Kata orang jika seseorang itu dilahirkan cantik selain kurniaan dari Tuhan, juga melihat dari sudut keturunan. Dalam erti kata lain kecantikan wajah mereka adalah kerana mewarisi ketampanan si ayah atau kecantikan ibu mereka. Seperti beberapa selebriti kita yang dilahirkan cantik dan santun seperti Wany Hasrita atau Mira Filzah.
Ayuh kita lihat beberapa selebriti dan juga personaliti yang mewarisi ayah atau ibu mereka sendiri. Bukan sahaja cantik, tetapi mereka ini juga bijak dan santun orangnya hasil didikan keluarga mereka.
Malah mereka juga tidak segan untuk muat turun di laman instagram bersama insan cukup istimewa ini sambil meluahkan kata-kata penghargaan memiliki ibu/ayah tersayang.
Maklumlah mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Ada yang seiras dan ada juga yang kelihatan seperti seorang adik dan kakak.
Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Begitu juga darah seni yang mengalir dalam diri anak perempuan kesayangan pelakon Ali Setan, Allahyarham Azmil Mustapha, Alya Iman. Pemilik nama yang sangat cantik ini bukan sahaja diaanugerahkan seraut wajah yang jelita tetapi juga bakat lakonan yang sangat bagus.
Memulakan kerjaya dalam bidang seni sebagai model untuk majalah dan juga untuk ruang digital bagi label jenama hijab/pakaian popular sebelum melangkah kaki sebagai seorang pelakon.
Dia kini muncul sebagai pelakon untuk watak Syakifa dalam drama Senafas Rindu di saluran Astro Ria HD lakonan bersama beberapa selebriti popular dan hebat seperti Liza Abdullah, Syafiq Kyle, Elizaberth Tan, Azizah Mahzan dan Wan Sharmila memberikan bakat yang juga sehebat arwah bapanya.
Selepas kehilangan arwah Babah yang sangat disayanginya, Alya meneruskan kehidupannya seperti biasa. Masih lagi menerima tawaran sebagai model dan juga membuat kerja berkaitan dalam bidang seni.
Bercerita bagaimana boleh terjun ke dunia lakonan, Alya memberitahu dia menerima panggilan secara mengejut dari pihak Astro.
“Pada mulanya memang was-was nk ambik tawaran berkenaan, tetapi apabila fikir balik mungkin ini rezeki Alya, takkan nak tolak begitu sahaja. Jadi Alya tetap terima tawaran berkenaan walaupun ketika shooting berkenaan tengah ambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
“Alhamdulillah drama lakonan pertama Alya Senafas Rindu tengah trending No 1. Insya-Allah bulan depan Alya akan masuk set baru, tetapi buat masa ini banyak ambil jobphotoshoot sahaja,” ungkap Alya ketika dihubungi memberitahu perkembangan terkininya.
“Memang tekad Alya untuk meneruskan perjuagan dalam industri ini dan insya-Allah akan berusaha menjadi pelakon yang lebih baik,” ujarnya yang turut menjadikan arwah Babah sebagai idola dalam dunia lakonan.
Dalam salah satu posting di laman Instagramnya Alya juga ada memberitahu sudah setahun pemergian Babahnya itu (pada 14/2) dan dia masih mengingat setiap momen terakhir mereka berdua.
Sewaktu mahu mengejutkan Babahnya itu dari tidur, rupanya arwah sudah pergi meninggalkan dia buat selama-lamanya.
Pemergian Babahnya itu Alya anggap sebagai kehilangan terbesar dalam hidupnya selama ini. Walaupun kini tanpa kehadiran Babah di sisi tetapi dia tahu Babahnya akan sentiasa ‘melihat’ dirinya dan berharap akan dapat banggakan arwah satu hari nanti.
Dia akan sentiasa merindui Babah kesayangannya itu dan berdoa semoga dapat bertemu nanti di syurga Firdausi.
Pembabitan Alya yang cantik berhijab sebagai seorang pelakon ini turut mendapat pujian netizen. Masing-masing memuji lakonannya yang sangat natural dan mengesankan.
Sebenarnya sebelum ini Alya juga pernah beberapa kali menjadi model untuk Hijabista. Masih ingat setiap kali ada sesi fotografi, Alya akan datang ditemani arwah bapanya.
Siapa tidak mengenali Dr Amalina Bakri. Beliau bukan sahaja terkenal kerana kejayaannya bergelar doktor dalam usia muda dan memberi inspiradi buat hijabi di luar sana, tetapi juga sebagai salah seorang personaliti media sosial yang cukup aktif berkongsi ilmu, nasihat dan pandangan. Baru-baru ini Dr Amalina sekali lagi mengharumkan nama negara apabila berjaya terpilih menerima Darzi Academic Clinical Fellowship Imperial College, London.
Kejayaan itu dikongsi oleh beliau di laman sosial menerusi akuan twitter @dramalinabakri.
Dalam perkongsiannya itu juga, Dr Amalina menyatakan rasa syukur atas anugerah berkenaan, malah berjanji akan meneruskan kerja keras dan membuatkan Malaysia bangga dengan pencapaiannya di masa depan.
Dr Nur Amalina sebelum ini pernah tersenarai antara 10 doktor pakar pelatih surgikal terbaik di United Kingdom dan kerajinannya berkongsi maklumat mengenai kesihatan dan kisah harian di media sosial membuatkan gadis kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu menjadi idola generasi muda.
Kejayaan itu juga mendorong Dr Nur Amalina membuat keputusan untuk berehat seketika daripada berkongsi ilmu dan pandangan mengenai kesihatan di laman sosial twitter bagi memberi tumpuan kepada latihan pakar dalam pembedahan umum, matlamat kerjaya dan pengajian Doktor Falsafah (PhD) ketika ini.
Katanya, dunia sudah memasuki 2019 tetapi masih banyak kebencian dan aura negatif yang disebarkan apabila seseorang individu itu mahu membuat kebaikan kepada orang lain.
“Niat saya cuma satu iaitu berkongsi ilmu pengetahuan dan memberikan kesedaran mengenai kesihatan kepada masyarakat di atas kapasiti saya sebagai doktor.
“Mungkin sesetengah rakyat Malaysia masih belum bersedia untuk mengubah minda mereka ke arah positif dan kemajuan, dan saya harus mengatakan bahawa saya kecewa dengan situasi itu.
“Oleh itu, lebih baik jika saya menumpukan kepada apa yang saya lakukan untuk kebaikan saya sendiri,” katanya di laman sosial twitter baru-baru ini.
Keputusan itu juga dibuat kerana ingin memberi lebih tumpuan kepada Darzi Academic Clinical Fellowship dan tidak menolak bahawa ia turut di dorong oleh rasa terkilan dengan sesetengah pengguna Facebook yang suka memutar belit isu perubatan yang disampaikan di laman sosial twitter.
Ternyata perkongsian menggembirakan ini menerima reaksi positif dari followernya. Rata-rata mengucapkan tahniah atas kejayaan yang diraih. Tahniah juga dari Hijabista.
Sebagai ibu bapa, Hanis Zalikha dan Hairul Anuar sentiasa mahukan sediakan Yusuf Iskandar dengan sajian pemakanan yang lazat. Pengasas tudung CAKENIS ini tidak pernah lokek kongsi cara membesarkan anaknya, malahan Hanis Zalikha juga tidak segan silu untuk bertanyakan sebarang kemusyikilan tentang anaknya di laman sosial.
Benda paling happy semalam, Yusuf nak makan sayur favourite dia dua tahun lepas! Sebenarnya kitorang hampalah sebab dia bukan ke dulu brokoli boi, tapi bila dia makin besar dia start pilih makan.
Dua tahun lepas Yusuf Iskandar digelar brokoli boy oleh pengikut Hanis laman instagram kerana kekerapan makan sayuran kegemarannya berkenaan. Namun begitu, pada satu tahap Hanis dapati, Yusuf kurang berselera makan makanan favourite.
Positifnya tentang Hanis Zalikha membesarkan anak penuh teliti walaupun sekarang berbadan dua. Hairul sendiri akur bahawa Hanis sendiri yang akan menguruskan segalanya tentang Yusuf Iskandar.
Merujuk pakar nutrisi adalah salah satu jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah kenapa Yusuf Iskandar mula tidak gemar makan sayuran lagi. Menurut Hanis, Yusuf paling suka minum susu dan itu adalah salah satu punca dia hilang selera untuk makan sayur.
Pernah terlintas dalam fikiran Hanis untuk mengambil beberapa vitamin bagi mengembalikan selera Yusuf makan sayur. Merujuk pada pakar pemakanan transisi anak-anak berumur 4 tahun untuk berubah dari pengambilan susu ke makanan amat sukar dan ini akan membuat mereka kurang zat.
Mereka juga mula perasan betapa sukar dan rumitnya ibu bapa untuk mendapatkan jumlah makanan dan nutrien yang mencukupi bagi anak-anak setiap hari. Terutamanya apabila anak-anak menjangkau usia tertentu yang sudah bijak membuat pilihan sendiri.
Melalui fasa pencarian makanan yang berbeza bersama Yusuf telah memberi inspirasi kepada mereka untuk mencipta jalan penyelesaian mudah menyediakan makanan. Ini adalah untuk kebaikan anak-anak dengan pengambilan nutrien yang mencukupi sambil menerokai pencarian rasa yang lebih menyeronokkan.
Toujour Kid Fruit & Vege Blend merupakan produk kisaran buah-buahan dan sayur-sayuran yang enak. Produk ini kaya dengan vitamin dan kalsium yang diperolehi secara campuran brokoli, tomato, habbatussauda dan pelbagai jenis buah-buahan terpilih.
Hanis rasa teruja apabila pertama kali memberi Yusuf Toujour Kid Fruit & Vege Blend, anaknya sudah mula berselera makan nasi dan ada ketika selepas minum susu Yusuf meminta nasi.
Sejak dari itu Hanis akan pastikan Yusuf mengambil Toujour Kid Fruit & Vege Blend. Dan selepas dua minggu pengambilannya, alhamdulilah perlahan-lahan Yusuf kembali berselera untuk makan makanan kegemarannya.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.