Susu hanya untuk bayi dan kanak-kanak sahaja ke? Anda pernah ambil tahu tak sebenarnya individu dewasa juga perlu mengamalkan minum susu khususnya wanita. Akan tetapi ada ke kebaikan minum susu ini buat wanita? Atau sekadar mitos supaya wanita minum susu?
Sumber utama susu merupakan kalsium. Jadi, kalsium sangat penting untuk anda sama ada hamil atau tidak. Tambahan pula buat ibu yang hamil, susu sangat la penting. Seperti yang kita tahu, susu sangat bagus buat tulang anda. Susu akan menyalurkan kalsium. Kita sebagai wanita, mungkin akan kehilangan jisim tulang kerana penghasilan hormon yang melindungi tulang seperti estrogen berkurangan.
Artikel Berkaitan: Elak Jangkitan Selsema & Kuatkan Imun Sistem, Ini Pilihan Susu Terbaik Yang Harus Anda Cuba!
Secara amnya, wanita lebih berisiko untuk kehilangan jisim dan ketumpatan tulang. Selain itu, ia membuatkan mereka terdedah kepada osteoporosis dan
osteoarthritis apabila melalui peringkat kitaran haid, kehamilan, bersalin dan menopaus. Di bawah ini merupakan kelebihan dan kebaikan minum susu buat wanita:Peningkatan usia wanita akan menyebabkan penurunan kadar metabolisma. Jadi, kekuatan tulang wanita akan berkurangan dan risiko osteoorosis akan meningkat dengan mudah. Susu banyak menyumbangkan kepada kalsium dan vitamin D yang baik. Ia juga menghalang kepada kehilangan tulang. Kalsium sangat baik untuk gigi kerana ia akan membantu keasidan dan melawan kerosakan gigi anda!
Wanita banyak kekurangan kalsium semasa hamil dan haid, jadi dengan pengambilan susu dapat membantu mencegahnya. Manakala, vitamin D pula dapat mengawal pertumbuhan sel dan melindungi diri daripada kanser dan mencegah osteoporosis dan osteoarthritis.
2. Susu merupakan sumber kalium
Susu dapat membantu mengawal tekanan darah dan juga membantu pembekuan darah kerana ia merupakan sumber kalium. Kalium merupakan mineral yang bagus dalam mengurangkan tekanan darah, sakit jantung, melindungan daripada anda hilang jisim otot, dapat mengurangkan pembentukan batu karang dan dapat memelihara kepada ketumpatan mineral tulang.
Menurut Hellodoktor, secawan susu dapat membekalkan sekitar 366mg kalium. Jadi, ia dapat membantu mengekalkan ketumpatan tulang anda dengan baik dan dapat mencegah daripada retak pada usia tua. Jadi, pengambilan susu sangat penting.
Jangan silap ya, bukan klorin dalam kolam tu! Klorin merupakan nutrien yang dapat membantu anda untuk tidur, pergerakan otot dan memberi ingatan yang baik anda. Selain itu, susu dapat bantu mengekalkan struktur membran sel, dapat membantu penyerapan lemak, mengurangkan keradangan yang kronik dan juga dapat membantu penghantaran impuls saraf.
Pengambilan susu setiap hari boleh menggalakkan wanita untuk turun berat badan. Ini kerana susu dapat bantu membakar lemak pada wanita. Jadi, 3 hidangan susu sehari dapat menghasilkan kehilangan lemak lebih banyak. Ia juga bagus untuk jangka masa panjang. Secara khususnya dapat membuatkan wanita mengamalkan diet sihat. Kalau anda ingin menurunkan atau mengekalkan berat, susu merupakan cara mudah dan kaya nutrien di mana dapat membantu proses tersebut.
Bagi wanita yang ingin mengamalkan senaman kekuatan, susu merupakan jawapannya. Ini kerana, susu dapat bantu membina otot yang kuat dengan nisbah yang lebih ideal kepada karbohidrat kepada protein. Jadi susu merupakan pilihan minum yang bagus selepas bersenam. Susu sangat kaya dengan asid amino rantai bercabang, ini bermaksud ia sangat memainkan peranan untuk anda memulihkan otot dan pertumbuhan otot.
Artikel Berkaitan: Ini EMPAT Tanda Anda Tidak Sesuai Minum Susu Lembu, Penting Baca Label Supaya Tahu Susu Yang Sesuai Diminum
6. Susu membantu melindungi diri daripada penyakit untuk wanita
Nutrien yang terkandung di dalam lemak susu seperti vitamin A, K2, Asid lemak omega-4, ia juga dapat melindungi diri anda daripada penyakit seperti diabetes, kanser dan penyakit jantung. Selain itu, menukarkan soda kepada susu akan dapat mengurangkan risiko untuk mendapat diabetes jenis 2.
Akhir kata, kita selalu memikirkan tulang anda tidak akan berubah apabila mencapai dewasan, akan tetapi tisu dinamik yang sentiasa dipecahkan dan dibina semula. Jadi, seiring dengan peningkatan usia anda, kadar tulang yang dipecahkan melebihi kadar pembentukan tulang baharu. Jadi jika wujud sebarang keraguan sama ada anda patut mengambil susu atau tidak, pergi jumpa doktor untuk mendapatkan kepastian!
Sumber: Hellodoktor
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.