Meski sudah lama meninggalkan industri hiburan tanah air, kebelakangan ini nama aktres jelita Wardina Saffiyah kembali meniti di bibir para peminat kerana kelantangan beliau menyuarakan serta membela nasib saudara se-Islam yang sedang di tindas di Palestin.
Malah, Wardina juga merupakan antara selebriti yang cukup bergiat aktif di laman sosial miliknya. Wardina gemar berkongsi ilmu atau menyuarakan pandangannya secara lantang tentang beberapa isu yang menarik perhatian di laman Instagram.
Walaupun kini Wardina sudah menetap di Australia, namun perkembangan dirinya sentiasa di nanti peminat seni tanah air.
Terdahulu, Wardina ada memuat naik sekeping foto dirinya, berserta kapsyen mempersoalkan sama ada wajahnya seiras pelakon cantik Sarah Hildebrand atau isteri kesayangan Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Shahida.
Persoalan berkenaan diajukan khusus buat para peminat dan followers miliknya.
Netizen turut tertarik dengan status di muat turun berkenaan. Malah rata-rata mempunyai pandangan tersendiri wajah Wardina seiras pelakon mana.
Ads
Dari Dulu Memang Peminat Wardina
Macam DS Shahida ‘Especially’ Bahagian Mata
Cantik Meski Tanpa Solekan
Ads
Sekali Pandang Macam DS Shahida, Macam Kembar Seiras
Sebelum itu, Wardina Safiyyah secara jujurnya memuji kejelitaan Sarah Hildebrand yang disifatkan cantik semula jadi dan tidak perlu menjadi seperti orang lain yang perlu bekerja keras untuk tampil cantik.
Malah kecantikan natural seperti ini juga mengingatkan dia kepada beberapa selebriti yang juga mempunyai aura tersendiri. Antaranya Deana Yusof, Siti, Sharmaine Farouk, Juma dan juga Normala Shamsuddin.
Ads
Untuk rekod, sejak Isnin nama Wardina menjadi bualan hangat di laman sosial berikutan mengambil pendekatan untuk menyekat akaun Instagram (IG) semua selebriti tempatan yang membisu soal Palestin.
Menerusi kelantangannya bersuara di platform sosial media tersebut, Wardina membuat satu hantaran dengan meminta pengikutnya menamakan selebriti yang tidak bersuara mengenai konflik tersebut.
Pejam celik sahaja tak sangka kini kita telah pun masuk bulan Rabi’ulawal pada rabu lepas. Hari ini pula sudah menandakan 6 Rabi’ulawal, alhamdulillah, syukur kita berkesempatan untuk hidup sehingga ke hari ini.
Jadi setiap bula Islam mempunyai kisah-kisah dan juga tercatanya sejarah yang berlaku pada zaman Rasulullah dan para nabi. Bagaimana pula dengan bulan Rabi’ulawal? Ayuh kita lihat bersama.
Keistimewaan bulan Rabi’ulawal yang anda perlu ketahui
Bagi siapa-siapa yang tahu, bulan Rabi’ulawal merupakan bulan kelahiran buat baginda Rasulullah SAW yang telah turun untuk memberikan rahmat buat kita umat Islam di dunia. Baginda juga telah menandakan penamat kelahiran para anbia dan rasul.
Tetapi dalam pada masa yang sama, bulan Rabi’ulawal juga merupakan penyaksian pelbagai peristiwa lain yang berkait tentang kehidupan dan pengajaran buat umat Islam. Di fahamkan juga, bulan Rabi’ulawal menjadi tanda permulaan musim bunga dan musim buah bagi tanaman.
Mengikuti perkongsian dari TZKRH.com, terdapat beberapa peristiwa penting yang berlaku dalam peredaran sejarah umat Islam terdahulu. Jadi apakah ia dan apa yang sudah berlaku sewaktu ketika dahulu? Ini adalah antaranya:
1. Penghijrahan Rasulullah SAW
Pada 2, 3, dan 4 Rabi’ulawal telah menjadi tarikh di mana Rasulullah SAW bersembunyi di Gua Hira’. Baginda juga telah melakukan penghijrahan buat pertama kali dari Mekah ke Madinah atau terdahulunya ia di kenali dengan nama ‘Yastrib’.
Ketibaan bagina di Quba’ pada 8 Rabi’ulawal, merupakan hari isnin yang menjadi hari penyaksian baginda membina Masjid Quba’ iaitu masjid pertama yang terbina dalam sejarah Islam. Berikutan pada 12 Rabi’ulawal bersamaan hari Jumaat, Baginda tiba di kota Madinah dan telah melaksanankan solat Jumaat yang pertama di situ.
2. Perlantikan Nabi Muhammad SAW menjadi Rasul
Pada tanggal 1 Rabi’ulawal, Nabi Muhammad SAW telah mendapat gelaran Rasul. Pada ketika itu pula Baginda berumur 40 tahun dan perjalanan dakwah baginda bermula di Mekah al Mukarramah secara rasmi.
3. Perlantikan Abu Bakar as-Siddiq sebagai Khalifah
Sewaktu kewafatan Rasulullah SAW, para sahabat telah bermusyawarah untuk melantik pemimpin baharu sebagai pengganti baginda, lalu mereka mengambil keputusan untuk memilih Abu Bakar as-Siddiq sebagai pemimpin seterusnya. Oleh itu, dengan segera mereka memba’iah Saidina Abu Bakar pada waktu itu bertempat di Dewan Bani Sa’diah. Manakalah bagi sahabat yang lai pula, mereka menguruskan urusan pengebumian Baginda SAW yang di ketuai oleh Saidina Ali R.A.
4. Pernikahan Rasulullah SAW bersama Saidatina Khadijah
Pada tanggal 10 Rabi’ulawal pula menjadi sejarah yang mencatatkan tarikh penting buat Baginda Rasulullah SAW. Baginda Rasulullah telah mengambil keputusan untuk mengahwini Siti Khadijah Binti Khuwailid sebagai isteri pertama dalam sejarah hidup baginda.
Khalid bin al Walid R.A yang merupakan panglima Islam ketika itu bersama bala tenteranya berjaya menakluk Iraq. Pada saat itu lah permulaan pemerintahan Islam bermula sewaktu zaman Saidina Abu Bakar as-Siddiq.
6. Wujudnya Kota Baitulmaqdis
Setiba tahun 583H bulan Rabi’ulawal, pemimpin tentera Islam yang bernama Salahuddin al-Ayubi telah berjaya membuka kota Baitulmaqdis. Ketika itu pula, Beliau bersama pasukannya berjaya menumpaskan tentera Salib di mana telah memberi ruang bagi peluang kepada penaklukan Baitulmaqdis.
7. Peperangan yang berlaku dalam bulan Rabi’ulawal
Terdapat beberapa peperangan yang berlaku dalam bulan Rabi’ulawal di mana rata-ratanya telah membantu dalam perkembangan penyebaran agama Islam dan juga pembangunan pemimpin Islam. Antara peperangan yang berlaku dalam bulan Rabi’ulawal adalah seperti:
Perang Safwan atau juga Perang Badar Pertama
Perang Bawat
Perang Zi Amar atau Ghaftan
Perang Bani Nadhir
Perang Daumatul Jandal
Perang Bani Lahyan
8. Zaman kejatuhan empayar kerajaan Islam kepada Sepanyol
Tahun 897H bulan Rabi’ulawal telah menjadi tahun yang mencatatkan kejatuhan tentera Islam di Andalusia yang telah di serang oleh tentera Sepanyol di ketuai oleh Ferdinando dan Ratu Isabella. Saat itu, seluruh tempat awrisan yang menjadi permulaan sejarah umat Islam telah hancur di musnahkan termasuklah masijd yang di tukarkan menjadi gereja. Bahkan, tiada lagi laungan azan di dengari pada negara tersebut.
Itu bukan sahaja sejarah yang tercatat di bulan Rabi’ulawal, terdapat banyak lagi yang telah terjadi yang menjadi sebahagian besar pembentukkan agama Islam sehingga kini. Apa yang telah berlaku kita perlu jadikan pengajaran supaya mengingati pengorbanan Baginda SAW serta para pemimpin Islam yang terdahulu.
Gadis ini pernah melalui pengalaman mengerikan apabila mengalami masalah kulit wajah yang agak serius dua tahun lalu. Menurutnya ketika itu dia menggunakan produk kosmetik tempatan hingga menyebabkan kulitnya mengalami breakout teruk setelah tidak menggunakannya lagi.
Walaupun perkongsian gadis ini Zaty Anuar sekitar dua tahun lalu tetapi boleh dijadikan panduan buat mereka yang sedang atau turut mengalami masalah sama.
Menurut gadis ini Zaty Anuar dia mengambil masa selama sebulan dari sebarang penggunaan produk penjagaan muka untuk membiarkan kulitnya kembali neutral dan bebas dari sebarang bahan kimia. Selepas sebulan rehat, beliau mula menggunakan tips penjagaan wajah yang betul.
Since hari tu ade pergi Watson beli Cetaphil twin pack, that cashier tanya sy ‘menjadi ke pakai benda ni?’. Muka dia agak teruk breakout, lebih kurang sama masa sy breakout dlu. So kt sini cuma nk kongsi apa yg sy pakai sampai muka dh elok skit.
Start breakout teruk selepas habis diploma bulan 10 (sbb pakai local product!). Rehatkan kejap muka dr pkai sbrg produk. So dlm bulan 12 bru start pkai Cetaphil, then pkai tidact gel tp xberhasil. Pastu tukar kepada Dalacin T, and sy rasa Dalacin T ni penyelamat utama Moisturizer pulak mmg xtinggal masa ni, sbb nk redakan merah kt muka tu, sy pkai Magic Jelly.
Masa muka breakout teruk mmg pkai 3 benda ni je. Before cuci muka make sure guna makeup remover dulu, xkisah la pkai bedak saja ke foundation ke, mmg WAJIB pkai make up remover and then bru la cuci muka guna Cetaphil. Bab cuci muka ni paling penting sbb kalau muka xbersih susah nk terima produk yg kite pakai. Then pakai Dalacin T (area jerawat je ok!), pastu pakai moisturizer sbb kadangnye Dalacin T ni blh keringkan kulit muka. Tp disebabkan sy ni kulit berminyak so tkde la effect tu.
Lepas jerawat dh surut skit, bru lah sy pakai Mederma utk parut dan serius mmg menjadi! Toner plk sy pkai Aiken Tea Tree, feveret gila bau dia. Toner sy pakai lepas cuci muka malam ya. Dan utk mask sy pkai clay mask Aztec Healing Clay Mask. Clay mask ni best, bila pkai rasa mcm dia urut2 muka gitewww. Pakai 2-3 kali seminggu and for 15-20minit je and please jgn bawak tido! Its normal bila muka merah lepas cuci, 30 minit cmtu hilang la merah tu and rasa muka bersih sgt. Function clay mask ni kecilkan pori, kecutkan jerawat, bersihkan pori, hilangkan parut, kurangkan minyak n so on lahh. Produk2 lain yg sy pkai boleh rujuk gambar. Semua produk sy pakai adalah affordable semuanya below Rm100.
Terpaksa edit balik tmbah steps sbb ramai sgt yg pm tanya
Steps masa tengah berjerawat 1. Cuci makeup guna makeup remover 2. Cuci muka guna Cetaphil Cleanser (Cetaphil ni pencuci muka taw! Sbb ada yg pm dia ingtkan cetaphil ni mcm krim malam je, so dia sapu je mcm krim tanpa bilas pun) 3. Dab2 Dalacin T kt area berjerawat je ok! Dalacin ni ubat sapu, sejenis cecair utk disapu bukan utk diminum 4. Last sy pakai Magic Jelly nk bg muka lembab n redakan merah.
Steps selepas jerawat dh okay skit 1. Cuci makeup guna makeup remover. 2. Scrub guna St. Ives Green Tea Scrub (2-3 kali seminggu, basahkan muka, gosok2 lepas tu bilas) 3. Cuci muka guna Cetaphil. 4. Pkai Aztec Healing Clay Mask (2-3 kali je seminggu, bancuh serbuk satu sudu teh dengan air/cuka epal, pakai 15-30minit je) 5. Sapu Toner Aiken Tea Tree, tuang kt kapas then gosok smpai rasa muka bersih. 6. Sapu ubat parut Mederma kat area parut je ok, jgn sapu merata2 membazir mahal kot ? 7. Last pakai Magic Jelly.
Steps nk keluar jalan/kelas 1. Cuci muka guna cetaphil, sikit je ckup. 2. Sapu sunblock/sunscreen. 3. Magic Jelly as moisturizer. 4. Bedak/foundation
Notes: Can follow my instagram @zatychu_
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Setiap manusia dilahirkan dengan perasaan ‘amarah’ terutamanya bila terpaksa berhadapan dengan situasi yang membebankan atau merunsingkan fikiran mereka sudah tentu sifat amarah ini akan membuak-buak.
Perasaan marah ini selalunya dihamburkan apabila seseorang melakukan kesilapan atau kecuaian, sehingga menyebabkan orang lain terkena tempias atau bahang dari perbuatan itu. Sekiranya kesalahan itu berlaku kerana kecuaian diri sendiri, memang wajar kita dimarahi.
Apabila dimarahi oleh seseorang, segelintir individu mungkin mengambil pendekatan menadah telinga, berdiam diri dan kemudian memendam perasaan. Bagaimanapun, ada juga individu yang berani melawan kemarahan tersebut dengan ‘perang mulut’ demi mempertahankan diri masing-masing.
Amalkan Doa Ini Jika Sering Dimarahi Seseorang!
Amarah bukanlah bukti kebencian atau kadangkala ia hanyalah refleksi emosi seseorang dan bukanlah satu perbuatan yang disengajakan. Kadangkala ia juga bersifat untuk memberi pengajaran agar kita tidak melakukan kesilapan yang sama berulang kali, serta pengajaran untuk menjadikan diri kita lebih baik di masa akan datang.
Justeru jika hijabi merupakan antara mangsa yang sering menjadi tempat pelampias amarah seseorang, Hijabista terpanggil untuk berkongsi secebis doa pelembut hati yang digarap dari sebuah sebuah kisah yang pernah berlaku di antara Ali bin al-Husain dan seorang hamba perempuannya, menurut portal Rumaysho.
Kisahnya begini, pada waktu itu, perempuan berkenaan ingin menuangkan air kepada Ali untuk beliau gunakan ketika bersuci. Namun, bekas yang dipegangnya terjatuh ke atas lantai dan pecah sehingga ia melukai Ali.
Ali lalu memandang budak tersebut, namun ia tidak memarahinya kerana budak itu berkata: “Ingatlah bahawa ALLAH telah berfirman:
وَالْكَاظِمِينَ الْغَيْظَ
Ertinya: “(Ciri-ciri penghuni syurga adalah) orang yang menahan amarahnya.”
Kemudian, Ali berkata: “Aku tidak memarahimu lagi.” Budak perempuan itu terus berkata:
Ertinya: “Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah) ALLAH mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.”
Dipilih Penyanyi Wanita Malaysia Terbabit Dalam Konsert Udit Narayan In KL Kilafairy Mahu Arwah Ibu Jadi Saksi Pencapaian Epik Bersama Legenda Bollywood“Saya mahu arwah...