Kejutan baharu sahaja tercipta di Pentas Akhir Ratu Hijabista 2020 apabila dua orang peserta iaitu Mellya dan Fiffy Afrina tersingkir selepas tugasan pertama.
Pada pusingan tersebut, keempat-empat peserta diminta melakukan Public Service Announcement (PSA) mengikut kreativiti masing-masing berdasarkan tajuk yang diberi.
Fiffy membawakan isu ‘anti-vaksin’, Qila dengan topik ‘Mayer-Rokintansky-Kuster-Hauser’, Mellya dengan tajuk ‘body shamming’ manakala Tina pula mengetengahkan isu ‘Faraid- Hak Kepada Yang Berhak’.
Dengan penyingkiran dua orang peserta ini, maka tinggallah dua orang peserta sahaja yang akan berjuang bagi merebut gelaran Ratu Hijabista iaitu Tina dan Qila.
Siapakah yang akan dinobatkan sebagai juara pada malam ini? Sama-samalah kita saksikannya hingga ke akhir rancangan nanti.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dakwah Di Media Sosial Kongsi Doa Diamalkan Ketika Sujud, Cara Irma Hasmie Sambut Ulang Tahun Kelahiran
Setiap orang mempunyai agenda tersendiri dalam menyambut ulang tahun kelahiran. Begitu juga dengan pengacara dan juga pelakon, Irma Hasmie yang turut menyambutnya hari ini. Dalam posting terbarunya, Irma Hasmie menyebarkan dakwah di media sosial bersama followernya dengan berkongsi doa yang boleh diamalkan ketika dalam sujud.
Menurutnya bertambah hari kelahiran maka akan bermakna kehidupannya juga semakin kurang. Dia turut bertanya adakah sempat bekalan amalan yang dilakukan dan tanggungjawab yang wajib ke atas dirinya
Irma Hasmie juga berharap agar Allah akan ampunkan segala dosa, moga Allah menjaga diri, terus diberi petunjuk dan semoga perjalanan pengakhiran yang Husnul Khotimah.
My birthday.
Sejujurnya pada hari lahir sy ini bermakna masa kehidupan yg ada pun semakin kurang, cukup ke bekal amal sy sempatkan ke sy nk tunaikan semua tanggungjawab yg wajib ke atas sy.. hidup ni byk lalai sy sering lupa.
Doa moga Allah ampunkan setiap dosa2 ku.
Moga Allah jaga diri ini, terus memberikan petunjuk, ameen ya rob.
Apa pun usaha perjalanan hidup kita ni, tapi dengan penuh hati berharap kita dapat pengakhiran yg Husnul Khotimah
Dan nak mula doa2 ni setiap kali solat, “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan sesungguhnya hal itu sangat berat, kecuali bagi orang-orang ang khusu’, (iaitu) orang-orang yang menyakini bahawa mereka akan menemui Rabb mereka dan bahawa mereka akan kembali kepada-Nya.” – Al Baqarah 2.45 – 46
Netizen juga turut mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran pada Irma Hasmie dan mendoakan agar dia sentiasa dimurahkan rezeki, panjang umur dan beroleh keberkatan dalam kehidupan.
fadzura11 Mohon share ya kak.. Happy Birthday kak irma,semoga peroleh keberkatan dalam kehidupan.. semoga sentiasa dalam lindungan ALLAH..Aamiin
anet_netty Selamat hari lahir @irmahasmie smg Allah permudahkan urusan dakwahmu dan bhgia bersama keluarga serta berjaya dunia & akhirat
queenyusofs Sanah Helwah kak @irmahasmie ..Semoga dikurniakan kebahagiaan dunia Dan Akhirat
yleobyalmas Happy birthday kak irma.. moga sentiasa diberkati Allah dan semua yang didoakan akak dimakbulkan Allah SWT
nur_munirah90 Assalamualaikum kak @irmahasmie semoga mnjadi seorang hamba,anak,isteri n ibu yg solehah, diberi kesihatan yg berpanjangan n sentiasa didlm lindungan Allah,dimurahkan rezeki yg halal, dipermudahkn n dilancarkan n berjaya dlm apa yg dilakukan…in Shaa Allah Aamiin…sanah helwah
KREDIT FOTO: INSTAGRAM IRMA HASMIE
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kembangkan Sayap, Mellya Azizi ‘Ratu Hijabista’ Kini Menjadi Pembaca Berita TV9
Finalis program Ratu Hijabista, Mellya Azizi teruja untuk menggalas tanggungjawab terbaharunya selepas diberi peluang untuk muncul sebagai pembaca berita di TV9 yang akan bermula pada bulan September ini.
