Wajah yang menawan, kulit mulus dan bebas cela lazimnya dianggap bonus terbaik bagi kebanyakan wanita yang memiliki setiap kelebihan ini secara semula jadi. Namun tidak semua wanita bertuah memiliki kelebihan ini.
Sebenarnya ada petua traditional yang boleh dilakukan secara konsisten untuk menjaga kecantikan kulit wajah. Walau bagaimanapun ia perlu dilakukan secara konsisten. Bukan sekadar ‘hangat-hangat tahi ayam.’
Bahan pun tidak banyak dan senang pula hendak menyediakannya. Bagi mendapatkan hasil yang memuaskan, rajin-rajinkanlah diri anda untuk mengamalkannya seminggu sekali atau dua kali.
MADU+PLAIN YOGURT+SERBUK KUNYIT
Madu satu sudu
Yogurt satu sudu (make sure natural, kalau perisa semut pulak datang hehe)
Serbuk kunyit satu sudu.
*Gaul hingga sebati, sapu pada seluruh kulit wajah. Tunggu sehingga kering dan bilas (ketika disapu pada kulit wajah akan rasa pedih sedikit tetapi ia normal kerana ia proses untuk mengecutkan jerawat.
TOMATO
Ambil tomato yang sudah masak ranum. Tenyeh terus pada kulit wajah. Biar selama 20 minit dan kemudian basuh. Kalau ada jerawat baru, selepas picit jerawat, memang akan rasa pedih sedikit. Tapi bagus sebab tomato ada antiseptik yang boleh matikan kuman jerawat.
Boleh juga tomato ini dikisar lumat. Simpan dalam bekas kiub ais dan masukkan dalam peti sejuk di bahagian sejuk beku. Apabila sudah keras, ambil seketul dan sambil menonton televisyen, anda boleh tenyeh pada kulit wajah. Ais memang bagus untuk menegangkn kulit wajah dan mengecilkan pori-pori kulit-kulit wajah.
*Jika kulit wajah sedang mengalami breakout, tidak perlu terburu-buru untuk menggunakan produk perawatan kulit wajah yang baru. Sebaliknya rawat dulu kulit terlebih dahulu. Apabila kulit telah pulih semula, barulah boleh mulakan dengan produk perawatan kulit wajah yang baru.
HIJABISTA: Sapuan yogurt pada kulit wajah juga membantu mengurangkan jerawat dan melawan pertumbuhan jerawat. Ia adalah salah satu penyelesaian yang paling jimat kos dan mudah didapati untuk merawat pelbagai masalah kulit dan rambut.
Sumber kredit: Acha Syasyaa Top image: Photo by Anna Tarazevich from Pexels
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI