Pada tarikh 21.8.2018, Dato Sri Siti Nurhaliza dan suami Dato Seri Khalid telah menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-12. Sambutan ulang tahun perkahwinan kali ini bertambah makna kerana ianya diserikan lagi dengan kehadiran cahaya mata kesayangan iaitu Siti Aafiyah yang sudah menganjak usia 5 bulan. Mari kita lihat momen-momen indah mereka yang telah dikongsikan oleh Dato Sri Siti di akaun instagramnya @ctdk.
Hijabista turut ingin mengucapkan ‘Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Yang Ke-12’ buat Tok Ti dan juga Dato K. Moga mahligai yang dibina akan terus berkekalan hingga ke Jannah. Amin.