Kejelitaan bekas ratu Malaysia ini sememangnya diakui ramai. Sebagai pelakon, penyanyi dan pengacara dikenali, di usianya kini yang meningkat kecantikan masih dijaga dan seakan tiada perbezaan berbanding zaman mudanya.
Kini kecantikan Erra Fazira terserlah diwarisi oleh anak perempuannya, Engku Aleesya yang kini sudah meningkat usia remaja. Tular perkongsian primadona ini meluangkan masa bersama dengan anak perempuannya itu telah mencuri perhatian ramai.
Dalam muat naik itu dipaparkan bahawa Erra Fazira bersama anaknya yang sedondon mengenakan pakaian serba hitam dan putih dan berhijab kelabu. Namun apa yang mencuri perhatian ramai adalah penampilan anaknya yang sangat stailo dan berhijab.
ARTIKEL BERKAITAN: ‘Kembar’ Engku Aleesya, Chelsea Islan Kini Isteri Rob Clinton
Cantik dan jelita persis ibunya juga! Perkongsian rakaman anak Erra Fazira dipuji ini yang dimuat naik menerusi Instagram selebriti jelita itu telah meraih lebih daripada 30 ribu tanda suka. Betullah kata pepatah mengatakan mana tidak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.
Rata-rata warga maya meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen, mengenai perkongsian tersebut. Ada yang kagum dengan kecantikan anak Erra Fazira ini dan turut memujinya kerana berpakaian sopan.
“Cantik alesya bertutup sopan dan ayu macam mama..” malah rata-rata Aleesya tak seperti anak muda yang di luar pemalu dan penampilan tidak perlu seksi untuk tarik perhatian ramai.
Engku Aleesya hasil dari perkahwinan Erra Fazira dan Engku Emran ini, tidak mempunyai akaun media sosialnya sendiri. Kita hanya berpeluang mengikuti perkembangan si gadis jelita ini menerusi media sosial ibunya. Ternyata ramai juga yang memuji didikan yang diberi.
ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh, Primadona Malaysia Nikahi ‘Jutawan’, Tak Sangka Ini Respon Pengurus Erra Fazira!
Cantik persis bidadari syurga! ramai yang mendoakan agar Engku Aleesya kekal istiqomah berhijab apabila tiba masanya.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
SUMBER: IG ERRA FAZIRA