Rambut yang bermasalah sering menjadi keluhan ramai wanita yang berhijab. Salah satu cara untuk memperbaiki rambut rosak adalah dengan menggunakan serum rambut. Lambakan produk di pasaran hingga menemukan jalan buntu untuk memilih mana yang terbaik untuk mengatasi masalah rambut si hijabi.
Serum adalah salah satu solusi terbaik untuk merawat rambut dari akar kepala. Serum rambut yang berkualiti baik dapat memastikan rambut terus terhidrat, tidak rosak, lembut dan mudah diurus. Jika anda ingin membeli serum, pastikan ia sesuai dengan jenis rambut anda.
Ini senarai serum rambut yang terbaik di pasaran untuk hijabi yang mempunyai masalah rambut rosak. Kekalkan seri rambut di sebalik hijab!
Serum ini menyuburkan rambut matang dan membantu mengurangkan hujung rambut yang pecah supaya rambut putih anda sentiasa kelihatan bersinar dan bermaya. Rambut matang seringkali mempunyai masalah folikel rambut yang kasar dan kering. Disebabkan itu, rambut matang kelihatan mengerbang dan tidak bermaya. Serum rambut yang diperkaya dengan vitamin E dan minyak Habbastu Sauda ini dapat membantu dalam pelbagai cara untuk memulihkan tekstur dan kelembutan rambut anda.
Rambut yang dilurus dengan menggunakan mesin alat penggayaan akan cepat rosak dan kasar jika tidak dijaga dengan betul kerana rambut terdedah kepada bahan kimia terutama ketika melakukan teknik rebonding. Folikel rambut akan menjadi rapuh jika tidak mengenakan vitamin rambut yang membantu melindungi rambut dari rosak.
Diperkaya dengan kebaikan pro-vitamin B5, A, C dan E, membekalkan nutrisi yang diperlukan oleh rambut. Produk ini dilimpahi dengan kebaikan Aloe Vera dan minyak Morocco yang bersifat ‘anti-frizz’, dapat mengekalkan kelembapan rambut ketika berada dibawah pancaran sinar matahari.
Masalah kelemumur seringkali dikaitkan dengan rambut berminyak dan kulit kepala terlalu kering sehingga mengalami kegatalan yang teruk. Rawatan kulit kepala tanpa perlu bilas dari jenama BRIOGEO ini, akan membantu merawat kulit kepala dan mengembalikan kesegaran dengan membasmi masalah kelemumur.
Dirumus dengan Vitamin Biotin, minyak Tea Tree dan arang Binchotan, terkenal dengan keupayaannya membaiki masalah rambut, mengurangkan kadar penghasilan sebum di kulit kepala, mendetoksifikasi minyak dan menarik semua kekotoran yang menyumbat folikel rambut. Produk ini juga memberikan efek sensasi penyejukkan dan kesegaran serta tidak akan menyebabkan iritasi pada kulit kepala.
Rambut rosak bukan sekadar hujung rambut bercabang tetapi mengalami pecahan pada kutikel yang akan menyebabkan rambut menjadi kusam, kasar, menggerbang dan tidak mudah untuk diurus. Lucido-L Hair Vitamin ini amat sesuai untuk rambut rosak kerana dirumus dengan kebaikan kombinasi Vitamin A, C, E, minyak zaitun dan mengandungi ejen pelembap untuk melembap, menyubur serta rambut rosak menjadi lebih licin dan bersinar. Ianya juga produk anti-bilas yang senang digunakan, tidak melekit, mempunyai bauan flora yang menyegarkan dan berkos efektif!
Vitamin serum rambut dari Dove ini diformulasi dengan tekstur tidak melekit yang dapat menyerap masuk ke dalam akar umbi tanpa merosakkan folikel rambut. Rambut anda tidak akan kelihatan berminyak semasa memakainya dan produk ini dapat mengembalikan sinar rambut serta kelihatan bermaya dari jauh. Serum ini diperkaya dengan sejenis pelembap, memberikan kelembutan pada rambut anda tanpa perlu memakai pelembap yang lain.
Dengan haruman bunga dan buah-buahan, rambut anda akan berbau harum sepanjang hari serta kelihatan segar walaupun berada di bawah panas terik matahari. Pastikan anda guna dengan langkah yang betul untuk mendapatkan hasil terbaik.
Rambut nipis adalah salah satu simptom rambut lemah dan tidak subur yang disebabkan oleh stres, masalah diet, kehamilan atau efek pengambilan ubat-ubatan. Produk botanikal ini dapat mengurangkan penipisan rambut dan membantu mikrosirkulasi secara natural kepada kulit kepala untuk membentuk persekitaran optimal bagi akar rambut yang baharu untuk tumbuh.
Produk ini dirumus dengan asid amino sulfur, vitamin dan protein untuk menyokong pertumbuhan rambut dari akar. Serum rambut ini membantu untuk melebat dan menguatkan rambut, melicin dan memperlahan produksi pengubanan.
Produk penjagaan rambut ini yang membantu untuk merawat rambut gugur dan menyuburkan kembali rambut untuk pertumbuhan baru. Formulanya yang kaya dengan Vitamin B, kafein, dan keratin untuk membantu mengurangkan keguguran rambut dengan banyak dan sekaligus merangsang pertumbuhan rambut baru dari akar umbi yang kuat.
Rambut yang diwarna seringkali kelihatan kasar dan kering akibat tidak melakukan penjagaan sebaiknya. Selain tidak bermaya, rambut yang diwarnai juga akan kelihatan menggerbang dan bercabang di hujungnya. Kebanyakan serum dipasaran tidak sesuai untuk rambut berwarna kerana produk serum yang lain akan melunturkan warna rambut anda.
Diformulasikan dengan 9 jenis minyak termasuklah minyak dari Vitamin E, produk lokal ini mampu merawat rambut berwarna sambil mengekalkannya agar tidak luntur. Produk ini juga membantu melembap rambut dan mengurangkan keadaan rambut tidak terurus.
Nah! Hijabi tidak perlu kusut dengan masalah rambut. Walaupun berhijab anda perlu mengekalkan serinya, rawat rambut dari akar di samping menjaga diet yang betul.