Kita telah pun mencecah 1 Ferbruari dan ia merupakan hari istimewa kerana kita meraikan Hari Hijab Sedunia! Ramai yang mempunyai kisah penghijrahan mahupun satu kesan buat diri yang memakai hijab.
Kali ini Hijabista membawakan anda kisah dari pelakon tanah air, Puteri Sarah Liyana, tentang kisah penghijrahannya. Ia boleh menjadi inspirasi dan motivasi untuk anda kekal istiqamah seperti dirinya.
“Pernah Rasa Give Up Tapi Hati Tetap Kuat Kerana Allah SWT” – Puteri Sarah
Sewaktu di temu ramah, Puteri Sarah berkongsi pengelamannya berhijab sejak 2013 sehingga kini. Katanya, rezeki yang dimiliki sebelum ini sepeti kehilangan sesuatu, walaupun banyak permintaan dan peluang pekerjaan masih ada yang tidak cukup.
“Shooting tak pernah non-stop, sentiasa ada dan banyak duit ketika itu. Tapi saya rasa masih ada yang tidak cukup dan cepat habis,
Artikel berkaitan: Sempena WORLD HIJAB DAY, Yatt Hamzah Kongsi 4 Cara Paling Mudah DIDIK Anak Perempuan BERHIJAB
“Saya faham mungkin rezeki yang saya peroleh ketika itu tiada barakah. Kehidupan saya juga tidak tenang,
“Namun, setelah saya berhijrah dan membatasi apa yang boleh dan tidak boleh. Dulu lebih mengejar duit tetapi tidak sekarang. Walaupun satu job, saya rasa sudah cukup dan memadai.” katanya.
Sarah juga tidak nafikan dia menghadapi cabaran dalam istiqamah untuk berhijab. Tetapi dia percaya ketenangan yang diberikan dari Allah SWT itu satu nikmat yang susah dikecapi. Kekuatan dan sokongan dari anak-anak, keluarga, dan orang sekeliling juga bermain peranan.
“Kalau saya tak kuat, mungkin senang sahaja saya buka balik tudung. Tapi Sarah pilih untuk kuat dan tanam dalam diri ini satu ujian Allah SWT beri untuk diri ini. Takkan Sarah nak pilih jalan yang lebih menyesatkan diri, betul?
“Saya cakap lagi ‘Allah SWT masih test diri ini’ dan syukur saya semakin kuat dan kuat menempuhi setiap dugaan. Anak-anak juga menjadi salah satu sebab saya terus kuat istiqamah,
Artikel berkaitan: Hijrah Hijab Afina Apabila Alami Mimpi Nampak Wanita Bercahaya Dalam Masjid.
“Orang sekeliling juga menjadi salah satu faktor yang mendorong saya kekal kuat. Adanya circle kawan-kawan yang rajin sertai usrah dan kelas mengaji buatkan saya rasa lebih positif,
“Saya sertai kelas mengaji, walau sibuk shooting masih ada masa untuk di selit pengisian ini. Bila adanya sesi ini, itulah saat Sarah rasa dekat bersama Allah SWT.” ujarnya lagi.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI