Siti Ameera Liana Ahmad Kamal telah menjadi kebanggaan rakyat Malaysia setelah berjaya meraih ijazah kelas pertama dan pingat pencapaian di The University of Edinburgh, Scotland. Gadis ini bukan sahaja cantik, malahan dia juga cemerlang dalam pelajaran.
Menerusi laman profil LinkedIn Ameera, dia telah berkongsi rasa bersyukur dan berterima kasih kepada semua yang sering memberikan sokongan.
“Terima kasih yang tidak terhingga kepada penyelia saya, Dr Jonathan Shek, atas bantuan dan sokongan berterusan sepanjang tahun. Beliau merupakan penyelia yang sangat baik dan telah menyokong saya hingga akhir. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pemeriksa saya, Dr Paul Judge, atas maklum balas dan idea yang membina untuk memastikan saya berada di landasan yang betul.”
“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada MARA kerana telah merealisasikan impian dan memberikan peluang buat saya untuk belajar di sebuah universiti terkemuka dunia.”
“Tidak ketinggalan juga buat kedua ibu bapa saya, keluarga dan sahabat-sahabat yang tidak putus memberikan sokongan,” jelas Ameera.
Meninjau di ruangan komen profil LinkedIn Ameera, ramai yang mengucapkan tahniah dan turut bergembira atas kejayaannya. Rakan-rakannya turut berbangga dengan kejayaan gadis itu.
“Congratulations to you, Ameera. We Malaysian, proud of your achievement. Keep continue your great work. May Allah bless you.”
“Wow congratulations. A great achievement. You have been a pride to all Malaysians. Do come back to serve our beloved country Malaysia.” begitulah coretan warganet buat Ameera.
ARTIKEL BERKAITAN: Beauty With Brain! Anak Zulkifli Ismail Genggam PhD Di Usia 20an, Jadi Pensyarah Di Korea Selatan
Sumber: Sinar Bestari dan LinkedIn