Jika anda seorang yang sering mempunyai urusan diluar rumah dan perlu berurusan dengan pelanggan, antara perkara yang merunsingkan setiap kaum hawa adalah jika solekan cepat cair atau luntur akibat teriknya panas mentari dan lebur bersama peluh.
Malah, cuaca di negara beriklim tropika seperti Malaysia sememangnya seringkali membuatkan solekan cair lebih pantas. Sehubungan itu, Hijabista memberikan pengelesaian kepada hijabi agar solekan mampan anda kekal ‘on point’, bebas cair dan terletak elok pada wajah!
Solekan pada wajah pastinya tidak lengkap dan sempurna sekiranya tiada pengaris mata (Eyeliner) yang membingkai wajah hijabi. Lebih dahsyat lagi, apabila dah penat melukis eyeliner yang on point, tetapi akhirnya eyeliner comot atau hilang akibat peluh akibat cuaca panas di saat anda melakukan aktiviti di luar.
Justeru, untuk menghindarkan perkara ini dari berlaku, Hijabista mengesyorkan anda agar memilih pensil penggaris mata ataupun browcara yang mempunyai sifat waterproof! Terutamanya, jika anda perlu mengenakan solekan seharian.
Malah, dengan menggunakan solekan mata waterproof, meskipun anda sibuk melakukan aktiviti luar ataupun berhdapan terik mentari seharian, penampilan anda tidak akan luntur.
Ini juga salah satu bahagian wajah yang disolek jika cair akan membuatkan kaum hawa pissed off. Ini kerana, lipstik paling mudah meninggalkan kesan pada sebarang permukaan seperti gelas dan juga topeng muka. Malah, ketika menikmati hidangan makanan pun ia boleh memudar sekaligus mencacatkan penampilan anda dan merosak keserian wajah.
Oleh itu, Hijabi juga perlu bijak memilih lipstik yang mempunyai label transferproof atau kiss proof. Kebaikan lipstik dengan label ini adalah ianya lebih mudah kering, tidak mudah comot serta melekap lebih lama pada bibir.
Artikel Berkaitan: Palet Solekan Kotor Berdebu? Jom Lakukan ‘Spring Cleaning’ Sebelum Raya Ini!
Tetapi jika anda kurang selesa menggenakan pemerah bibir jenis kiss proof Hijabista menyarankan anda memilih liptint sebagai gantinya. Ini kerana, liptint memiliki tekstur yang ringan dan mudah menyerap pada kulit. Tona warnanya yang nipis mampu bertahan lama dan tidak mudah pudar.
Cara ketiga untuk mempertahankan lipstik tidak pudar adalah dengan mengurangkan kandungan pigmen warna bercampur pada lipstik seperti minyak, pelembab dan juga air. Dengan mengelakkan pencampuran kandungan ini, pigmen lipstik akan tahan lebih lama pada bibir anda.
Secara keseluruhan, setting spray akan membentuk lapisan pelindung yang nipis pada solekan anda, dan membuat makeup hijabi tahan seharian. Dengan mengaplikasikan setting spray, makeup anda akan dilindungu meskipun hijabi berpeluh lencun atau memakai topeng wajah. Jadi, pastikan Hijabi menggunakan setting spray setiap kali selesai bersolek tau!
Artikel Berkaitan: Solekan ‘Cacat’ Jika Salah Pilih Warna Gincu? Ini Cara Pilih Ikut Tona Kulit, ‘Confirm’ Naik Seri!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini