Kehebatan Bertaraf Dunia, Kenali KUBRA DAGLI Atlet Taekwondo Berhijab Tercantik Turki

Share

Atlet taekwondo dari Turki, Kubra Dagli yang berusia 26 tahun ini bukan sahaja dilahirkan cantik malah dia juga bukan calang-calang hijabi!

Ini kerana Kubra Dagli berjaya melonjakkan nama negaranya ke peringkat dunia.

 

Untuk rekod, Kubra Dagli pernah tular suatu ketika dahulu apabila menjuarai kejohanan taekwando dunia World Championships di Lima, Peru.

Pertandingan bertaraf dunia yang berlangsung pada 2016 itu telah menjadikan hijabi ini ‘dihujani’ pujian serta penghargaan yang tinggi terutama daripada rakyat Turki.

Lebih manis, apabila Kubra Dagli tampil berhijab ketika beraksi dalam kejohanan itu sekaligus membuktikan hijab bukanlah alasan untuk wanita kekal aktif serta mampu bersukan dengan pakaian patuh syariah.

Tumpang bangga dengan kejayaan Kubra Dagli dan kagum dengan sikapnya yang ingin membuktikan, dengan hijab dirinya mampu mengharumkan nama tanah airnya sehingga ke persada antarabangsa.

Menyingkap kata-kata hijabi cantik ini di laman sesawang redbull; –

“Seawal jam 5.00 pagi saya akan menjalani latihan. Saya akan berlatih dua kali sehari dan mempersiapkan diri untuk berhadapan dengan pertandingan yang terdekat.

“Setiap orang takut dengan kegagalan dan atas sebab itu saya tidak akan patah semangat untuk menempuhnya dan sentiasa bekerja keras agar kejayaan menjadi milik saya,” katanya yang pernah dipaksa mengenakan bandana bagi menggantikan hijabnya.

 

Namun, Kubra Dagli berpegang teguh kepada pendiriannya sebagai wanita berhijab.

Kubra Dagli juga bertuah kerana ibu bapanya yang merupakan jurulatih tinju sentiasa menyokong penuh penglibatan Kubra Dagli dalam sukan.

Published by
Amy Mohd