Susu hanya untuk bayi dan kanak-kanak sahaja ke? Anda pernah ambil tahu tak sebenarnya individu dewasa juga perlu mengamalkan minum susu khususnya wanita. Akan tetapi ada ke kebaikan minum susu ini buat wanita? Atau sekadar mitos supaya wanita minum susu?
Sumber Freepik
Kelebihan dan kebaikan susu atau kalsium dalam kehidupan wanita
Sumber utama susu merupakan kalsium. Jadi, kalsium sangat penting untuk anda sama ada hamil atau tidak. Tambahan pula buat ibu yang hamil, susu sangat la penting. Seperti yang kita tahu, susu sangat bagus buat tulang anda. Susu akan menyalurkan kalsium. Kita sebagai wanita, mungkin akan kehilangan jisim tulang kerana penghasilan hormon yang melindungi tulang seperti estrogen berkurangan.
Secara amnya, wanita lebih berisiko untuk kehilangan jisim dan ketumpatan tulang. Selain itu, ia membuatkan mereka terdedah kepada osteoporosis dan osteoarthritis apabila melalui peringkat kitaran haid, kehamilan, bersalin dan menopaus. Di bawah ini merupakan kelebihan dan kebaikan minum susu buat wanita:
1. Sumber kalsium dan vitamin D
Peningkatan usia wanita akan menyebabkan penurunan kadar metabolisma. Jadi, kekuatan tulang wanita akan berkurangan dan risiko osteoorosis akan meningkat dengan mudah. Susu banyak menyumbangkan kepada kalsium dan vitamin D yang baik. Ia juga menghalang kepada kehilangan tulang. Kalsium sangat baik untuk gigi kerana ia akan membantu keasidan dan melawan kerosakan gigi anda!
Wanita banyak kekurangan kalsium semasa hamil dan haid, jadi dengan pengambilan susu dapat membantu mencegahnya. Manakala, vitamin D pula dapat mengawal pertumbuhan sel dan melindungi diri daripada kanser dan mencegah osteoporosis dan osteoarthritis.
Ads
2. Susu merupakan sumber kalium
Susu dapat membantu mengawal tekanan darah dan juga membantu pembekuan darah kerana ia merupakan sumber kalium. Kalium merupakan mineral yang bagus dalam mengurangkan tekanan darah, sakit jantung, melindungan daripada anda hilang jisim otot, dapat mengurangkan pembentukan batu karang dan dapat memelihara kepada ketumpatan mineral tulang.
Menurut Hellodoktor, secawan susu dapat membekalkan sekitar 366mg kalium. Jadi, ia dapat membantu mengekalkan ketumpatan tulang anda dengan baik dan dapat mencegah daripada retak pada usia tua. Jadi, pengambilan susu sangat penting.
3. Kandungan klorin
Jangan silap ya, bukan klorin dalam kolam tu! Klorin merupakan nutrien yang dapat membantu anda untuk tidur, pergerakan otot dan memberi ingatan yang baik anda. Selain itu, susu dapat bantu mengekalkan struktur membran sel, dapat membantu penyerapan lemak, mengurangkan keradangan yang kronik dan juga dapat membantu penghantaran impuls saraf.
Ads
4. Dapat membantu menurunkan berat.
Pengambilan susu setiap hari boleh menggalakkan wanita untuk turun berat badan. Ini kerana susu dapat bantu membakar lemak pada wanita. Jadi, 3 hidangan susu sehari dapat menghasilkan kehilangan lemak lebih banyak. Ia juga bagus untuk jangka masa panjang. Secara khususnya dapat membuatkan wanita mengamalkan diet sihat. Kalau anda ingin menurunkan atau mengekalkan berat, susu merupakan cara mudah dan kaya nutrien di mana dapat membantu proses tersebut.
5. Mengekalkan jisim otot
Sumber Fashion Magazine
Bagi wanita yang ingin mengamalkan senaman kekuatan, susu merupakan jawapannya. Ini kerana, susu dapat bantu membina otot yang kuat dengan nisbah yang lebih ideal kepada karbohidrat kepada protein. Jadi susu merupakan pilihan minum yang bagus selepas bersenam. Susu sangat kaya dengan asid amino rantai bercabang, ini bermaksud ia sangat memainkan peranan untuk anda memulihkan otot dan pertumbuhan otot.
6. Susu membantu melindungi diri daripada penyakit untuk wanita
Nutrien yang terkandung di dalam lemak susu seperti vitamin A, K2, Asid lemak omega-4, ia juga dapat melindungi diri anda daripada penyakit seperti diabetes, kanser dan penyakit jantung. Selain itu, menukarkan soda kepada susu akan dapat mengurangkan risiko untuk mendapat diabetes jenis 2.
Akhir kata, kita selalu memikirkan tulang anda tidak akan berubah apabila mencapai dewasan, akan tetapi tisu dinamik yang sentiasa dipecahkan dan dibina semula. Jadi, seiring dengan peningkatan usia anda, kadar tulang yang dipecahkan melebihi kadar pembentukan tulang baharu. Jadi jika wujud sebarang keraguan sama ada anda patut mengambil susu atau tidak, pergi jumpa doktor untuk mendapatkan kepastian!
Sumber: Hellodoktor
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Setiap orang mempunyai cara tersendiri untuk melegakan rasa senggugut mereka. Ada juga yang mengambil jalan mudah untuk menghilangkan rasa sakit pada anggota badan sewaktu haid iaitu dengan mengambil ubat ubat-ubatan. Persoalannya benarkah Pil menstrual boleh menyebabkan seseorang itu mandul?
Bagi mereka yang selalu senggugut setiap kali datang haid pasti mengganggu aktiviti harian seseorang. Malah kita pasti merasakan sangat tidak selesa terutama sekali apabila kita nak bekerja. Kebanyakan orang pasti mengambil jalan mudah untuk menghilangkan period pain seperti mengambil pil menstrual pink.
Menurut seorang doktor, Dr. Pratima Thamke dari Hospital wanita di India, beliau berkata wanita tidak disarankan untuk mengambil ubat tahan sakit yang berlebihan. Kemungkinan, berlebihan itu akan menyebabkan perkara yang tidak diingini berlaku terhadap kesihatan.
Tidak dinafikan, kita pasti mahu mencari jalan yang mudah untuk terus sihat bila period pain. Tetapi, pernahkah anda terfikir akan kesan sampinga jika mengambil ubat tahan sakit? Ubat tahan sakit selalunya mempunyai banyak kesan sampingan. Terutama sekali dalam jangka masa akan datang dan masa panjang.
“Sekiranya seseorang itu mengambil ubat tahan sakit seperti aspirin/ibuprofen/paracetamol lebih daripada 4 kali sehari. Ianya akan mendatangkan kemudaratan. Anda perlu pastikan tidak mengambil dos ubat melebihi 250 miligram setiap hari” Dr. Pratima Thamke
Panadol pink bahaya untuk kesihatan?
“Ehh jangan makanlah ubat tahan sakit tu! Nanti boleh mandul! Nak ke tak bagi zuriat dekat suami?”
Pasti ramai yang pernah dengar dan menerima teguran sedemikian. Hakikatnya, ubat tahan sakit ini banyak dikaitkan dengan pelbagai penyakit. Terutama sekali mandul, buat wanita. Oleh sebab itu juga, wanita yang mengandung tidak digalakkan untuk mengambil ubat tahan sakit.
Wanita perlu tahu bahawa ubat tahan sakit yang berdos rendah adalah selamat dan ianya merupakan cara yang paling berkesan untuk melegakan senggugut. Selain itu, kita juga perlu beringat dan melatih diri untuk tidak terbiasa mengambil ubat tahan sakit. Akan tetapi sekiranya diperlukan sangat, anda perlu mengikut dos yang telah ditetapkan dan jangan berlebihan.
Tiada salah jika kita mahu mengambil pil menstrual pink atau ubat tahan sakit. Asalkan kita diingatkan untuk tidak mengambil dos yang melebihi. Perlu juga diingatkan sekiranya anda merasakan kesakitan yang melampau perlulah berjumpa dengan doktor secepat mungkin untuk memastikan tiada penyakit lain.
Walaupun mengambil ubat tahan sakit dapat membantu menghilangkan sakit senggugut atau period pain tetapi perlulah kita beringat ubat tahan sakit pasti akan datang sekali dengan kesan sampingan yang tertentu seperti:
Sembelit: Jika kita terlalu kerap mengambil ubat tahan sakit, anda akan mengalami sembelit terutamanya ketika haid.
Pedih ulu hati: Semestinya pedih ulu hati dan membuatkan ketidakselesaan pada diri kita.
Loya dan muntah-muntah: Antara yang selalu terjadi adalah loya dan muntah dan selalunya selepas mengambil ubat tahan sakit.
Sakit perut: Ramai juga wanita yang merasakan sneak perut dan sakit perut selepas makan panadol pink.
Jadi buat kita yang tidak mampu menghadap penyakit sedemikian kurangkanlah pengambilan ubat tahan sakit. Selain itu, kita juga boleh tinggalkan pil menstrual pink secara perlahan dan mula meningkatkan mineral dan mengambil beberapa jenis vitamin yang dapat membantu mengurangkan senggugut setiap kali haid.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pekerjaan yang dimiliki oleh setiap insan itu berbeza, mungkin pada kita apa yang orang lain lakukan itu sukar buat kita. Namun, setiap apa yang kita lakukan itu berpandu kepada kekuatan masing-masing.
Rezeki dicari tanpa ambil kira soal kesusahan yang bakal ditempuhi, seorang wanita berani panjat bangunan untuk memasang pendingin hawa. Usahanya dikagumi oleh kebanyakan warganet.
Tidak kira soal susah, asalkan rezeki halal
Sumber dari Noraelynaelly
Keberanian seorang wanita dikagumi ramai apabila dia berkongsi pada laman sosial media TikTok miliknya yang sedang bertugas sebagai pemasang pendingin hawa. Ramai yang terkejut dan juga beri semangat kepadanya meskipun kelihatan sukar dilakukan.
Nora Elyna Elly, 34, tampak bersahaja apabila memanjat bahagian luar bangunan tinggi untuk proses pemasangan itu buat pelanggan yang melanggan khidmatnya. Wanita itu telah mengusahakan perkhidmatan ini bersama suaminya, Abdul Rahman atau dikenali sebagai Man, 35, sejak beberapa tahun lalu.
Gemar dikenali sebagai Nora telah ditemubual oleh mStar, dia mempunyai empat cahaya mata. Oleh kerana sering ikut suami pergi ke kerja, muncul minat untuk menceburi bidang itu.
“Saya bermula pada tahun 2017. Suami memang bidang aircond. Pada waktu itu, saya ikut suami bekerja sahaja. Kemudian terus jadi minat. Jadi sekarang kami sama-sama usahakan perkhidmatan ini,
“Dulu kami cuma ada stor dan beroperasi secara online. Kemudian kami buka kedai aircond di Meru, Klang sejak tiga bulan lalu. Saya boleh sahaja duduk kedai, tapi saya tak suka setempat,
“Jadi, di mana ada kerja pemasangan, saya akan pergi. Sekarang kami ada dalam tujuh orang staf setakat ini, kami cover kawasan dalam Selangor dan Kuala Lumpur,
“Selain pasang aircond, kami juga buat kerja-kerja membaiki, servis dan jual aircond,” katanya.
Nora turut berkata ada juga permintaan pelanggan yang inginkan pekerja perempuan yang datang kerana mereka merupakan wanita bujang atau tiada suami di rumah. Boleh diikutkan, adanya perempuan ceburi bidang ini juga membantu keselesaan pelanggan.
Bidang ini sememangnya suatu pekerjaan yang mencabar, dia sendiri akui terpaksa ‘menutup mata’ dan teruskan sahaja bekerja dek kerana minat dan ingin mencari pendapatan. Perasaan gayat itu ada tetapi bagi Nora, dia hanya perly fokus dan lupakan perasaan itu.
Selain jerawat yang merupakan salah satu musuh wanita, blackhead juga boleh menyebabkan kita jadi tak senang duduk. Malah, tangan ini akan gatal untuk memicit hidung atau atau sekitar pipi yang ada blackhead hingga meninggalkan parut.
Apabila kulit anda menghasilkan sebum atau minyak yang banyak, reaksi kimia yang melibatkan melanin akan berlaku sekali gus menyebabkan bintik-bintik pada wajah anda berwarna hitam.
Terdapat pelbagai cara untuk menghilangkan blackhead ini seperti penggunaan ‘mask’ tetapi cara ini sedikit menyakitkan. Sebenarnya ada cara lebih mudah untuk kita hilangkan masalah blackhead dari wajah. Hanya menggunakan susu dan buah pala sahaja.
Susu mengandungi asid laktik yang boleh menghapuskan sel-sel kulit mati manakala buah pala pula mampu berfungsi sebagai agen penggosok yang boleh menanggalkan bintik hitam dan menjadikan kulit anda lebih mulus serta lembut.
Jom kita lihat bahan dan cara membuatnya. Boleh lakukan sendiri di rumah.
Guna serbuk buah pala.
Bahan-bahan:
1 sudu besar serbuk buah pala
2-3 sudu besar susu
Mangkuk kecil
Sudu atau garfu
Cara Membuatnya:
Campurkan serbuk buah pala dan susu sehingga menjadi seperti pes.
Sebelum disapukan pes ini ke muka, cuci dahulu muka anda.
Keringkan muka anda dan sapukan pes ini dalam pergerakan membulat.
Jangan gosok wajah anda terlalu kasar bagi mengelakkan kulit muka anda menjadi pedih.
Gosok lembut selama tiga ke lima minit dan cuci dengan air suam.
Hasilnya bukan sahaja blackhead hilang, tetapi juga membuatkan kulit wajah segar, halus dan mulus.
NIVEA LUMINOUS630 Skin Glow mencuri tumpuan di Piala Seri Endon 2025 apabila Tuanku Zara Salim tampil anggun dengan kulit berseri. Ketahui rahsia serum ini yang beri hasil dalam 3 hari!