Walaupun takut dan berdebar, Mellya atau lebih mesra disapa Mel berasa begitu bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan Tuhan ini dan berazam untuk melakukan sehabis baik tugasnya nanti.
“Perasaan Mel sangatlah takut sebab tak pernah cuba lagi jadi pembaca berita, tapi excited untuk mencuba dan enjoy setiap ilmu baru yang diterima.
“Pada mulanya Mel dipanggil untuk share resume bersama produksi TV9 Malaysia dan hantarkan video membaca berita kepada mereka. Alhamdulilah, tak sangka ada rezeki untuk terpilih sebagai ‘top 3’ pembaca berita TV9 yang baharu,” jelasnya yang gemar melibatkan diri dalam aktiviti sukarelawan ini.
Bagi memantapkan lagi penyampaiannya, Mel gigih melakukan latihan setiap hari bersama rakan penyampainya yang melalui aplikasi Zoom.
Kami yang junior ini banyak melalui proses mockrun dimana kami berlatih di set seperti siaran langsung untuk selesakan diri dengan suasana penyampaian berita.
“Selain itu, kami juga diberikan didikan oleh tenaga pengajar yang juga merupakan pembaca berita TV3 menerusi platfrom Zoom setiap hujung minggu untuk membaiki bacaan, intonasi dan juga lenggok gaya supaya sesuai dengan stail berita TV9.
“Memandangkan ini suatu perkara baharu untuk Mel, jadi Mel memang banyak sangat buat research mengenai gaya pembaca berita dan banyak menonton video dari pembaca berita terdahulu seperti Hazlin Hussein, Affiza TV9 dan ramai lagi,” tambahnya.
Buat anda semua, nantikan penjenamaan terbaharu berita TV9 pada bulan September ini jam tujuh malam yang akan menampilan Mel sebagai salah seorang wajah baharunya. All the best Mellya!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Terharu Kisah Kejayaannya Jadi Kajian Kes Kertas STPM, Ikon Fesyen Vivy Yusof Doakan Semua Score A+++
Isi Kandungan
ToggleSebuat sahaja nama pengasas bagi portal fesyen dalam talian terkemuka FashionValet, Vivy Yusof pasti ramai mengenalinya. Beliau bukan sahaja digambarkan sebagai ikon fesyen oleh hijabi masa kini, tetapi juga menjadi idola buat wanita di luar sana yang mahu berjaya sepertinya. Jadi tidak hairanlah jika kisah kejayaannya turut dijadikan kajian kes untuk salah satu kertas bagi Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) tahun ini.
Vivy yang berkongsi perkara ini di laman instagramnya dan terkejut dimaklumkan beberapa pengikutnya yang turut menduduki kertas peperiksaan bagi mata pelajaran Pengajian Perniagaan.
Pengasas bersama bagi jenama FashionValet dan pengasas jenama dUCk ini menganggap ia sebagai satu penghormatan buat dirnya dan merasakan dia sedang bermimpi apabila kisah kejayaannya diangkat menjadi kajian kes bagi pelajar yang mengambil peperiksaan penting ini.
Malah Vivy turut mendoakan kecemerlangan para pelajar yang menduduki peperikssan berkenaan.
Reaksi pengikutnya yang turut terharu dengan perkongsian ini dan rata-rata mengucapkan tahniah dan ternyata kisah kejayannya telah dijadikan contoh dalam peperiksaan kebangsaan.
veechingz @annoorham forever idol
ellepijaa So inspiringcongrats @vivyyusof great example
nurazlin_ain puan vivy , im so proud of u. before this i dont know who is the producer of dUCk product. yesterday when i answer business management paper in stpm exam,i know how hard u make it u such an icon in entrepeneur world
yusofazure WOWW…Vivy @vivyyusof..u r sure such an impact on every single being..Bravo n Congrats Vivy.
Tidak lupa netizen yang turut memuji beliau di atas semua pencapaian yang cukup membanggakan itu.
Vivy yang sudah lapan tahun bergelar usahawan ini juga turut mendoakan semua pelajar yang menjawab kerta berkenaan akan mendapat markah A +++.
Ikon Fesyen, semangat nak jawab.
Vivy teman jawab paper.
Ramai adore dan senyum jawab soalan.
Senyum masa jawab soalan berkaitan Vivy Yusof.
Vivy Yusof memang jadi idola.
Follow Vivy Yusof sejak jadi blogger.
Rasanya keputusan nanti dapat A.
Terus teringat nak shopping.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM VIVY YUSOF
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI