Setiap manusia pasti inginkan perubahan ke atas diri mereka. Sama ada lambat ataupun cepat, pasti semuanya ingin diri mereka menjadi manusia yang lebih baik dari semalam. Contoh paling mudah, wanita yang dari berpakaian seksi berubah memakai pakaian yang mneutup aurat serta berhijab. Pasti ia merupakan proses yang sukar dan panjang, namun di pengakhirannya, diri sendiri menemui kebahagiaan.
Persoalannya, bagaimana cara terbaik untuk kita kekal istiqomah dan sentiasa tetap pendirian untuk sentiasa kekal dengan perubahan itu? Keadaan sekeliling contohnya, anyara faktor yang kadang-kala kita terhanyut dengan godaan syaitan dan menyebabkan kita menjadi seperti diri kita yang lama.
Usah risau, di dalam Islam, semuanya sudah diberikan kemudahan untuk kita ikut dan amalkan. Antara doa yang kamu boleh cuba untuk terus kekal istiqomah adalah:
Doa pertama
robbanaa laa tuzigh quluubanaa ba’da idz hadainaa
Artinya: “Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami.”
wa hab lanaa min-ladunka rohmatan
“dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau”
innaka antal-wahhaab
Ads
“karena sesungguhnya Engkau-lah Dzat yang Maha Pemberi (karunia).”
Doa Kedua
Robbanaa laa tuzighquluubanaa ba’da idz hadaitanaa wahablanaa min ladunka rohmah, innaka antal wahhaab
Artinya: “Wahai Rabb kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan setelah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu. Sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (karunia).”
Artinya: “Wahai Dzat yang Maha membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati kami di atas agamaMu.”
Ads
Doa Keempat
Allaahumma innii a’uudzubika minal haur ba’dal kaur
Artinya: “Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari terpeleset dari landasan yang benar setelah mendapat hidayah.”
Doa Kelima
Allaahumma a’innii ‘alaa dzikrika wasyukrika wa husni ‘ibaadatik
Artinya: “Ya Allah, bantulah aku dalam mengingatMu, bersyukur kepadaMu dan memperbaiki ibadahku.”
Sebab-sebab seseorang itu istiqomah.
Ads
Seperti yang kita bicarakan tadi, ada banyak sebab untuk kita kekal istiqomah. Antara sebab-sebab terpenting yang menjadikan seseorang istiqomah di jalan Allâh Ta’ala ialah sebagai berikut:
1. Membaca dan menghayati Al-quran
2. Mengamalkan agama Allah
3. Doa
4. Dzikir
5. Pembinaan iman
6. Meneladani Salafush-Shalih dan ulama yang istiqomah
7. Mencintai Allâh dan Rasul-Nya melebihi yang lainnya
8. Mencintai dan membenci sesuatu karena Allâh
9. Saling berwasiat dengan al-haq, kesabaran, dan kasih-sayang
10. Meyakini masa depan bagi agama Islam
Semoga doa-doa ini dapat membuka ruang hati kita untuk sentiasa istiqomah ke jalan Allah S.W.T dan diberikan ganjaran pada kehidupan akhirat kelak. InsyaAllah. Selamat beramal.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Dalam setiap amal kebaikan yang kita lakukan, ujian yang paling besar adalah apabila kita ingin melakukan kebaikan itu secara konsisten dan berterusan. Ini kerana, syaitan sering berbisik rasa ragu dan was-was demi membolak balikkan hati manusia dalam melakukan kebaikan serta menggugat keimanan.
Begitu jugalah dengan apa yang dialami oleh aktress jelita, Anzalna Nasir setelah dia bertekad untuk menutup aurat dengan lebih sempurna dan tampil berhijab sejak dua tahun lalu.
Bagaimanapun, menurut Anzalna ada ketikanga dia berasa bimbang terhadap hati yang berbolak balik serta kesukaran untuk istiqamah dalam mengenakan hijab.
Pemilik nama penuh Nur Anzalna Mohd Nasir, berkata dirinya enggang mengulas atau berkongsikan kisah penghijrahannya
ekoran tidak mampu meramal apa yang bakal berlaku di masa hadapan.
Tambahnya lagi, dia sering memikirkan adakah dia mampu menempuh ujian untuk istiqamah menutup aurag kerana dikhuatir hatinya berbolak-balik.
“Sebenarnya saya tidak mahu ulas mengenai penghijrahan ini disebabkan saya tidak tahu apa yang bakal terjadi pada masa hadapan.
“Sejujurnya, sukar untuk istiqamah selepas berhijab sejak dua tahun lalu. Cuma, saya berdoa boleh kekal berhijab sampai bila-bila.
“Sebab ini antara saya dengan Tuhan, bukan dengan manusia,” katanya lapor portal berita tempatan.
Justeru, ibu kepada dua cahaya mata lelaki berharap orang ramai khususnya para peminat dapat mendoakan agar dirinya mampu mengekalkan imej menutup aurat ini sampai bila-bila.
“Doakan yang terbaik untuk saya agar kekal berhijab dan berimej muslimah,” ujarnya.
Sekadar info, Anzalna mendirikan rumah tangga bersama Hanif Zaki pada 2016. Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Mohamad Eidress, 2, dan Mohamad Emirhan, 11 bulan.
Mesti ramai yang perasan dengan gaya selendang pada baju kurung yang digayakan oleh Raja Permaisuri Agong. Sebenarnya tak perlu mesin jahit dan tak perlu menjahit pun. Seorang tukang jahit berkongsi tip cara pakai selendang pada baju kurung ala Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Sekarang ni trend Gaya pemakaian selendang ala permaisuri kan…..senang je nak buat sendiri.xpayah nak tggu tailor buat ke nak fikir beli kain berapa meter ke……meh sini hakak ajar cara nak buat dgn kos yg paling low cost……. .xperlu nak mesin2 jahit bagai…..guna shawl dan brooch jer…..
Tak banyak pun bahan yang perlu disediakan.
Selendang 2 helai Beberapa biji kerongsang/brooch Kapur (untuk tanda) jika tiada kapur, boleh guna pensel Pembaris
CARA-CARA MEMBUATNYA:
Lipat selendang kepada dua bahagian. Tandakan 7 inci sahaja supaya ia terletak di atas bahu menggunakan kerongsang tadi.
Bentangkan semula selendang dan cantumkan dengan selendang kedua.
Pinkan kerongsang pada baju kurung.
Nak buat gaya lain pun boleh.
Inilah hasilnya.
TIP PENTING:
Disarankan untuk menggunakan selendang half moon untuk nampak kemas dan cantik. Selendang dengan bentuk bersegi akan membuatkan selendang pada baju kurung kelihatan sangat labuh.
Gaya fesyen ini bukan sahaja ringkas tetapi yang penting menutup aurat. Nampak eksklusif sangat!
Ramai selebriti yang mengambil keberkatan Syawal untuk meraikan hari bahagia. Selain pengacara popular, Dayah Bakar, anak sulung kepada pelakon dan juga penerbit Datuk Ziela Jalil, Dr Puteri Julia Nabilah juga selamat diijab kabulkan bersama pasangannya. Majlis yang berlangsung penuh meriah ini turut dihadiri sanak saudara dan rakan terdekat. Selain terpesona melihat kecantikan wajah puteri sulung Ziela Jalil yang menggayakan busana indah, inai tangan bertatah batuan manik yang dilukis juga turut mencuri tumpuan ramai.
Pada majlis penuh bersejarah itu, Puteri Julia cukup anggun menggayakan dress persalinan rona putih rekaan Nurita Harith dengan layangan layah rona senada. Manakala wajah comel Puteri Julia pula mendapat sentuhan mekap artis tersohor Saidatulnisa Aminuddin.
Kedua-duanya dilihat bagai pinang dibelah dua usai majlis ijab kabul dan disandingkan di pelamin yang dihias indah oleh Razak Flora dengan bunga-bungaan mewah.
Sebelum itu, pada Mei yang lalu pasangan ini telah mengikat tali pertunangan. Menerusi laman instagram Ziela Jalil juga turut berkongsi momen indah majlis khatam quran, berinai dan juga ijab kabul.
Bukan itu sahaja ramai yang turut memuji kecantikan Dr Puteri Julia Nabila yang dikatakan seiras ibunya, Ziela Jalil. Mereka turut mendoakan pasangan ini akan kekal hingga ke jannah.
Satu lagi yang menarik mengenai majlis perkawinan pasangan yang sama-sama bergelar doktor ini adalah tentang inai yang dipakai oleh Dr Puteri Julia.
Memilih inai putih dengan rekaan cukup indah dengan taburan batuan menjadikan ia seperti sarung tangan yang membaluti tangan. Inai yang cukup indah dan kemas ini dilukis oleh Sheema Henna Artist.
@semuacomel Cantiknya inai di tangan tu. Sangat unik
@nadiaimie im so in love with white henna! so elegant!!
Malah, jika dilihat menerusi perkembangan terkini di laman sosial miliknya, kehidupan anak saudara kepada pelakon veteran Wan Maimunah itu kini lebih kepada...