Kesihatan merupakan satu anugerah yang tidak ternilai kurniaan Allah SWT kepada kita. Seharusnya kita menjaga amanah yang diberikan ini sebaik mungkin. Apa yang masuk di dalam mulut kita haruslah bersih, halal dan paling penting berkhasiat agat memberi manfaat.
Namun ramai yang menyatakan yang makanan sihat selalunya mahal. Usah berfikiran jumud, disekeliling kita banyak sumber makanan yang murah dan berkhasiat. Salah satu sayur yang murah dan memiliki banyak manfaat adalah sawi.
Menurut laporan rootofscience.com, sayuran sawi ini memiliki jumlah kalori yang sangat rendah dan dipenuhi dengan serat dan mikronutrien seperti vitamin dan mineral. Apabila dimasak sayur akan kehilangan nutrisi, ini merupakan perkara yang tidak dapat dielakkan. Namun bukanlah perlu makan yang mentah untuk mendapat semua nutrisi dari sayur.
Ada beberapa nutrient di dalam sayur ini yang akan meningkat naik nutrisi apabila dimasak sebagai contoh vitamin A dan Vitamin K.
Berikut adalah khasiat yang ada pada sayur sawi.
Sumber: rootofscience.com