Pelakon dan penyanyi jelita, Amy Mastura memang memiliki wajah yang tidak dimakan usia. Sudah menginjak usia 49 tahun, Amy tetap nampak berseri persis seorang gadis muda biarpun sudah bergelar ibu kepada dua orang cahaya mata iaitu Adriana,19, dan Adalia,15.
Memuat naik foto raya di laman instagramnya baru-baru ini, ternyata ramai yang memuji isteri kepada Alvin Tham Suffian ini kerana dia kelihatan seperti adik bongsu apabila berada bersama anak-anaknya itu.