Kalimah Tadarus berasal dari درس yang bermaksud belajar, meneliti, memahami & mengkaji. Kemudian ditambah di hadapan kalimah itu dengan huruf Ta’. Maka jadilah ia تدارس yang bermakna saling belajar, saling meneliti, saling memahami & saling mengkaji.
Apabila kita menggabungkan huruf-huruf tadarus Al-Quran maknanya menjadi saling belajar, memahami, dan meneliti ilmu al-Quran. Tidak mengapa jika kita merangkak-rangkak membaca Al-Quran.
Apa yang penting kita berusaha untuk istiqamah dan jadikan amalam membaca Al-Quran sebagai rutin dalam kehidupan seharian. Sehari selembar muka surat pun dah cukup sis! Banyak fadhilat yang diperolehi mereka yang menghafaz dan mentadabbur al-Quran ini tau.
Untuk pengetahuan hijabi, tahun ini merupakan tahun ke sembilan Malaysia #QuranHour yang di anjuran oleh Yayasan Warisan Umah Ikhlas (WUIF) dengan kerjasama rakan sinergi mereka.
Hijabista difahamkan bahawa, majlis ‘taman-taman syurga’ di dunia ini akan diadakan secara serentak di seluruh negara dan bersiaran secara langsung dari lokasi perdana, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA), Putrajaya, pada pukul 12 tengah hari hingga 1 tengah hari pada tanggal 30 Ogos nanti.
Menurut, Ketua Pegawai Eksekutif WUIF, Marhaini Yusoff berkata, Malaysia #QuranHour pada tahun ini adalah istimewa! Kerana ia turut disambut bersempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-66 tahun.
Sehubungan itu, Marhaini berkata, buat pertama kalinya Malaysia #QuranHour kali ini akan memfokuskan berhubung agenda anak muda serta peranan orang dewasa dalam membawa misi “Malaysia Berakhlak Mulia : Pemuda Merdeka, Pemimpin Abrar.”
Mengulas lanjut, katanya pemuda merupakan tonggak dan aset terpenting dalam pembinaan sesebuah negara. Pada masa hadapan Gabungan anak muda dan orang dewasa ini perlu saling melengkapi dalam melahirkan pemimpin abrar dan membawa legasi kebaikan yang membumikan Al-Quran.
Artikel berkaitan: Waheeda Wasini Dedah, ‘Hilang’ Dari Dunia Seni Kerana Tadabbur Al-Quran Selama 10 Tahun!
“Malaysia #QuranHour yang digerakkan sempena momentum Hari Kebangsaan pada 31 Ogos setiap tahun, mengajak seluruh masyarakat memahami intipati dan erti kemerdekaan dalam membangunkan sebuah negara yang aman, utuh dan progresif, melalui intervensi yang diformulasikan dari prinsip-prinsip al-Quran.
“Pendekatan tadabbur dengan al-Quran iaitu Surah Al-Fatihah (Pembukaan), Surah Al-Insan (Manusia) dan Surah Al-Asr (Masa) menjadi surah pilihan bagi mengangkat tema tersebut dapat melahirkan golongan pemuda berkemahiran dalam membina projek pembangunan negara sekaligus melahirkan para pemimpin abrar pada masa hadapan.”
Tambah beliau, dengan berpandukan kepada al-Quran dan Hadis, ia dapat membentuk kerangka fikir dan karakter diri yang mulia, seterusnya dapat menjiwai kemerdekaan sebenar dalam kalangan rakyat, khususnya golongan pemuda. Impak daripada kempen #QuranHour juga diharapkan mampu melahirkan Muslim yang bersyukur, minda yang cerdas dan berkemahiran.
Justeru, melalui Malaysia #QuranHour, al-Quran menjadi tali penghubung dan solusi umat Islam di seluruh dunia. Dengan kerjasama Sinergi Media Malaysia dalam menjayakan kempen #QuranHour dapat dapat diteruskan dalam membawa misi MengQurankan Bangsa Mengikhlaskan Ummah pada 1500H.
Sekadar info, sejak 2013, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) yang bernaung di bawah Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd menjalankan inisiatif untuk menjadikan al- Quran sebagai manual kehidupan.
Artikel berkaitan: Ramai Selebriti Sambut Baik Program ini, Bentuk Karakter Dan Akhlak Melalui Al Quran
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.