Kek Oreo Kukus, Guna Dua Bahan Je Kos Hanya RM10 Memang Super Jimat!

Share

Bagi mereka yang masih tercari-cari menu apa yang bakal disajikan untuk minum petang bolehlah mencuba kek oreo kukus. Bahan pun hanya dua sahaja dan kos untuk membuat kek ini.

Berikut resipi yang dikongsi oleh Ameera.

BAHAN-BAHAN:
2 peket biskut oreo
1 kotak susu coklat (guna dua gelas sahaja)

CARA-CARA MEMBUAT:
1.Masukkan biskut oreo dan susu coklat dalam blender.
2.Kisar biskut oreo dan susu coklat. Sukatan susu coklat lebih kurang 2 gelas.
3.Sapu mentega dalam loyang. Tuangkan adunan yang telah siap dikisar ke dalam loyang.
4.Kukus di dalam periuk pengukus selama lebih kurang 25-30 minit.

LANGKAH DEMI LANGKAH (BERGAMBAR):

Langkah 1.

 

Langkah 2.

 

Langkah 3.

 

Langkah 4.

 

Kek kukus yang telah siap di masak.

 

Memang senang sangat hendak buat. Paling penting bahan pun tidak banyak. Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini kita mestilah pandai berjimat-cermat.

Sumber kredit: Ameera

Published by
Norhasliza