Isi Kandungan
ToggleAyat-ayat Al-Quran sememangnya terkandung 1001 rahsia dan penawar dalamnya. Setiap orang itu mahu rasa disenangi oleh orang sekelilingnya. Untuk itu, apa kata hijabi amalkan doa ini ? InsyaAllah, keserian wajah juga akan terserlah.
Surah Yusuf Ayat 4
Surah Taha Ayat 39
kredit: twitter @AthrhJsni
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Acah ‘Mat Salleh’, Che Ta Sedih Lihat Umat Islam Main Dengan Anjing Di Hari Krismas!
Isi Kandungan
TogglePelakon jelita dan juga usahawan inai, Rozita Che Wan yang lebih mesra disapa dengan panggilan Che Ta baru-baru ini menzahirkan rasa sedih dan kurang senang dengan kelakuan orang melayu beragama Islam yang menyambut hari Krismas pada 25 Disember lalu.
Menurut Che Ta golongan ini terlalu berusaha mahu ‘acah-acah mat salleh’ dengan tanpa segan silu menyambut perayaan itu sambil bermain dengan anjing meskipun agama Islam melarang menyentuh haiwan berkenaan.
Sedih Tengok Orang Melayu ‘Acah’ Jadi Orang Putih
Perkara tersebut dimaklumkan isteri kepada aktor kacak Zain Saidin itu, menerusi satu hantaran di laman Instastory miliknya tengah malam tadi.
“Sedihnya bila tengok orang Melayu ni acah-acah nak jadi orang putih, nak sambut Krismas, main-main dengan anjing, walaupun beragama Islam!,” Tulis Che Ta
Moga Allah Kurniakan hidayah Kepada mereka
Sehubungan itu, ibu kepada Aisyah Dhia Rana itu juga berkesempatan menitipkan doa agar individu-individu ini kelak akan mendapat hidayah kurniaan Allah SWT.
“Allahuakbar.. Moga ada hidayah lah untuk mereka..” Tulisnya lagi.
Artikel berkaitan: Belum Sampai Hujung Bulan, Poket Dah Kering? Jom Amalkan Tips Jemput Rezeki Ni!
Untuk rekod, isu artis dikecam kerana meraikan sambutn hari Krismas turut terpalit kepada penyanyi, Nourul Depp yang baru-baru ini tindakannya itu telah menjadi perdebatan hingga menerima kritikan hebat dari netizen, selepas berkongsi momen berkenaan di media sosial miliknya.
Bagaimanapun, Nourul menjelaskan bahawa dia dan keluarganya sekadar meraikan kegembiraan dengan memberi hadiah sahaja, memandangkan kedua-dua mentuanya juga tidak lagi terlalu mengamalkan ajaran Kristian.
Artikel berkaitan: Travel Dengan Penuh Bergaya! Ikuti Lima Tips Agar Hijabi Kekal Patuh Syariah
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Zodiak Anda Yang Paling Pemaaf Atau Pendendam. Anda Yang Mana Satu?
Memaafkan orang lain memang bukan perkara mudah, apatah lagi kalau orang tersebut adalah orang yang sangat anda percaya kemudian menyakiti hatimu begitu sahaja. Itu semua adalah hak anda, adakah anda ingin memaafkan dan membuat hidupmu tenang atau menyimpan dendam sehingga kamu selalu gelisah. Namun mereka yang berjiwa besar akan bersedia memaafkan untuk siapapun yang berbuat salah kepadanya.
Berdasarkan zodiak, ini 12 urutan zodiak dari yang paling pemaaf sampai pendendam. Cuba semak, sama ada anda itu pemaaf atau pendendam ya?
Sagitarius akan sangat terluka dengan pengkhianatan. Dia akan marah dan kecewa, namun setelah beberapa waktu berlalu, dia akan berusaha berdamai, memaafkan semuanya, dan berfikir secara positif. Move on sis! Sagitarius tak akan mendendam pada orang yang menyakitinya. Dia akan selalu bersikap ‘terbuka.’
Libra adalah jenis orang sosial yang amat memperhatikan perasaan orang lain. Ketika dilukai, dia perlu waktu untuk sembuh dan kemudian memaafkan. Libra enggan menyimpan dendam kerana boleh merosak keseimbangan hidup dan kesihatan mentalnya. Sekejam apapun seseorang kepadanya, Libra akan berusaha memaafkan kerana dia bisa melihat sisi baik dari orang tersebut.
Pisces adalah orang yang punya fikiran terbuka, kerana itulah memaafkan bukanlah hal yang tabu atau berat untuk dilakukan sekalipun itu pada musuhnya. Di sebalik luka perasaan yang dia rasakan, dia masih punya empati dan berusaha selalu mengerti. Pisces bukanlah orang egois yang hanya mementingkan dirinya. Jika ada permintaan maaf yang tulus, dia dengan senang akan menerimanya.
Pengendalian diri dan emosi Capricorn layak dipuji. Dia bebas dari sifat dendam dan amarah yang berlebihan. Baginya, maaf akan membebaskan fikiran dan hatinya agar dia boleh menjalani hari-harinya dengan lebih positif. Capricorn tentu susah menerima pengkhianatan dan kebohongan, tapi dia akan berdamai dengan keadaan dan memaafkan semua orang. Dia hanya ingin hidupnya tenang.
Cancer adalah orang yang begitu mudah terasa dan sensitif, kerana itulah dia begitu mudah terluka ketika dikhianati atau dibohongi. Namun dalamnya rasa sakit yang dia alami akan sama dalamnya dengan perasaannya pada orang yang menyakitinya. Cancer tak mudah memutus tali silaturahmi dengan siapapun, kerana itulah dia akan selalu memaafkan dan mengambil pelajaran dari apa yang terjadi padanya.
Tenang, Leo tidak takut pada bayangan anda. Dia penuh cinta, berfikiran positif, dan sangat setia. Kalau kamu sangat dekat dengannya, mungkin kamu akan dimaafkan, sebesar apapun kesalahan kamu.
Aquarius akan memaafkan orang yang menyakitinya. Mungkin dia perlu waktu, tapi pasti dia memberi maaf juga. Proses ini boleh dipercepatkan jika kamu boleh memberi alasan menyakinkan padanya.
Semua Pisces tidak suka memanjangkan masalah dan menyimpan dendam. Pastilah dia memaafkan kamu. Tapi beri dia waktu dan privasi sebelum dia sedia memberi maaf.
Buat dia, memaafkan itu agak berapa sukar. Tapi tidak ada yang tahu pasti mengapa dia memaafkan, bila, dan bagaimana. Gemini itu sangat teratur sehingga dia tidak boleh memaafkan secara langsung, atau perlu berbahas sebelum memberi maaf, atau harus diajak bergurau dahulu.
Sangat susah minta maaf zodiak satu ini. Tergantung dari definisi kamu tentang “minta maaf”. Kalau kamu berbuat salah terhadapnya, dia akan mengamuk. Lalu memaafkan. Lalu melupakan. Tapi kelak jika dia diingatkan mengenai masalah ini lagi, dia boleh ngamuk lagi. Awas Ya!
Tentu saja Virgo akan memaafkan kamu, tapi dia tak akan membiarkan kamu melupakannya. Fikirannya sangat aktif dan analitis, sehingga dia selalu mengungkit-ngungkit kesalahan lama.
Jarang-jarang Taurus boleh memaafkan dengan sepenuhnya. Sekali kamu menyakitinya, dia tidak akan pernah lupa. Dibanding zodiak lain, Taurus ini paling pendendam. Dan kamu tidak boleh melakukan apapun untuk mengubahnya.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Selalu Rasa Lebih ‘Baik’ Dari Orang Lain? Ini Cara Atasi Rasa ‘Ujub’ Dalam Diri, Mengikut Mufti
Isi Kandungan
TogglePernah tak anda merasa diri lebih baik dari orang lain? Untuk pengetahuan anda, sifat ini sudahpun termasuk dalam salah satu sifat tercela dan harus dibersihkan dari hati manusia.
Menurut Imam al-Ghazali, sifat yang tercela ada banyak bilangannya dan untuk membersihkannya, ia memerlukan usaha yang berterusan. Di dalam kitab Bidayah al-Hidayah, Imam al-Ghazali memberitahu kaedah untuk membersihkannya dengan cara memfokuskan kepada tiga sifat tercela yang utama. Tiga sifat tersebut ialah hasad, riyak dan ujub. Bahkan, tiga sifat ini juga sering menjadi masalah bagi golongan yang alim kerana mereka juga tewas berhadapan dengan ujian ini.
Sesungguhnya secara fitrahnya, manusia memang suka akan pujian dan sehingga mendambakan pujian. Tetapi berhati-hati, secara tidak sedar pujian juga boleh mendorong kepada perasaan bangga diri.
Definasi ‘ujub’
Menurut Kamus Dewan, ujub bermaksud kagum terhadap diri sendiri, angkuh, bongkak dan ego. Menurut Imam al-Ghazali pula, hakikat ujub itu merujuk kepada pengagungan diri sendiri antaranya dari aspek kenikmatan yang dimiliki tanpa melihat kepada pemilik nikmat yang sebenar iaitu Allah SWT.
Ujub merupakan penyakit hati yang tiada ubatnya. Perasaan ini menyebabkan seseorang itu memandang diri sendiri dengan pandangan kemuliaan sebaliknya memandang orang lain dengan pandangan penghinaan.
Tanda-tanda orang yang bersifat ujub ini ialah ia selalu berkata ‘aku begini…. begini’. Ia menuruti sikap sebagaimana yang difirmankan oleh Allah SWT dalam surah al-A’raf ayat 12 yang bermaksud:
“(Iblis berkata): Aku lebih baik daripadanya (Nabi Adam AS) kerana Engkau ciptakan aku daripada api dan Engkau ciptakannya daripada tanah.”
Takrif ujub menurut para ulama
Menurut para ulama, ujub ialah seorang yang beranggapan bahawa kemuliaan amal soleh disebabkan adanya sesuatu perkara atau sebab bukan kerana Allah SWT. Ujub itu mempunyai tiga wujud iaitu diri sendiri, makhluk dan barang.
- Abdullah Ibn al-Mubarak ketika ditanya tentang ujub atau bangga diri, beliau menjawab: “Engkau melihat di dalam dirimu sesuatu yang tidak ada pada diri orang lain.” (Lihat Syu’ab al-Iman, 7/50)
- Bisyr bin al-Harith al-Hafi menyebut: “Ujub itu ialah engkau merasa memiliki amal yang banyak dan menganggap amal orang lain sedikit.” (Lihat Hilyah al-Auliya’, 8/348)
- Imam Ghazali berkata, ujub ertinya mengagungkan diri, atau menganggap agung amal yang dilakukan. Misalnya dengan mengatakan: “Akulah orang paling soleh, tidak ada orang yang melebihi kesolehanku.”
ARTIKEL BERKAITAN: Teruja Dapat Sampah Atau Hadiah, Ini Hukum Jual Beli ‘Mystery Box’ Menurut Mufti Wilayah
Cara untuk membersihkan perasaan ujub
Antara cara mengatasi perasaan ujub ialah:
- Menyedari bahawa amal soleh yang kita lakukan hanyalah kerana pertolongan, taufik dan kurniaan Allah SWT. Allah SWT berfirman:
وَمَا بِكُم مِّن نِّعْمَةٍ فَمِنَ اللَّـهِ
Maksudnya: Dan apa-apa nikmat yang ada pada kamu maka adalah ia dari Allah.
Surah al-Nahl (53)
- Sedar bahawa ujub boleh membinasakan amalan yang kita lakukan. Daripada Anas bin Malik R.A, katanya, sabda Rasulullah SAW:
ثَلَاثٌ مُهْلِكَاتٌ شُحٌّ مُطَاعٌ وَهَوًى مُتَّبَعٌ وَإِعْجَابُ الْمَرْءِ بِنَفْسِهِ
Maksudnya: Tiga perkara yang membinasakan: Orang yang kedekut ditaati, hawa nafsu yang diikuti da seseorang itu merasa kagum pada dirinya.
Riwayat al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (731) dan al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat (5915)
- Mengingati bahawa walaupun kita hebat, maka di sana ada yang lebih hebat. Kami nukilkan sebuah kisah sejarah ulama’ silam yang bernama al-Sya’bi. Suatu hari beliau ditanya tentang suatu masalah, lantas dijawabnya: “Aku tidak tahu.” Seorang yang lain bertanya kepadanya: “Apakah tuan tidak merasa malu berkata ‘aku tidak tahu’, walhal tuan adalah seorang ulama besar di Iraq?” Jawab al-Sya’bi: “Para malaikat juga tidak merasa malu ketika mereka berkata sepertimana firman Allah SWT:
قَالُوا سُبْحَانَكَ لَا عِلْمَ لَنَا إِلَّا مَا عَلَّمْتَنَا ۖ إِنَّكَ أَنتَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ
Maksudnya: Malaikat itu menjawab: “Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana”.
(Surah al-Baqarah: 32)
- Mengetahui dan meyakini bahawa kurniaan ilmu kepada kita amatlah sedikit. Dengan sebab itu, benarlah firman Allah SWT:
وَمَا أُوتِيتُم مِّنَ الْعِلْمِ إِلَّا قَلِيلًا
Maksudnya: dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja”.
Surah al-Isra’ (85)
Al-Sobuni berkata: Kamu tidak dikurniakan ilmu hai manusia kecuali amat sedikit. Ini kerana ilmu kamu jauh amat sedikit berbanding dengan ilmu Allah. (Lihat Sofwah al-Tafasir, 2/159)
ARTIKEL BERKAITAN: Puasa Daripada Berkata-kata Seperti Saidatina Maryam A.S, Apakah Hukum Di Sebalik Ibadat Ini?
MasyaAllah. Semoga Allah SWT menyucikan niat dan amalan kita daripada sifat-sifat yang boleh menyebabkan amalan tertolak serta menjauhkan kita daripada sifat tercela ini. Amin.
Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI