Seronok melihat perkongsian pelakon jelita, Fasha Sandha yang berkunjung ke Kelantan dan Terengganu baru-baru ini.
Fasha yang ditemani suami tersayang, Aidil Aziz kelihatan sangat ceria sepanjang mengunjungi negeri Pantai Timur itu selama dua hari satu malam.
Memilih Kota Bharu sebagai destinasi pertama, Fasha berkongsi pengalaman menariknya itu di Instagram peribadi.
“Alhamdulillah. Good morning. Safely landed. Rise and shine. Excited dengan Kota Bharu Kelantan. Misi Jalan2 cari makan bermula. Lepas tu nak p kenduri.”
Apa yang menarik perhatian ramai ialah penampilan manis Fasha yang berhijab dan berbaju kurung.
Rata-rata para peminat dan pengikutnya memuji kejelitaan Fasha termasuklah kagum dengan bentuk badannya yang persis ketika zaman anak dara.
“Pandai FS bawa diri…bertudung ..cantik sgt …semoga one day FS akan bertudung camni..”
“You are so beautiful in hijab…May Allah turunkan hidayah buat u untuk terus berhijab dan istiqomah..aamiin.”
Fasha turut berkongsi momennya ketika berkunjung ke salah sebuah restoran nasi ulam terkenal di Kelantan.
Berselera sungguh Fasha menikmati lauk pauk kampung yang nampak sedap-sedap belaka.
“Ni nasi paling sedap kami makan untuk tahun 2024 ni. Sedap tak boleh bawak bincang oiiii. Nasi ulam paling sedap di dunia. Hanya di Kelantan! Love”
Tidak puas dengan kunjungan singkat itu, Fasha memberitahu dia pasti akan datang lagi ke sana.
“2 hari 1 malam memang tak cukup untuk KB dan Ganu. Insyaallah ada rezeki kami pasti datang lagi. Tak puas. Kena terbang KL utk anak2 dan kerja.”
Fasha turut dipuji kerana sikapnya yang sentiasa merendah diri serta menyantuni sesiapa sahaja termasuk suami dan keluarga mentua.
“Suka tengok bila Fasha menyantuni semua tanpa rasa kekok dan sombong.”
“Bagusnya Fasha. Nampak humble je.”
“Bagus Fasha… pandai bawak diri… bila mana die hormati majlis dan family mertua… pakaian sopan.”
“Fasha ni… Walaupun tak bertudung tapi jaga dan hormati keluarga suami…. Moga suatu hari nanti akan lebih menjaga…. Moga selalu bahagia di samping suami.”