Tetapi anda boleh menukar latar belakang menjadi apa sahaja yang anda mahukan. Google menawarkan beberapa gambar yang boleh anda pilih atau anda boleh memuat naik foto anda sendiri.
Untuk mencari pilihan latar belakang, klik ikon gear di penjuru kanan sebelah atas sekali lagi. Di bawah tajuk tema (Theme) dalam sisi bar, anda akan menemui lapan latar belakang pratetap untuk dipilih. Klik salah satu daripada ini untuk menjadikannya sebagai latar belakang anda atau klik lihat semua (View All) untuk melihat lebih banyak pilihan.
Malangnya, anda tidak boleh menukar latar belakang aplikasi mudah alih, selain daripada menghidupkan atau mematikan mod gelap.
Gunakan label untuk mengisih e-mel
Gmail membolehkan anda menyusun mesej anda dengan “Label” serupa dengan folder. Anda akan menemui label anda di bar sisi kiri dan boleh menggunakan seberapa banyak label yang anda suka pada mana-mana e-mel. Anda boleh membuat label baharu di tapak web Gmail dan dalam aplikasi iPhone. Malangnya, aplikasi di Android tidak membenarkan anda membuatnya.
Tetapi ketiga-tiga versi Gmail membenarkan anda menambah label pada mana-mana e-mel dengan membukanya dan mengklik atau mengetik pilihan Label. Anda boleh mencari semua e-mel dengan label tertentu dengan memilih label tersebut di bar sisi kiri.
Buka anak tetingkap bacaan Gmail
Anak tetingkap bacaan ialah ciri yang membolehkan anda membaca e-mel di tapak web Gmail (bukan apl) tanpa meninggalkan peti masuk. Ia boleh muncul sama ada di sebelah atau di bawah mesej yang anda baca. Untuk mengaktifkannya, klik ikon gear di penjuru kanan sebelah atas dan tatal ke bawah ke Tetingkap Baca (Reading Pane).
Tukar saiz halaman untuk melihat lebih banyak e-mel sekaligus
Menukar saiz halaman Gmail akan mengubah bilangan mesej yang dipaparkan oleh peti masuk sekali gus. Jika anda menerima berpuluh-puluh e-mel sehari, contohnya, menjadikan halaman lebih besar akan membantu anda melihat semuanya. Menjadikannya lebih kecil boleh membantu jika anda menggunakan komputer yang perlahan. Anda akan menemui pilihan ini pada halaman Tetapan (Setting) penuh tapak web Gmail. Aplikasi mudah alih tidak menggunakan halaman, ia hanya menatal tanpa henti.
Tandai setiap e-mel sebagai dibaca
Terdapat beberapa perkara yang lebih tertekan daripada menonton secara perlahan-lahan kaunter e-mel Gmail yang belum dibaca ditandakan ke atas. Tetapi nasib baik, anda tidak perlu membuka setiap e-mel untuk menetapkan semula kaunter ini. Tandakan sahaja e-mel sebagai dibaca.
Untuk “membaca” setiap satu e-mel anda sekali gus, pergi ke tapak web Gmail pada komputer dan cari label: inbox is:unread. Ia akan menunjukkan kepada anda semua e-mel anda yang belum dibaca, kemudiannya boleh anda gunakan kotak tanda semak untuk memilih dan menandai sebagai dibaca dengan cepat.
Setiap e-mel yang belum dibaca akan bertindak seolah-olah anda membukanya dan kaunter e-mel yang belum dibaca akan ditetapkan semula kepada sifar.
Padamkan e-mel yang anda tidak mahu
Walaupun anda telah membaca semua e-mel, ia masih menggunakan ruang dalam peti masuk anda. Jadi jika kehabisan ruang storan atau hanya benci kekacauan, anda harus tahu cara memadamkan e-mel secara besar-besaran.
Anda akan melakukannya dengan cara yang sama seperti anda menandai e-mel anda sebagai dibaca. Pergi ke tapak web Gmail dan cari e-mel yang ingin anda padamkan, taip label:inbox is:unread untuk mencari e-mel anda yang belum dibaca dan label:inbox is:read untuk mencari e-mel yang telah anda buka, kemudian pilih kesemuanya dan padam.
Jika anda secara tidak sengaja memadamkan e-mel yang anda ingin simpan, jangan panik. Cuma klik Sampah (Trash) di bar sisi kiri, cari e-mel yang anda padamkan dan seretnya ke tab Peti Masuk (Inbox).
Kosongkan folder Sampah (Trash) Gmail
Sebaik sahaja anda memadamkan e-mel, ia akan dialihkan ke folder Sampah (Trash) selama 30 hari. Selepas 30 hari, mesej itu akan dipadamkan sendiri selama-lamanya. Tetapi mesej dalam Sampah (Trash) masih menggunakan ruang storan. Jadi, jika anda telah memadamkan sekumpulan e-mel tetapi masih memerlukan lebih banyak ruang, anda harus pergi ke Sampah (Trash) dan memadamkannya lebih awal.
Untuk memadamkan semua mesej Sampah (Trash), buka folder Sampah (Trash) dan klik atau ketik Kosongkan Sampah (Empty Trash) di bahagian atas halaman. Anda boleh melakukan ini di tapak web atau dalam aplikasi.
Anda juga boleh memadamkan mesej tertentu secara individu dengan membukanya dan memilih pilihan Padam selama-lamanya (Delete Forever).
Arkibkan e-mel anda dan bukannya memadamkannya
Jika anda ingin mengosongkan peti masuk, tetapi tidak mahu memadamkan e-mel secara kekal, pertimbangkan untuk mengarkibkannya. Mengarkibkan e-mel mengeluarkannya daripada peti masuk anda, tetapi memasukkannya ke dalam folder Semua Mel berasingan yang boleh anda lihat bila-bila masa anda mahu. E-mel ini tidak akan memadamkannya sendiri, tidak seperti Sampah.
Untuk mengarkibkan e-mel, bukanya dan kemudian klik atau ketik ikon Arkib di bahagian atas halaman. Ia kelihatan seperti kotak dengan anak panah menghala ke bawah di dalamnya. Sebaik sahaja anda telah mengarkibkan e-mel, anda boleh menemuinya di dalam folder Semua Mel (All Email). Pilih sahaja di bar sisi kiri.
Hentikan e-mel penting daripada pergi ke folder Spam
Penapis spam Google cukup pintar. Tetapi kadangkala ia boleh menjadi sangat payah sehingga ia menandai e-mel yang anda mahu terima sebagai spam juga. Jika Gmail telah mengisih e-mel penting secara automatik ke dalam folder Spam, pergi ke folder Spam dan buka mesej, kemudian klik atau ketik Laporkan bukan spam (report not spam) atau Bukan spam (not spam) di bahagian atas halaman.
Jika anda tidak melihat pilihan ini dalam apl mudah alih, ketik tiga titik di penjuru kanan sebelah atas dan kemudian pilih Bukan spam (Not Spam) dari sana. Memindahkan semula mesej ke dalam peti masuk anda seharusnya mengajar Google untuk tidak menapis mesej seperti itu pada masa hadapan.
Sekat seseorang daripada menghantar e-mel kepada anda
Jika anda menerima e-mel daripada seseorang yang anda tidak mahu melihatnya, anda boleh menyekat mereka. Ini secara automatik akan memadamkan sebarang mesej yang anda terima daripada alamat e-mel tersebut.
Buka sahaja e-mel yang anda terima daripada orang yang anda ingin sekat, klik tiga titik di sebelah butang Balas, kemudian pilih Sekat (Block). Sebagai alternatif, pilih Nyahlanggan (Unsubscirbe). Ia akan membawa anda keluar daripada senarai mel yang mana e-mel itu datang.
Jika anda ingin menyahsekat seseorang kemudian, gunakan tapak web Gmail untuk mengklik ikon gear di penjuru kanan sebelah atas, kemudian klik Lihat semua tetapan (See all setting). Pada halaman tetapan yang terbuka, klik Penapis dan Alamat Disekat (Filter and Blocked Addresses), kemudian klik nyahsekat (Unblock) di sebelah orang yang anda ingin dengar semula.
Gunakan pintasan papan kekunci untuk menavigasi Gmail
Seperti kebanyakan apl Google, anda boleh menavigasi sekitar tapak web Gmail tanpa tetikus. Apa yang anda perlukan ialah papan kekunci dan pintasan. Pertama, anda perlu menghidupkan pintasan. Buka tapak web Gmail dan klik ikon gear di penjuru kanan sebelah atas, kemudian klik Lihat semua tetapan (See all settings). Pada halaman tetapan, tatal ke bawah ke Pintasan papan kekunci (Keyboard shortcuts) dan pastikan pintasan papan kekunci dihidupkan (Keyboard shortcuts on) dipilih. Kemudian tatal ke bahagian bawah halaman dan klik Simpan Perubahan (Save Changes).
Sebaik sahaja anda menghidupkannya, anda boleh menavigasi kebanyakan ciri asas Gmail tanpa tetikus. Contohnya, jika anda ingin mengarang mesej baharu, ketik kekunci C atau D. Untuk memilih bar carian, ketik kekunci /. Dan untuk menavigasi antara mesej dalam peti masuk anda, gunakan kekunci J dan K.
SUMBER: businessinsider.com
Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI