Syurga Allah SWT ialah objektif dan kejayaan mutlak setiap daripada kita yang dikenali sebagai umat manusia. Sejak dari kecil lagi, kita seringkali diingatkan supaya sentiasa membuat segala kebaikan yang dapat diberi ganjaran pahala oleh Allah SWT dan janganlah sesekali melakukan perkara yang dilarang oleh-Nya.
Daripada Sayyidina Khalid bin Al-Walid Radiallahu ‘anhu telah berkata : Telah datang seorang arab desa kepada Rasulullah S. A. W yang mana dia telah menyatakan tujuannya :
Wahai Rasulullah, sesungguhnya kedatangan aku ini adalah untuk bertanya engkau mengenai apa yang akan menyempurnakan diriku di dunia dan akhirat. Maka baginda SAW telah berkata kepadanya, tanyalah apa yang engkau kehendaki:
1. Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang alim. Baginda SAW menjawab : Takutlah kepada Allah maka engkau akan jadi orang yang alim.
2. Dia berkata : Aku mahu menjadi orang paling kaya. Baginda S. A. W menjawab : Jadilah orang yang yakin pada diri maka engkau akan jadi orang paling kaya.
3. Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang adil. Baginda SAW menjawab: Kasihanilah manusia yang lain sebagaimana engkau kasih pada diri sendiri maka jadilah engkau seadil-adil manusia.
4. Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang paling baik. Baginda SAW menjawab: Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat maka engkau akan jadi sebaik-baik manusia.
5. Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang istimewa di sisi Allah SWT. Baginda SAW menjawab : Banyakkan zikrullah nescaya engkau akan jadi orang istimewa di sisi Allah.
6. Dia berkata : Aku mahu disempurnakan imanku. Baginda SAW menjawab : Perelokkan akhlakmu nescaya imanmu akan sempurna.
7. Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan orang yang muhsinin (baik). Baginda SAW menjawab : Beribadatlah kepada Allah seolah-olah engkau melihatNya dan jika engkau tidak merasa begitu sekurangnya engkau yakin Dia tetap melihat engkau maka dengan cara ini engkau akan termasuk golongan muhsinin.
8. Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang taat. Baginda SAW menjawab : Tunaikan segala kewajipan yang difardhukan maka engkau akan termasuk dalam golongan mereka yang taat.
Ada kalanya kita mungkin alpa dengan keseronokan di dunia hingga apla tentang kejayaan di akhirat yang sewajibnya kita kejarkan. Pun begitu, Allah SWT itu Maha Penyayang. Kita harus sentiasa memperbaiki diri kita untuk menjadi hamba-Nya yang lebih baik dari semalam. InsyaAllah. Selamat beramal!
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe