Isi Kandungan
TogglePada tarikh 21.8.2018, Dato Sri Siti Nurhaliza dan suami Dato Seri Khalid telah menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-12. Sambutan ulang tahun perkahwinan kali ini bertambah makna kerana ianya diserikan lagi dengan kehadiran cahaya mata kesayangan iaitu Siti Aafiyah yang sudah menganjak usia 5 bulan. Mari kita lihat momen-momen indah mereka yang telah dikongsikan oleh Dato Sri Siti di akaun instagramnya @ctdk.
Sweetnya gambar-gambar ini!
Netizen turut melahirkan rasa gembira selain mendoakan agar kebahagiaan itu kekal buat selama-lamanya.
Happy betul Aafiyah melihat ibu di tv.
Hijabista turut ingin mengucapkan ‘Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Yang Ke-12’ buat Tok Ti dan juga Dato K. Moga mahligai yang dibina akan terus berkekalan hingga ke Jannah. Amin.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Isteri Baim Wong Kini Manis Bertudung, Gaya Stylish PAULA VERHOEVEN Jadi Inspirasi!
Isteri kepada pelakon kacak Indonesia, Baim Wong kini tampil dengan imej baharu yang manis bertudung sehingga meraih pujian serta doa.
Malah, gayanya yang stylish turut menjadi inspirasi fesyen khususnya di kalangan hijabi.
Paula Verhoeven dilihat sering berkongsi koleksi gambarnya yang bertudung di platform media sosial.
Terdahulu, Paula Verhoeven pernah menjadi muse untuk pertunjukan fesyen Ramadan rakan-rakannya iaitu Zaskia dan Shireen Sungkar.
Selepas Ramadan dan bercuti ke Semarang, Paula Verhoeven dilihat tidak lagi menanggalkan tudungnya.
Walaupun bertudung, Paula Verhoeven tetap tampil stylish sesuai dengan tubuhnya yang tinggi dan langsing.
BACA JUGA: Tak Lepas Untuk Kongsikan Umrah Bersama Tercinta, Isteri Baim Wong Titip Rasa Syukur
Sebagai seorang model profesional, Paula Verhoeven bijak menyuai padan pakaian dan tudung yang dipakainya.
Berikut beberapa foto terkini Paula Verhoeven sebagai inspirasi fesyen buat hijabi.
Paula Verhoeven sentiasa kelihatan stunning and gorgeous walaupun bertudung serta menutup aurat.
Paula Verhoeven mengenakan tudung jenis pashmina yang dipadankan dengan vest hitam dan inner baju berlengan panjang. Seluar kargo denim melengkapkan penampilan.
Paula Verhoeven kelihatan cantik dan selesa dengan jubah labuh yang digabungkan dengan tudung rona senada.
Nampak ringkas apabila Paula Verhoeven menggabungkan seluar hitam dengan baju berwarna biru dengan motif bunga. Dia juga memakai tudung yang dililit di lehernya.
Paula Verhoeven kelihatan sangat menawan dengan pakaian dan tudung serba putih. Dia juga memakai kasut dari warna yang senada.
Isteri Bertudung, Baim Wong Luah Kesyukuran
Suami kepada Paula Verhoeven iaitu Baim Wong meluahkan kesyukuran apabila isterinya itu memutuskan untuk bertudung.
Lebih istimewa, ‘penghijrahan’ isteri tercintanya itu menjadikan sambutan hari jadi Baim Wong tahun ini sangat bermakna.
“Mudah-mudahan, insya-Allah ada hidayah dalam apa yang kamu lakukan, kamu akan menjadi lebih baik, kamu akan lebih tahu tentang kehidupan, kamu akan menjadi lebih matang. Sebagai suami, aku hanya mampu membimbing sahaja,” ungkap Baim Wong.
Menurut Baim Wong, tiada sebarang paksaan mahupun tekanan sebaliknya keputusan itu dibuat atas kehendak isterinya sendiri selepas mereka pulang daripada umrah suatu ketika dahulu.
“Saya tidak pernah memaksanya. Tiba-tiba cakap nak pakai tudung. Saya kata boleh,” kata Baim yang kini berusia 43 tahun.
Semoga Paula Verhoeven kekal istiqamah dan bahagia selamanya bersama suami dan anak-anak tersayang.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak Sorok Wajah Anak, Vivy Yusof Selamat Lahirkan Cahaya Mata Keempat. Comel Sungguh!
Usahawan dan juga pempengaruh media sosial terkenal, Vivy Yusof telah selamat melahirkan cahaya matanya yang keempat semalam.
Selamat menimang anak lelaki, Vivy telah memberikan nama yang sangat indah buatnya iaitu Idris Ali Shah.
Comelnya Idris!
Idris Ali Shah. 22/11/2021 ❤ #alhamdulillah
Di ruangan komen, ramai pengikut laman sosialnya termasuklah rakan artis seperti Mira Filzah, Nora Danish dan Fazura memberikan ucapan tahniah di atas kelahiran ini.
Untuk rekod, Vivy yang juga pengasas The dUCk Group telah mendirikan rumah tangga dengan cinta hatinya iaitu Fadza Anuar pada tahun 2012 dan telah dikurniakan tiga orang cahaya mata sebelum ini iaitu Daniel Azim Shah, Mariam Iman Shah dan Sarah Ilham Shah.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Gagal Sediakan ‘Mas Kahwin’ Bernilai RM 21,000 Ikut Adat! Pihak Lelaki Dihalau Keluar Dari Rumah, Batalkan Majlis Kahwin
Isi Kandungan
TogglePerkahwinan itu diibaratkan ‘membina masjid’ kerana ia merupakan salah satu tuntutan mulia di dalam Islam, iaitu penyatuan dua jiwa yang menghindarkan perilaku maksiat sekaligus menjauhi zina.
Justeru, tidak seharusnya ibadah perkahwinan ini disulitkan dengan pelbagai adat yang kadangkala tidak masuk akal dan sukar untuk dicapai.
Pihak Lelaki Gagal Sedia Mas Kahwin Bernilai RM 21,000
@me.awa Ketika adat mengalahkan agama❗️ #fyp #sulawesi ♬ suara asli – Titomunandar
Namun, begitulah nasib malang yang menimpa pasangan kekasih dari Indonesia apabila hari bersejarah mereka terpaksa dibatalkan dan didesak untuk berpisah oleh keluarga bakal pengantin perempuan yang terlalu taksub mengikut adat.
Perkara ini menjadi sorotan dan bualan hangat dikalangan wargamaya, apabila gadis yang dikenali sebagai Marwana Nareswari, berasal dari Sulawesi Barat memuatnaik hantaran video dilaman Tik Tok miliknya, berhubung perkara berkenaan.
Kisah sedih cinta yang tidak kesampaian buat kedua pasangan ini, berjaya meraih perhatian netizen sehingga akhirnya tular di laman sosial.
Artikel berkaitan: Jodoh Putus Di Tengah Jalan, Anim Ezati Akui Perlu Tabah Demi Kalsom
Hijabista difahamkan, punca pernikahan dan majlis perkahwinan yang sudah menanti hari itu terjadi ekoran bakal pengantin lelaki gagal menyediakan jumlah mas kahwin seperti yang ditetapkan oleh keluarga pengantin perempuan, iaitu 75 rupiah bersamaan RM21,198.
Menurut Marwana, hampir kesemua persiapan menjelang hari bahagia mereka itu sudah hampir selesai. Tetapi majlis bahagia itu yang sepatutnya berlangsung pada 9 September 2022, terpaksa ditunda kepada 7 Januari lalu kerana pihak lelaki memerlukan lebih masa untuk menyediakan ‘mas kahwin’ seperti yang diminta.
Tuntutan Adat Kahwini Wanita ‘Berdarah’ Sulawesi
Sehubungan itu, apabila tempoh yang diberikan berakhir dan pihak lelaki masih juga gagal menyediakan wang berjumlah RM 21,198 itu, pihak keluarga perempuan mendesak agar majlis perkahwinan itu dibatalkan.
Ini demikian kerana, mengikut adat, mas kahwin bagi perempuan berdarah Sulawesi mestilah ditetapkan dengan harga yang tinggi.
Bagaimanapun, calon suami wanita berkenaan yang berasal dari Jawa itu hanya mampu menyerahkan 20 peratus, daripada jumlah hantaran ‘mas kahwin’ yang ditetapkan.
Terkejut dengan pembatalan majlis perkahwinan mereka, berikutan kegagalan melunaskan bayaran mas kahwin yang tinggi seperti yang diminta oleh keluarga perempuan, bekas tunang wanita tersebut dikahbarkan telah jatuh sakit.
Sumber: Wolipop, TikTok me.awa
Artikel berkaitan: Ikat Tali Pertunangan, Wanita OKU Bersyukur Akhirnya Bertemu Jodoh
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI