Sumber gambar: via pesels.com

Kesihatan merupakan satu anugerah yang tidak ternilai kurniaan Allah SWT kepada kita. Seharusnya kita menjaga amanah yang diberikan ini sebaik mungkin. Apa yang masuk di dalam mulut kita haruslah bersih, halal dan paling penting berkhasiat agat memberi manfaat.

Namun ramai yang menyatakan yang makanan sihat selalunya mahal. Usah berfikiran jumud, disekeliling kita banyak sumber makanan yang murah dan berkhasiat. Salah satu sayur yang murah dan memiliki banyak manfaat adalah sawi.

Menurut laporan rootofscience.com, sayuran sawi ini memiliki jumlah kalori yang sangat rendah dan dipenuhi dengan serat dan mikronutrien seperti vitamin dan mineral. Apabila dimasak sayur akan kehilangan nutrisi, ini merupakan perkara yang tidak dapat dielakkan. Namun bukanlah perlu makan yang mentah untuk mendapat semua nutrisi dari sayur.

IKLAN

Ada beberapa nutrient di dalam sayur ini yang  akan meningkat naik nutrisi apabila dimasak sebagai contoh vitamin A dan Vitamin K.

IKLAN
Sawi Masak Sos Tiram Bawang Putih. Sumber foto: via amazingfarm.com

Berikut adalah khasiat yang ada pada sayur sawi.

IKLAN
  1. Kaya dengan antioksida yang membantu melawan radikal bebas di dalam badan.
  2. Sumber vitamin K bagi membantu proses pembekuan darah bagi mengelakkan pendarahan berlebihan.
  3. Meningkatkan sistem ketahanan badan kerana memiliki vitamin A, K dan C. Seperti yang kita tahu vitamin C menguatkan sistem ketahanan badan sekaligus mencegah dari mudah mendapat penyakit.
  4. Bagus untuk kesihatan jantung kerana memiliki sumber antioksida seperti flavonoid dan beta karotena.
  5. Serat yang tinggi pada sawi membantu mengurangkan risiko kencing manis dan membuatkan anda kenyang lebih lama. Tambahan lagi, serat yang ada pada sawi memudahkan perjalanan usus.

Sumber: rootofscience.com

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI