Kita tidak boleh menafikan diskriminasi yang berlaku terhadap umat Islam khususnya di negara barat. Meskipun masyarakat dunia kini sudah bersikap terbuka, namun masih ada yang memberikan tanggapan buruk terhadap masyarakat Islam.

Seperti yang berlaku kepada Noor Alexandria Abukaram,16, hancur hatinya apabila lariannya sewaktu acara sukan di sekolahnya, Sylvania Northview High School di Ohio dibatalkan hanya kerana dia berhijab.

Dia berasa pelik apabila melihat namanya dia tiada papan permarkahan sejurus dia menamatkan larian. Menurut pihak sekolah, lariannya dibatalkan kerana pemakaiannya sewaktu larian tidak menurut peraturan yang ditetapkan.

“Ia adalah seperti mimpi ngeri apabila anda harus bertanding dan mengetahui penyertaan anda dibatalkan dan ia disebabkan sesuatu yang anda cinta. Kenapa perlu anda korbankan agama dan sebahagian dalam diri anda untuk berlari, demi melakukan sesuatu yang sangat mengujakan anda?”

IKLAN

Alexandria yang juga aktiviti dalam sukan bola sepak memberitahu CNN selama ini tiada siapa pernah menegurnya mengatakan pemakaian hijabnya itu melanggari kod pemakaian sewaktu bersukan.

Dia pernah mengandaikan perkara seperti ini mungkin berlaku namun tidak menyangka ia terjadi sewaktu di tahun ketiga dia bertanding.

Walaupun tidak memenangi larian itu, namun dia telah menamatkannya dengan catatan peribadi terbaik iaitu 22:22.

IKLAN

Dia juga rasa sangat sedih untuk menjelaskan perkara tersebut pada bapanya kerana ibu bapanya sentiasa memberikan sokongan yang padu mengenai hijabnya.

IKLAN

“Hijab adalah seperti hidung saya. Ia sangat penting dan merupakan sebahagian daripada saya. Terpaksa menanggalkannya demi sesuatu perkara lain amatlah mengecewakan saya. Ia bukanlab sesuatu yang ingin saya korbankan demi sebuah pertandingan,” jelasnya.

Menurut Ohio High School Athletic Association, pelari yang berhijab perlulah mendapatkan pengecualian jika mahu bertanding. Walau bagaimanapun, mereka bercadang untuk menggubal undang-undang ini agar pelari berhijab dapat turut serta bertanding seperti yang lain tanpa memerlukan pengecualian.

 

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI