Siapa tidak kenal dengan bekas ratu cantik yang pernah mewakili Malaysia pada tahun 1992 dan kemudian menceburi bidang lakonan sehingga mendapat jolokan Primadona Malaysia, Erra Fazira.
Selepas gagal dua kali dalam melayari bahtera perkahwinan, Erra sering terpalit dengan gosip kononya beliau telah menikah atau menjalinkan hubungan cinta dengan orang-orang kenamaan VVIP.
Terbaharu, sejak semalam tular di media sosial kononya aktress jelita yang juga ibu kepada Engku Aleesya itu telah bernikah dengan seorang lelaki yang dikhabarkan ‘jutawan’.
Tular Gambar Erra Bersanding Dengan Jejaka Jutawan
Menerusi gambar yang tersebar di laman sosial itu memaparkan Erra atau nama lengkapnya Fazira Wan Chek, 48, dilihat sedang bersanding bersama lelaki di atas pelamin lengkap.
Erra dilihat lengkap berbusana pengantin berona kelabu, sambil tersenyum bahagia di samping pengantin lelaki yang bertengkolok dan mengenakan busana berona sama. Bagaimanapun wajah lelaki berkenaan tidak didedahkan.
“Gambar perkahwinan dengan jutawan terkenal tersebar. Tahniah Erra Fazira,” tulis kapsyen pada hantaran Facebook berkenaan.
Ads
Berita Palsu! Tidak Benar Sama Sekali – Pengurus
Tidak berdiam diri membiarkan gosip panas itu bertebaran sehingga menimbulkan fitnah, pengurus kepada Erra Fazira, Firdaus tampil mengeluarkan kenyataan demi menjernihkan semula keadaan lapor Kosmo.
Firdaus berkata berita yang tersebar itu merupakan berita palsu yang tidak sahih sama sekali.
Jelasnya lagi, gambar yang tular itu adalah babak yang diambil ketika ‘shooting’ bagi sebuah telefilem yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.
Ads
“Berita palsu. Tidak betul sama sekali. Gambar yang tular itu adalah dalam babak telefilem lakonan Erra.
“Telefilem itu belum dikeluarkan lagi,” tegasnya.
Untuk rekod, Erra pernah berkahwin dengan pelakon dan pengarah Datuk Yusry Abdul Halim pada 2003 namun berpisah pada 2006. Mereka tidak dikurniakan cahaya mata.
Ads
Dia kemudian mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Engku Emran Engku Zainal Abidin pada 2007 namun disahkan bercerai pada 2014.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Engku Aleesya yang kini berusia 13 tahun.
Deretan artis Indonesia memeluk Islam. Mereka mempunyai kisah unik dalam perjalanan rohani mereka. Sebilangan artis Indonesia memilih untuk memeluk Islam kerana mendapat ketenangan dalam Islam.
Mereka memilih untuk menukar akidah bukan kerana paksaan, kerana kemahuan masing-masing. Siapa artis Indonesia yang masuk Islam? Baca lebih lanjut di bawah.
Reza Rahadian juga seorang mualaf, memeluk Islam ketika berusia 19 tahun. Keputusannya untuk memeluk Islam adalah satu panggilan. Katanya, tiada sebab lain apabila dia memutuskan untuk menjadi mualaf. Kini, Reza Rahadian merupakan satu-satunya ahli keluarga yang memeluk Islam dalam keluarganya. Ibu dan kakaknya masih menganut agama Kristian.
Roger Danuarta ialah seorang artis berketurunan Cina. Roger memutuskan untuk menjadi mualaf pada 2018. Dia memeluk Islam sebelum melangsungkan perkahwinannya dengan Cut Meyriska pada 2019. Dia berkata bahawa cara dia melihat agama adalah kepercayaannya dalam berurusan dengan Tuhan. Islam menjadikan peribadinya lebih baik.
Penyanyi lagu “Foreboding”, Marcell Siahaan juga telah memeluk Islam. Katanya, Islam memberi keselesaan dan membuatkan dia berasa lebih berguna. Menurutnya, Islam juga mengajar banyak perkara dan mengajar untuk menyayangi antara satu sama lain.
Marcel berkata bahawa dia menukar agama beberapa kali. Bermula dari Kristian, Buddha, hingga akhirnya berazam untuk memeluk Islam. Keputusannya untuk menjadi mualaf bukanlah keputusan yang mudah. Marcell mengakui apabila bertemu Rima Melati, pandangannya tentang Islam semakin terbuka. Rima Melati sebagai isterinya mengajar banyak perkara tentang Islam.
Penyanyi Belanda-Indonesia, Rebecca Reijman, memutuskan untuk menjadi mualaf pada tahun 2009. Kisah Rebecca memutuskan untuk menjadi seorang Muslim selepas mendengar bacaan ayat-ayat suci al-Quran. Ketika itu, penyanyi yang pernah mengeluarkan album Kata Hati pada 2007 itu menghadiri acara memperingati 40 tahun kematian Andrey Chillink, bekas pemain dram kumpulan Chameleon. Di sana dia mendengar alunan ayat-ayat suci yang sangat merdu. Dari situlah Rebecca semakin yakin untuk menjadi seorang Muslim.
Sebelum ini, Marcell Darwin memeluk agama Kristian, tetapi dia memutuskan untuk menjadi mualaf pada November 2019. Aa Reza, adalah seorang ustaz yang memeluk Islam selepas Marcell berkahwin dengan Nabila pada Januari 2020. Marcell juga banyak belajar tentang agama daripada Ustaz Aa Reza.
Virgoun Tambunan juga seorang mualaf. Dia memutuskan untuk menukar akidah untuk menjadi Islam atau memeluk Islam pada 2014. Dia mengakui kakak iparnya, Inara Idola Rusli campur tangan dalam keputusannya.
Abang Inara pada mulanya bertanya sama ada Virgoun benar-benar serius terhadap kakaknya, memandangkan mereka berbeza kepercayaan. Dia kemudian membincangkan agama masing-masing. Virgoun telah diislamkan oleh Almarhum Ustaz Sheikh Ali Jaber. Dia mengakui mengalami beberapa perubahan besar dalam dirinya, salah satunya kini menjauhi aktiviti yang dilarang agama seperti meminum arak.
Nathalie Holscher tegas memeluk Islam sebelum dilamar oleh pelawak Sule. Nathalie, melafazkan SyahadaH pada 25 September 2020, di mana Sule menjadi saksi. Dia segera menukar penampilannya dengan memakai tudung dan menanggalkan tatu.
Dewi Sandra mula memeluk Islam ketika dia hendak berkahwin dengan suami pertamanya, Surya Saputra, pada tahun 2000. Bercerai dengan Surya, penyanyi itu kemudiannya berkahwin dengan Glenn Fredly dan meninggalkan Islam. Malangnya, perkahwinan Dewi kandas sekali lagi pada tahun 2009.
Namun, akhirnya Dewi Sandra bertekad untuk memeluk Islam semula. Lama sebelum berkahwin dengan suami ketiganya, Agus Rahman, pelakon sinetron Nota Hati Isteri itu telah memeluk Islam dan berhijab.
Umum tahu Junior Liem dan Putri Titian mempunyai hubungan yang berbeza agama. Namun akhirnya, hubungan cinta Putri Titian dan Junior Liem berakhir dengan manis dan mereka menjalinkan hubungan rumah tangga pada 21 Mei 2016. Junior memutuskan untuk memeluk Islam mengikut kepercayaan Putri Titian. Diketahui, pelakon berketurunan Cina itu melafazkan dua kalimah syahadah sejurus sebelum kebenaran diberikan. Rumah tangga mereka kini lebih lengkap dengan kehadiran dua orang anak.
Kisah cinta Titi Kamal dan Christian Sugiono dipenuhi dengan halangan sejak awal percintaan mereka. Selain menjalinkan hubungan jarak jauh, mereka berdua juga bertembung dengan perbezaan agama. Namun akhirnya Christian Sugiono mengambil keputusan untuk memeluk Islam sebelum mengahwini Titi Kamal, wanita yang diminatinya selama 10 tahun. Setakat ini, rumah tangga yang dibina pada 6 Februari 2009 tidak pernah dilanda khabar angin tidak setia.
Pada 20 Mac 2015, penyanyi rap Saint Loco Beery Manoch secara rasmi memeluk Islam. Setelah mendapat restu ibunya, Beery mengakui berdepan pelbagai masalah hidup pada 2013. Dia turut menukar namanya kepada Muhammad Berry Al Fatah. Selepas setahun beragama Islam, Beery berasa lebih tenang kerana telah belajar solat dan mengetahui ilmu tauhid.
Pelakon jelita Dian Sastrowardoyo memeluk Islam pada tahun 2006. Isteri kepada Maulana Indraguna Sutowo menemui Islam buat pertama kali apabila dia datang ke majlis mengaji bersama ibu saudaranya. Ketika itu, Dian mendakwa bertemu seorang ustaz yang dapat menjawab beberapa persoalannya berkenaan alam semesta. Perbincangan logiknya mengejutkannya dengan jawapan yang diberikan oleh ustaz tersebut.
Walaupun dia telah menukar agama, dia membebaskan keluarganya untuk memilih agama mereka. Termasuk tidak memaksa anak tunggalnya Azkanio Nikola Corbuzier menganut agama yang sama dengan dirinya.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sebut sahaja filem Ketika Cinta Bertasbih, pasti kenal dengan pelakon watak utama, Anna Althafunnisa’ yang dibawa oleh pendakwah terkenal Indonesia, Dr Oki Setiana Dewi.
Baru-baru ini, Neelofa sempat menemubual Oki ketika beliau hadir sebagai tetamu jemputan bagi episod ketujuh program ‘Next To Neelofa 2’ dan Oki telah berkongsikan detik sukar yang pernah dialaminya sewaktu baru bergelar pelakon.
Oki secara eksklusif telah berkongsikan momen di mana dirinya pernah menerima tawaran bayaran yang lumayan sekiranya dia sanggup membuka tudungnya bagi beberapa babak lakonan. Namun, Oki dengan tegas telah menolak tawaran tersebut.
“Saya kata tak boleh sebab saya pakai tudung. Dia kata tak apa lepas sekejap, selepas tu pakai balik.
“Dia tanya yakin ke tak nak terima tawaran ini dalam nada marah. Wang tawaran masa tu sangat banyak. Tapi saya tetap pertahankan hijab saya.
“Dia kata lagi kepada saya, kamu berhijab tak akan pernah jadi siapa-siapa,” ujar Oki.
Tambah Oki lagi, dia menangis begitu teruk ketika detik itu, kerana dia amat memerlukan wang untuk membiayai perubatan ibunya, dan mahukan ibunya mendapat rawatan terbaik dengan menggunakan wang itu.
Bagaimanapun, dia yakin dan percaya bahawa jika dia berkeras mahu memakai tudung maka Allah akan membantunya.
“Tapi saya minta kepada Allah dan percaya kepada Allah. Saya tetap nak pertahankan hijab saya.
“Meskipun wang yang ditawarkan sangat lumayan, saya masih berpegang pada pendirian di mana dia harus memakai hijab tanpa membukanya,” jelasnya.
Alhamdulillah, setiap ujian yang Allah beri pada seseorang pasti ada ganjaran yang sedia menanti, Hijabista doakan agar Oki Setiana Dewi kekal istiqamah dalam perjuanganya untuk sentiasa memberi contoh yang baik sebagai seorang muslimah sejati.
Umum sedia maklum usahawan yang juga selebriti popular, Noor Neelofa Mohd Noor merupakan ibu kepada seorang cahaya mata, Muhammad Bilal.
Baru-baru ini, menerusi satu video yang dikongsikan oleh akaun Tik Tok Lofa.world selebriti jelita itu mengulas berkenaan perkembangan terkini anak lelaki sulungnya itu yang kini sudah pun berusia 10 bulan.
Dalam hantaran video berkenaan Neelofa berkongsikan perkembangan terkini Bilal yang sudah mula melangkah dan gemar ‘bereksplorasi’ dan asyik mengunjungi kamar Neelofa.
“Dah boleh jalan dah dia, empat lima langkah, jatuh. Sekarang ni dah sepuluh bulan hampir dua minggu, dah boleh jalan dah dia, adoi.
“Sekarang suka masuk bilik umi dia, sikit-sikit masuk bilik umi dia,” katanya.
Meninjau ruangan komen pada video berkenaan, Hijabista mendapati rata-rata peminat meluahkan rasa kagum dan teruja dengan perkembangan Bilal.
Malah, ramak juga diantara wargamaya yang terkejut dan tidak menyangka bahawa Bilal sudah mula berjalan apatah lagi usianya baru sahaja mencecah 10 bulan.
Pada masa yang sama, segelintir netizen memuji panggilan yang diberikan oleh Neelofa buat anaknya, dengan memanggil Muhammad. Mereka juga mendoakan agar Bilal menjadi anak yang soleh dan berbakti kepada orang tua apabila dewasa kelak.
Untuk Rekod, pada 27 Mac 2021, Neelofa telah mengakhiri zaman bujang bersama jejaka pikihan hatinya, pendakwah bebas yang juga pelakon, PU Riz di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur.
Pasangan merpati dua sejoli itu, kemudian dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal yang dilahirkan pada 29 Januari 2022 sebagai penyeri hidup dan pengikat kasih sayang antara Neelofa dan Haris Ismail.
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.