Keju merupakan produk tenusu yang dihasilkan daripada proses koagulasi protein dalam susu samada susu lembu, kambing atau kerbau dan boleh didapati dalam pelbagai bentuk dan perasa. 

Antara jenis keju yang sering ditemui adalah, cheddar, mozarella, cream cheese, parmesan dan cottage. Setiap keju sesuai dipadankan dengan makanan tertentu untuk menaikkan rasa makanan. Contohnya, mozarella digunakan sebagai tambahan hidangan pizza dan cheddar pula biasa dijadikan inti sandwich. 

Keju Diperkaya Dengan Sumber Protein & Berkhasiat! Ini Menu Terbaik Yang Boleh Kamu Hasilkan Dengan Keju!
Sumber gambar: Healthy Eating

Keju juga merupakan sumber protein yang baik, kaya dengan kalsium dan mineral lain. Berdasarkan piramid makanan Malaysia, kita disarankan untuk mengambil satu hingga tiga hidangan susu atau produk tenusu sehari. Bermakna, keju adalah antara sumber nutrien yang baik untuk kita. 

Namun begitu, keju juga mengandungi jumlah lemak yang tinggi seterusnya menjadikan keju makanan tinggi kalori. 

KANDUNGAN KALORI DALAM CHEESE 

30 gram cheddar cheese mengandungi 114 kcal
30 gram
mozzarella cheese mengandungi 

Ads

72kcal 

1 sudu besar parmesan cheese mengand- ungi 22 kcal
100 gram
cream cheese mengandungi 342 kcal 

TREND MASA KINI 

Ads
Keju Diperkaya Dengan Sumber Protein & Berkhasiat! Ini Menu Terbaik Yang Boleh Kamu Hasilkan Dengan Keju!
Sumber gambar: Tasty

Keju dijadikan daya penarik untuk makanan sehinggakan makanan tradisi seperti pisang goreng juga ditambah keju. Pisang goreng cheese, kek kukus cheese leleh, aiskrim cheesecake, popia cheese dan macam-macam lagi. 

Jika diteliti cara pembuatan, keju bukanlah bahan utama yang digunakan untuk makanan tersebut kerana ia sebenarnya memberikan rasa masam pada makanan dan agak kurang enak. Bahan lain seperti gula dan susu pekat manis telah ditambah untuk menutup rasa masam itu dan mengekalkan rasa lemak keju. Dapat bayangkan jumlah sebenar kalori dalam makanan yang disaluti keju? Adakah makanan berkeju boleh menyebabkan obesiti? Secara umumnya keju boleh menjadi punca obesiti jika diambil secara tidak terkawal. 

Keju penyumbang kepada pengambilan kalori yang tinggi dan rasa masam dan manis pada makanan diselaputi keju dan juga boleh menyebabkan ketagihan. Keju mengandungi kandungan kolesterol yang tinggi. Pengambilan keju secara berlebihan juga boleh meningkatkan risiko penyakit jantung. 

Ads

Kesimpulannya, keju adalah makanan yang berkhasiat dan boleh diambil mengikut saranan yang betul. Pengambilan secara berlebihan dan ditambah dengan bahan lain seperti gula dan susu pekat manis adalah tidak digalakkan dan boleh membahayakan kesihatan. 

Menu terbaik untuk makan malan dengan ramuan keju!

Bahan-bahan untuk Mac & Cheese:

  • 2 cawan makaroni
  • 2 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 2 1/2 cawan susu segar
  • 4 keping keju cheddar
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • Sedikit garam

Cara-cara :

  1. Rebuskan makaroni dengan sedikit garam sehingga lembut. Ketepikan.
  2. Panaskan mentega. Masukkan tepung dan gaul rata dengan cepat.
  3. Masukkan susu segar. Kacau dan tambahkan serbuk lada hitam dan sedikit garam.
  4. Masukkan keju satu per satu sambil kacau dengan whisk supaya tidak berketul.
  5. Masukkan makaroni yang telah direbus tadi dan kacau rata.

Nota :

  • Boleh tambah keju yang lain untuk lebih sedap mengikut citarasa masing-masing.
  • Taburkan kepingan cili atau serbuk cili jika suka pedas.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI