Sekarang ini sana-sini peniaga menjual durian. Memang meriah sungguh macam ‘pesta’ pula peniaga mempamerkan buah durian di atas rak-rak dan meja bagi menarik perhatian untuk singgah membeli di gerai mereka.
Bau durian yang sangat kuat dan tajam membuatkan raja buah ini menjadi kegilaan penggemarnya. Inilah masanya untuk menjamu selera kerana buah ini ‘datang’ mengikut musim. Jadi inilah masa yang terbaik untuk menikmati buah durian sepuas-puasnya.
Kebiasaanya selepas makan durian kita pasti akan minum air daripada pangsa durian bukan? Petua ini memang diamalkan sejak dari dahulu lagi hinggalah sekarang.
Meminum air daripada pangsa durian (bahagian dalam kulitnya) dikatakan dapat mengelakkan masalah panas badan atau gangguan penghadaman selepas memakannya. Sejauhkah manakah kebenarannya? Berikut fakta yang dikongsikan oleh Dr Suri Roowi
Antara Petua dan Realiti Saintifik
Biasanya sebahagian kita akan meminum air pangsa durian selepas makan durian untuk elakkan perut rasa kurang selesa. Mungkin ada benarnya.
Ini kerana kajian yang dilakukan oleh ramai saintis dan Dr Suri Roowi
sendiri sebelum ini ke atas beberapa jenis buah menunjukkan bahagian buah yang paling tinggi khasiat adalah bahagian kulit dan ari buah.Kajian saintifik yang diterbitkan dalam Procedia Food Science pada tahun 2015 menunjukkan kulit durian bersifat antidiabetis.
Kajian yang diterbitkan dalam 2 Jurnal Saintifik pada tahun 2021 dan 2022 pula mendapati pangsa durian (bahagian putih) mengandungi bahan propacin. Bahan ini boleh bertindak sebagai antiradang. Justeru pengambilan air pangsa durian mungkin boleh mengurangkan rasa panas badan selepas makan durian.
Mungkin lebih elok juga jika pangsa buah diasingkan dan direndam guna air suam sebelum airnya diminum. Makanlah durian ikut kadarnya dan jangan berlebihan.
Sumber kredit: Dr Suri Roowi Top image: Photo by Jim Teo on Unsplash
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.