Hidayah milik Allah S.W.T. Penghijrahan itu kadang-kala hadir dalam hidup manusia tidak mengenal waktu dan ketika. Setiap kisah perubahan seseorang itu mencurah hembusan inpirasi kepada yang lain untuk memperbaiki diri dan terus menjadi yang terbaik dari semalam.
Nurida Suraya, seorang usahawan dan model yang memiliki rupa paras cantik dan menawan, juga isteri kepada pereka fesyen terkenal, Rizman Nordin berbicara tentang imej terbarunya.
PERMULAAN HIJRAH
Menyoal tentang punca dirinya berubah ke imej yang baru (berhijab), Nurida menyatakan bahawa ia merupakan sebuah proses yang panjang. Menurutnya, dia cuba untuk berhijab sebelum ini, tetapi hati dan jiwanya masih belum bersedia.
“Ia merupakan proses yang mematangkan diri dan mengambil masa yang lama untuk saya benar-benar nekad dan yakin dengan imej ini. Selama tiga tahun di bulan Ramadhan saya cuba untuk berhijab. Tetapi, pada dua tahun pertama di bulan Ramadhan saya masih belum bersedia. Setelah berdoa dan tidak henti untuk diberikan hidayah, akhirnya tahun ni saya terus membeli tudung tanpa memberitahu sesiapa. Saya juga minta tolong pada suami, Rizman untuk menukar rekaan baju raya dengan konsep yang lebih mesra hijab. Alhamdulillah, sehingga kini Allah masih memelihara saya dari imej yang lama.”
Tambahnya lagi, hatinya dijentik untuk berubah saat dia memikirkan tentang cahaya matanya, Rizqaa.
Ads
“Apabila bergelar ibu, semestinya kita ingin menjadi contoh yang terbaik. Saya percaya setiap apa yang dilihat oleh anak-anak kita itu, itulah panduan untuk diri mereka.”
Maka dari situlah bermulanya diari perjalanan baru ini. Pada awalnya saya berniat untuk berhijab selepas anak kedua. Namun Allah SWT adalah sebaik-baik perancang dan Lagi Maha Mengetahui. Alhamdulillah, hati dijentik kebih awal dan seruan untuk berhijab itu hadir segera dari apa yang saya rancang,” kongsinya.
KEKAL ISTIQOMAH
Untuk kekal istiqomah bukanlah perkara yang mudah. Apabila berbicara soal dirinya untuk kekal istiqomah, Nurida menyatakan bahawa keputusan penghijrahan ini wujud dari hatinya sendiri dan sentiasa percaya bahawa itu adalah petunjuk dari Allah SWT.
“Doakan saya terus beristiqomah. Biarpun saya tidak menghadapi sebarang cabaran dari saat awal saya menyarungkan hijab tetapi saya jauh di sudut hati, saya seringkali berdoa kepada-Nya untuk memelihara diri saya dari segala keburukan.”
Ads
Reaksi suamianya juga saat dia mula ingn berhijab amat positif. Suaminya, Rizman juga tidak pernah lelah dan penat dalam memberi sokongan kepada dirinya. Keceriaan juga terpancar pada sinar wajahnya saat mengetahui tentang hajat isteri tercintanya itu.
“Rizman begitu menyokong keputusan saya dan sehingga hari ini, dia tidak berhenti untuk menjadi penasihat dalam pemakaian saya untuk lebih sopan dan menutup aurat. Bagi keluarga saya pula, saya kongsikan berita gembira ini semasa Hari Raya pertama dan semuanya sangat gembira dan sentiasa mendoakan yang terbaik pada perubahan ini.”
KOMEN NEGATIF?
Manusia kadang berkata tanpa menggunakan akal. Cuma kita yang menerima harus bijak dalam mengawal emosi. Sebagai individu yang dikenali, pastinya setiap apa yang dilakukan menjadi tumpuan lensa kamera serta perhatian netizen. Sudah pasti komen negatif itu tidak bisa lari dalam diari kehidupannya.
Menurut Nurida, saat dia tampil dengan imej terbaru ini, ada sahaja komen yang dicurahkan oleh masyarakat terutamanya dari segi cara pemakaian dan gaya hijab yang disarungkan.
Ads
“Antara komen negatif atau kecaman yang saya terima adalah seperti komen berkaitan dengan cara pemakaian hijab yang nampak leher dan dada. Mereka juga mengatakan bahawa sebagai individu yang sudah mula berhijab, ia adalah perkara yang harus dibaiki. Namun, saya tidak mudah melatah kerananya.”
HARAPAN
“Imej terbaru ini menjadikan saya lebih tenang dan selesa dengan pemakaian hijab. Harapan saya agar Allah SWT sentiasa memberi kekuatan pada iman dan hati saya dan sentiasa istiqomah dalam menjalani hari-hari saya dengan imej terbaru ini. InsyaAllah dengan adanya sokongan suami dan keluarga serta kehadiran cahaya mata memberikan saya lebih kekuatan untuk terus berjalan ke jalan yang diredhai-Nya. Nasihat saya kepada mereka yang ingin berhijba, berhijab ini perlulah bersedia dari segala aspek dan niat itu haruslah datang dari hati.
“Jangan sekali berhijab kerana mengikut trend semata-mata atau mengikut orang lain. InsyaAllah niat mulia itu akan dipermudahkan Allah SWT. Kepada siapa yang ingin berhijabm saya akan sentiasa doakan anda diberikan hidayah dan kekuatan untuk terus istiqomah. InsyaAllah.”
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Menjadi satu kebiasaan si beauty junkie melawat laman sesawang kecantikan ini kerana bukan asing lagi bagi mereka yang sentiasa mementingkan kecantikan dan penampilan. EDISI OGOS 2020 Sephora bertujuan untuk memberikan anda hanya kecantikan terbaik
Hijabista kongsi pelancaran terhangat dengan anda melalui format Press Day yang diperbaharui Sephora, supaya anda dapat menikmati akses tanpa henti ke tren dan pelancaran terkini! Dengan jenama baru di bandar yang muncul di pasaran asia, bersama-sama dengan rilis menarik lain dari beberapa jenama solekan dan penjagaan kulit kegemaran anda, berikut adalah sorotan mengenai apa yang terbaharu. Jom cuci mata!
Keratin dalam penjagaan rambut bukan masalah besar, tetapi sumber Keratin 60ku Virtue Labs mungkin akan mengejutkan anda dengan formula terbaik. Dibangunkan di makmal perubatan regeneratif, Alpha Keratin 60ku ™ adalah cara untuk mengekstrak keratin manusia dalam bentuk yang paling murni, memberikan ia adalah kekuatan untuk membantu menyembuhkan luka terbakar dan tentu sahaja menumbuhkan semula tisu dan mengubah rambut. Labs Virtue menggunakan Alpha Keratin 60ku ™ yang diekstrak dari rambut manusia yang berasal dari etika, yang bermaksud badan kita mengenalinya dan memperlakukannya sebagai milik kita sendiri. Ia mengikat secara langsung ke kawasan kerosakan dan mengisinya, memperlihatkan rambut yang lebih bersinar, lebih kuat secara keseluruhan.
Produk solekan yang mampu kulit bernafas di bawah pelitup muka
Pemakaian pelitup muka yang wajib telah mengubah secara drastik bagaimana setiap orang menjalani rutin kecantikan mereka. Selain memfokuskan diri pada pembersih mata untuk membentuk wajah, produk yang membolehkan kulit anda menjadi kunci pernafasan. Tidak ketinggalan, merawat kulit anda lebih penting daripada sebelumnya, terutamanya setelah berjam-jam memakai topeng dalam cuaca panas dan lembap. Inilah yang anda perlukan:
Mascara triple-black volumising, lengthening dan curling ukuran perjalanan ini mempunyai sikat yang dibentuk dengan lebih dari 500 bulu untuk digenggam, melengkung dan melapisi bulu mata dengan pigmen on-the-prowl yang kuat. Ia juga mempunyai formula berkrim, hitam dan ringan yang dikuasakan oleh jojoba dan lilin carnauba yang menguatkan bulu mata yang membantu melindungi bulu mata anda.
Liputan sederhana ringan, penyembur kemasan semula jadi yang menutupi ketidaksempurnaan dan menghidrat selama 12 jam. Formula tahan peluh, kalis air dan bebas minyak dengan serta-merta meliputi kemerahan, lingkaran hitam, bintik-bintik gelap & cela. Concealer yang menggunakan teknologi Hydroflex ™ membolehkan anda bergerak dan melakukan apa-apa aktiviti sekalipun. Ia diselitkan dengan bahan-bahan kulit seperti tumbuhan laut, asid hyaluronik, kafein dan niacinamide.
Primer wajah yang diperkaya vitamin yang disegarkan dengan birch water dan Vitamin B, C dan E untuk meningkatkan cahaya semula jadi anda dan membantu menghidupkan semula, menghidrat dan menyiapkan kulit untuk solekan.
Formula gel air yang ringan ini menyegarkan kulit. Dikemas dengan antioksidan yang baik untuk kulit anda dan ia menghidrat, melembutkan dan menyuburkan kulit dengan serta-merta sehingga solek berjalan lancar dan mudah.
Rawatan yang cepat dan pantas yang disokong oleh asid salisilik, AHA, dan monk’s pepper untuk membantu menghilangkan liang pori dan mengurangkan penampilan jerawat dan kemerahan. Formula pembersih kulit ini mengandungi 2% asid salisilat yang mengelupas dan membantu melarutkan serpihan penyebab penembusan dan penumpukan lilin. Monk’s pepper berfungsi sebagai astringen untuk membantu mengimbangi semula rasa berminyak sementara niacinamide dan teh hijau bekerjasama untuk mengurangkan penampilan parut noda dan menenangkan kulit untuk kulit yang bersih, sekata, bebas dari noda.
Satu set kepingan mata hidrogel dengan serta-merta menghidrat, dengan formula inovatif yang mengandungi botani menjadikan kawasan bawah mata anda kembali segar. Kepingan gel ini juga membantu memperkuat dan menghaluskan kulit anda dengan peptida dan kafein untuk mengencangkan dan memberi tenaga pada kulit yang letih.
Alas bedak tanpa warna untuk tampilan tanpa riasan
Musim ini, raih kulit mulus tanpa cela dengan menambahkan sentuhan filter pada kulit alami anda untuk tampilan riasan tanpa riasan yang baru dan harfiah.
Manfaat menghaluskan kulit dari alas bedak tanpa pigmen untuk membuat kulit anda bersinar. Campuran riasan dan perawatan kulit ini menggunakan Clear Light Blur Technology untuk memanipulasi cahaya untuk hasil akhir yang halus, kabur, dan hampir tidak terlihat. Diresapi dengan hyaluronic acid, formula bebas silikon mengawal minyak sepanjang hari sekaligus memberi kulit hidrasi sepanjang hari.
Seperti percikan air dingin yang menyegarkan, tekstur seperti gel mendingin saat bersentuhan, meninggalkan kulit dengan hasil akhir matte transparan.BECCA Zero ™ No Pigment Virtual Foundation sangat sesuai untuk hari-hari ketika anda ingin beristirehat dari riasan wajah penuh.
Primer berpigmen yang tahan lama dengan warna yang kaya dan sentuhan satin. Menggunakan puncak kerlap-kerlip mutiara kaleidoskopik untuk mendapatkan efek krom anti kusut dan pengalihan warna yang bertahan sepanjang hari.
Pensil ultra-tipis yang dapat ditarik yang digunakan untuk menguraikan dan merinci alis. Ideal untuk menguraikan dan menambahkan detail yang presisi, pensil berujung halus meniru tampilan rambut alis dengan detail dan presisi dengan formula menambahkan tekstur alis yang tampak alami. Termasuk kuas spoolie khusus sehingga anda dapat membaurkan untuk hasil akhir yang tampak semula jadi.
Zoeva Authentik Skin FinishingPowder, halus saat disentuh, bedak tabur dengan mudah meleleh ke dalam kulit anda, mencerahkan dan membuat riasan bertahan sepanjang hari. Formulanya yang ekstra halus dan tanpa berat meluncur secara merata dan menyatu dengan mulus kerana menyerap minyak, meminimalkan kilau, dan meninggalkan hasil akhir matte yang tembus cahaya dan lembut.
Tersedia dalam empat warna. Formula bedak inovatif diresapi dengan batu permata yang berenergi seperti Tourmaline, Quartz, dan Amethyst Powder untuk merevitalisasi kulit agar tampak bercahaya. Ideal untuk dibawa travel, bedak memiliki penutup yang dirancang khusus yang mengunci dengan jaring bahagian dalam untuk mencegah tumpahan. Sementara jaring interior fleksibel membantu memastikan jumlah serbuk yang ideal dilepaskan ideal untuk diaplikasikan saat travel.
‘Beat your face’ dengan penjagaan kulit
Semua orang biasa dengan ‘beat your face’, di mana anda berupaya untuk membuat kontur, bake dan membuat penampilan cantik yang sempurna di Instagram. Pada musim ini untuk tinggal di rumah dan pelitup muka, ganti solekan berat untuk penjagaan kulit yang menggemari kulit anda. Nikmati wajah anda dengan pembersih, kabut, dan topeng terkini yang menjanjikan kesempurnaan warna.
Pembersih krim neutral pH dan beras hyaluronic yang membersihkan dengan lembut sambil melembapkan. Pembersih berkrim ini diformulasikan dengan Hadasei-3, esen kaya antioksidan superfood Jepun yang melembapkan dan menambah kulit yang lebih lembut dan licin. Campuran unik alga Jepun dan asid hyaluronik membantu mengembalikan penghalang kulit yang sihat dan pelindung untuk mengekalkan kelembapan penting.
Serbuk beras menghidupkan semula warna cahaya semula jadi. Formula pembersih pH yang kaya dengan antioksidan perlahan-lahan menjadi buih pelembap yang membersihkan dengan berkesan tanpa menghilangkan kulit. Kompleks anti-penuaan eksklusif Tatcha, Hadasei-3, terbuat dari Akita Rice, Kyoto Green Tea dan Okinawa Algae melalui proses fermentasi berganda, membanjiri kulit dengan kelembapan dan menampakkan kulit yang awet muda dan sihat.
Penyegar yang membantu melicinkan dan menghaluskan penampilan kulit anda dengan dos berkesan asid glikolat 10% dan campuran bahan. Toner ini membantu mengatasi tampilan warna dan tekstur kulit dengan campuran khas asid glikolat 10% dan kompleks kawalan pori Bersama witch hazel, tea tree oil, dan red clover. Campuran membantu mewujudkan penampilan kulit yang halus dan tanpa pori.
Semburan susu disiram dengan minyak kelapa, santan dan air kelapa yang menghidrat serta-merta sambil mencantikkan, menyegarkan kulit anda untuk kemasan yang sangat bercahaya.
Kabut ini akan memberi kulit anda cahaya embun yang mudah dan memberikan manfaat luar biasa dari minyak kelapa, santan dan air kelapa, semuanya dikenali untuk menenangkan, melembutkan dan mengimbangkan kulit tanpa merasa berminyak atau berat.
Topeng rawatan pencerah yang dapat mengurangkan kusam, meningkatkan cahaya dan mengisi kelembapan dalam beberapa minit. Diformulasikan dengan 11% L-Ascorbic Acid dan 2% Vitamin E, ini adalah pembersih kusam yang menghilangkan warna kulit dan tanda noda. Juga mengandungi Grapeseed Oil, yang penuh dengan fatty acids omega dan mempunyai sifat antioksidan, antimikroba, dan anti-radang, menjadikannya ramah untuk jenis kulit yang berjerawat. Sementara asid hyaluronik menyajikan sejumlah kelembapan, menjadikan ini koktel glow-up terbaik.
Pixi Collagen Lip Gloss
Balsem bibir ini diperkaya dengan kolagen botani dan peptida untuk menghasilkan bibir yang lebih licin dan kelihatan lebih cantik. Formula berkhasiat menghidrat, melembutkankan bibir dengan kemasan yang bersinar tinggi tanpa melekit. Sapukan pada bibir mengikut keperluan, Collagen Lip Gloss boleh digunakan sendiri atau di bawah produk bibir. Malah boleh digunakan di sekitar bibir untuk melicinkan garis halus.
#wult hair
Salah satu trend rambut 2020 terbesar ialah membuang rawatan salun bukan dengan pilihan dan dengan cara semula jadi. Rangkul tekstur semula jadi rambut anda dan beri mereka ramuan hebat untuk kulit kepala yang sihat dan berkilau.
Perapi dalam yang menghidrat rambut kering. Formula ini diperkaya dengan fitonutrien yang diinspirasikan oleh smoothie hijau seperti bayam, biji chia, dan mentega biji koko untuk membantu memulihkan, mengekalkan, dan mengunci kelembapan.
Syampu ini mempunyai formula ringan yang membantu membina badan dan menghasilkan jumlah yang sempurna. Ia mengandungi Pro-Vitamin B5 yang menebal setiap helai dari dalam. Syampu ini menyuburkan dan menjadikan rambut tanpa sisa, memberikan kilauan berkilau. Sambil meningkatkan kemampuan mengurus gaya, ia juga membantu melindungi daripada kerosakan termal.
Perapi ini membantu membina isipadu pada bahagian akar dan panjangnya. Ia menyuburkan dan melembapkan tanpa residu untuk kemasan yang licin, berkilat dan bebas keriting. Ia juga menghilangkan rambut untuk menyikat yang lebih baik dan membantu melindungi daripada kerosakan terma yang disebabkan oleh alat gaya yang dipanaskan. Bahan tambahan yang dipilih dengan teliti, biasanya terdapat dalam produk penggayaan, membantu mengekalkan gaya baru anda yang lebih lama, walaupun pada kelembapan yang tinggi.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Setiap individu beragama Islam diwajibkan menunaikan solat 5 waktu setiap hari. Yang menjadi masalah adalah mahu khusyuk ketika menunaikan solat. Sejujurnya, masih ramai lagi yang mengalami masalah ini. Ketika mahu atau sedang solat, pasti ada sahaja perkara duniawi yang bermain di fikiran.
Sepatutnya sewaktu solat fokus kita tertumpu sepenuhnya pada Allah. Solat itu akan dipanggil khusyuk apabila hati, fikiran, perasaan dan seluruh pancaindera tunduk dan patuh kepada Allah sepanjang waktu anda melakukan solat.
Tetapi bagaimana mahu khusyuk dalam solat? Tip ini telah dikongsikan sendiri oleh seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Penulis Misteri tentang 4 perkara yang boleh anda amalkan sekiranya mahu khusyuk ketika menunaikan solat. Semoga bermanfaat untuk hijabi di luar sana.
Rugi jika tak belajar ilmu khusyuk solat. Saya ringkaskan disini caranya.
Step 1 – Buat persediaan solat
Solat awal waktu, bersih diri, sugi/gosok gigi, jangan solat tika makanan dah terhidang (waktu sangat lapar) or masa tahan buang air, don’t over makan dan minum sebelum solat dan tak bazir air wuduk.
Step 2 – Bila nak solat
Jawab azan dan iqamah. Cuba untuk solat berjemaah. Ni paling penting: cuba untuk hadirkan hati – maksudnya fokus yang awak solat tu bukan sebab itu suruhan tapi sebab awak nak sangat ‘bicara hati’ dengan Allah. U sendiri nak solat. Bukan sebab lain. Fikir tu your last solat. Maybe pasni mati.
Step 3 – Masa solat
Cuba fahami setiap apa yang disebut dalam Arab tu dalam bahasa sendiri. Faham maknanya. Awak kena study balik buku fardu ain, cari makna tiap satu dari takbir sampai tahiyyat. Sujud proper, jangan tekan sampai hitam dahi. Bicara dalam-dalam masa tu. Mohon ampun, jangan fikir dunia jap.
Smooth and steady. Kena ada tertib dan tama’ninah (maksudnya ketenangan). Last sekali, ingat firmanNya (qs Taha:14): “dan dirikanlah solat untuk mengingati-Ku”.
Moga kita semua temui anugerah khusyuk dalam solat. Amin.
Air mawar punya kuasa yang menakjubkan serta cukup alami. Air mawar atau rose water dipercayai mengandungi vitamin A dan C serta ada antioksida yang mampu memulihkan kulit dari dehidrasi dan memberikan efek muda berseri-seri.
Selain itu, jika sudi mengamalkan semburan face spray air mawar setelah selesai solekan, ia dapat bertindak sebagai makeup setting spray; di mana, bedak dan solekan tidak akan terlihat bercapuk-capuk atau berbelak-belak dan dikatakan tahan lebih lama.
Jika anda terasa, solekan di muka anda matte dan tebal, semburkanlah formula air mawar untuk memperelok segala-galanya; wajah akan tampak lebih halus dan tiada cacat-cela. Itulah jawapannya.
Tahu atau tidak, air mawar merupakan bahan inti pati rahsia yang menjadi amalan turun-temurun wanita Arab? Bukan sahaja sembur, malah mereka juga minum dan esen ros itu juga dimasukkan ke dalam manisan dan segalanya. Punyalah taksub dan obses!
Makeup setting spray atau dikenali sebagai makeup fixes, kebiasaannya, cukup mahal terutamanya pabila melibatkan kandungan air mawar. Jadi, yang paling afdal untuk menjimatkan kos, adalah lebih baik untuk kita lakukannya sendiri.
Formula takjub ini hanya memerlukan 2 bahan penting dan tidak sampai 1 minit untuk memformulasikannya. Tidak percaya? Efeknya sama seperti jenama-jenama tersohor yang agak mahal.
Cara-caranya cukup mudah:
1. 3/4 air
2. 1/4 air mawar
3. Campurkan ke dalam botol spray travel yang kecil dan goncangkan.
4. Nah, siap! Semburlah pada bila-bila masa dan di mana jua.
Cubalah! Jangan menyesal tidak berlagu nanti, okey? Pasti wajah anda terampil ayu dan tanpa cela. InshaaAllah, kita ikhtiar, ya?
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...