Merupakan antara wanita kaya dan berpengaruh di Amerika, reaksi jutawan kosmetik yang juga pengasas Huda Beauty ini ketika pakai hijab cuit emosi.

Pernah muncul dengan video seumpama ini dengan rekod melebihi 5 juta tontonan, Huda Kattan, 41 tahun yang berketurunan Iraq sekali lagi tampil dengan video pakai hijab bersama pempengaruh hijab terkenal, Maryam Malik.

Jika dulu tampil tanpa undercap atau anak tudung, kali ini Maryam memakaikan inner sedondon agar lebih kemas.

Meskipun telah siap berdandan, Huda tidak keberatan berhijab sehingga menerima pujian ramai. Jom saksikan video ini…

Gembira dengan penampilan sopannya, Huda memuat naik kenangan tersebut di akaun media sosial peribadi iaitu @huda dengan jumlah followers mencecah empat juta. Membanjiri komen, ramai meninggalkan kata-kata positif dan mendoakan agar jutawan kosmetik ini mendapat hidayah untuk berhijab.

Ads

Berkali-kali mengucapkan kata, “InsyaAllah, one day,” penampilan Huda Kattan yang merekodkan nilai kekayaan peribadi $550 juta dan disegani kerana lantang bersuara untuk rakyat Gaza itu diaminkan oleh ramai orang.

Kaya & Berpengaruh, Reaksi Jutawan Kosmetik & Pengasas Huda Beauty Pakai Hijab Cuit Emosi!
Instagram @huda

Pengasas Huda Beauty ini bukan hanya menjadi bualan masyarakat dunia kerana kejayaannya mengusahakan produk kosmetik. Bahkan kagum dengan semangat dan komitmen Huda menyokong dan membela nasib rakyat di Gaza.

Dia lantang menyuarakan pendapat dan membantu saudara Islam khususnya di bumi anbia tersebut dan secara terang-terangan menyatakan tidak kisah dikecam atau produk kosmetiknya diboikot.

Meniti usia 41 tahun, Huda dilaporkan berhijrah ke Boston ketika dia baru berumur dua tahun.

Ads

Memetik laporan Vogue Arabia, Huda dilahirkan pada 2 Oktober 1983 di Oklahoma dan mewarisi keturunan Iraq daripada kedua ibu bapanya yang berhijrah ke United Kingdom untuk mengajar subjek Biologi di samping mendalami bidang kejuruteraan mekanikal.

Kaya & Berpengaruh, Reaksi Jutawan Kosmetik & Pengasas Huda Beauty Pakai Hijab Cuit Emosi!
Instagram @huda

 

Kaya & Berpengaruh, Reaksi Jutawan Kosmetik & Pengasas Huda Beauty Pakai Hijab Cuit Emosi!
Instagram @huda

Huda merupakan anak kedua daripada empat beradik. Kakaknya Bernama Alya dan dia mempunyai seorang adik perempuan dan lelaki masing-masing bernama Mona dan Khalid. Semasa tinggal di kejiranan Boston, Huda dikenali dengan nama panggilan ‘Heidi’.

Merujuk kenyataan Huda bersama Vogue pada tahun 2015, “Saya suka dengan nama Huda tapi masyarakat di sana menganggap nama tersebut pelik. Bagaimanapun setelah berpindah ke Massachusetts, rakan-rakan menyambut baik nama Huda. Begitu juga bila mereka tahu saya berketurunan Iraq.”

Ads

Merupakan antara wanita kaya dan berpengaruh di Amerika, reaksi jutawan kosmetik yang juga pengasas Huda Beauty ini ketika pakai hijab cuit emosi.

Sebelum bergelar usahawan kosmetik berjaya, Huda pernah menjadi makeup artist di Hollywood dan mula didedahkan dengan produk kecantikan melalui kakaknya sendiri, Alya.

Rangkaian kosmetik Huda Beauty kini mempunyai lebih 140 produk yang terdiri daripada set pembayang mata, bedak asas, variasi gincu bibir, kuku palsu dan sebagainya yang dianggarkan mencecah jualan tahunan tidak kurang USD 250 juta.

Melihat kejayaan itu, tidak hairanlah Forbes menyenaraikan Huda Kattan antara 2019 America’s Richest Self-Made Women berjumlah USD 610 juta.

Artikel berkaitan: https://www.hijabista.com.my/persis-anak-patung-dr-wan-hidayu-lambang-hijabi-bijak-miliki-2-klinik-estetik/

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI