Kek batik memang menjadi manisan yang digemari ramai oleh pelbagai peringkat usia. Jika biasanya bahan asas yang digunakan sama ada serbuk coklat, coklat masakan dan Milo, resipi kek batik menggunakan Horlicks juga tidak kalah mencuri selera.
Lebih menarik warnanya hijau dan tentulah berlainan daripada kek batik biasa. Jom kita cuba resipi perkongsian Mimie Suhaimi Hussain ini.
BAHAN-BAHAN:
4 biji telor
125g unsalted butter
3/4 cawan susu pekat (kalo suka manis letak lebih)
2 cawan horlicks
1/2 cawan tepng gandum
Vanila
Perwarna hijau
1 paket biskut marie
CARA MEMBUAT:
2. Masukkan tepung gandum dan horlicks. Kacau hingga sebati. Pastikan sentiasa kacau bagi mengelakkan berketul.
3. Kemudian masukkan telur sedikit demi sedikit sambil terus mengacau.
4. Masukkan esen vanilla dan pewarna hijau. Kacau hingga sebati.
5. Tutup api. Masukkan biskut Marie yang telah siap dipatah-patahkan. Kacau lagi.
6. Masukkan ke dalam loyang yang telah siap dialas dengan kertas minyak. Mampatkan dan simpan di dalam peti sejuk. Enak dinikmati ketika sejuk.
Sumber kredit: Mimie Suhaimi Hussain