Setiap kali tiba bulan Ramadan, tentunya ramai ingin mengambil kesempatan untuk menambah saham pahala. Oleh kerana bulan Ramadan hanya datang setahun sekali maka ia seharusnya tidak disia-siakan dan digunakan sebaik mungkin untuk amal ibadah.
Namun bagi kaum wanita, ada ketikanya mereka tidak dapat melaksanakan ibadah puasa dan tentunya amalan-amalan ibadah yang lain. Keadaan ini tentunya membuatkan mereka berasa sedih dan kecewa.
WAHAI WANITA YANG KEDATANGAN HAID, USAH BERSEDIH PADA BULAN RAMADAN
“Aduhai, tak boleh pulak nak puasa. Ruginya rasa.”
“Ya Allah, seronoknya tengok orang lain boleh terawih ramai-ramai.”
“Cemburunya…. Semua orang berebut-rebut kumpul pahala bulan Ramadan. Aku tak boleh nak buat apa-apa.”
Sedihnya…
Photo by vjapratama from Pexels
Beginilah antara beberapa keluhan dan luahan yang kadangkala keluar daripada mulut para wanita yang didatangi haid pada bulan Ramadan.
Haid adalah fitrah bagi seorang wanita. Saidatina Aisyah r.a. juga pernah menangis kerana kedatangan haid sewaktu ingin mengerjakan haji. Rasulullah SAW menenangkan hati
Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah perkara yang telah Allah tetapkan bagi kaum wanita dari anak cucu Adam. Lakukanlah apa yang dilakukan oleh orang-orang yang haji, kecuali tawaf di Kaabah.” [HR Bukhari]
Wanita yang berada dalam keadaan haid semasa Ramadan tidak perlu bersedih, kerana ini adalah ketetapan daripada Allah SWT. Tidak boleh berpuasa bukanlah bermaksud semua ibadah semasa Ramadan tidak dapat dilakukan. Sebenarnya, masih banyak amalan yang boleh diamalkan oleh para wanita yang didatangi haid dalam bulan Ramadan.
Maksudnya: “Wahai orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepada-Nya di waktu pagi dan petang.”
[Surah al-Ahzab: 41-42]
Maksudnya: Ingatlah Aku, nescaya Aku akan mengingatimu, dan bersyukurlah kamu kepada-Ku dan janganlah kamu kufur. [Surah al-Baqarah: 152]
2. MENDENGAR ALUNAN AL-QURAN
Ketika sedang didatangi haid, para wanita masih boleh mendengarkan alunan ayat-ayat suci al-Quran. Disebutkan di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah r.a.:
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَتَّكِئُ فِي حَجْرِي وَأَنَا حَائِضٌ، ثُمَّ يَقْرَأُ القُرْآنَ
Maksudnya: “Nabi Muhammad SAW meletakkan kepalanya di pangkuanku saat aku sedang haid, dan ia membaca al-Quran.” [HR Bukhari]
Ads
3. MEMPERBANYAKKAN SELAWAT
Daripada Abdullah bin ‘Amr r.a., bahawa Nabi SAW bersabda:
فَإِنَّهُ مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً صَلَّى الله عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا
Maksudnya: “Sesungguhnya barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka Allah SWT akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat.” [HR Muslim]
Photo by cottonbro from Pexels
4. MEMPELAJARI ILMU AGAMA
Nabi Muhammad SAW bersabda:
وَمَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ
Maksudnya: “Siapa yang menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan mudahkan baginya jalan menuju syurga.” [HR Muslim]
5. MELAZIMI SEDEKAH
Wanita yang haid masih boleh melakukan sedekah di bulan Ramadan.
Ads
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar r.a.:
يَا مَعْشَرَ النِّسَاءِ تَصَدَّقْنَ وَأَكْثِرْنَ الْاِسْتِغْفَارَ ، فَإِنِّـيْ رَأَيْتُكُنَّ أَكْثَرَ أَهْلِ النَّارِ
Maksudnya: “Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakkanlah istighfar. Kerana, aku melihat kaum wanitalah yang paling banyak menjadi penghuni neraka.” [HR Muslim]
Maksudnya: “Nabi SAW merupakan orang yang paling pemurah dengan kebaikan dan sifat pemurahnya semakin memuncak dalam bulan Ramadan, ketika Jibril menemui Baginda. Jibril a.s. menemui Baginda setiap malam di bulan Ramadan sehinggalah selesai Nabi Muhammad SAW memperdengarkan al-Quran kepadanya. Ketika Jibril a.s. datang, Baginda memberikan kebaikan melebihi angin mursalah (yang bertiup atau yang dikirimkan).” [HR Bukhari]
6. MEMBERI MAKAN KEPADA ORANG YANG BERPUASA
Amalan mudah bagi seorang wanita adalah menyediakan juadah berbuka buat orang yang berpuasa.
Photo by mentatdgt from Pexels
Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Zaid bin Khalid al-Juhani r.a.:
مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لاَ يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا
Maksudnya: “Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa dia akan mendapat pahala yang sama dengan orang yang berpuasa dalam keadaan pahala orang tersebut tidak berkurangan sedikit pun.” [HR Tirmizi, hadis sahih]
KESIMPULAN
Sesungguhnya, wanita yang didatangi haid semasa Ramadan tidak terkecuali dalam merebut pahala. Usahakan melazimi amalan-amalan yang disebutkan di atas supaya kita tidak terlepas daripada merasai kemanisan beribadah di bulan Ramadan yang mulia.
HIJABISTA: Selain berpuasa dan solat, banyak lagi amalan yang boleh dilakukan ketika dalam keadaan haid. Dalam bulan Ramadan misalnya, menyediakan hidangan untuk bersahur dan berbuka puasa juga salah satu cara untuk mendapat pahala. Jadi, usahlah bersedih wahai wanita…
Setiap manusia pasti mahukan satu hubugan yang berkekalan lamanya. Namun, apa yang terjadi pada masa akan datang sudah tentu di luar dugaan kita.
Perkongsian gadis ini pergi menunaikan umrah sebagai salah satu caranya untuk ‘self-healing‘ meraih perhatian orang ramai.
Mungkin Bukan Rezeki Untuk Bersama…
Tular video di laman media sosial TikTok yang menunjukkan seorang gadis yang pergi membawa dirinya menunaikan ibadah umrah. Apa yang mengejutkan lagi adalah tujuannya untuk ‘self-healing‘ selepas berputus denga kekasihnya.
Pemilik akaun @frahnjwaaaa menjelaskan lagi perkara itu di ruangan kapsyen dengan menyatakan penantian selama 3 tahun adalah sia-sia sahaja. Bekas teman lelakinya itu mengambil keputusan untuk memilih wanita lain sebagai pasangan hidupnya.
@frhnjwaaaaahampir 3tahun bercinta, hari2 tunggu dia masuk minang, rupanya dia dah bawa perempuan lain jumpa mak dia. Self healing pergi umrah, Alhamdullilah 🤍♬ suara asli – andre – ANDRE
“Sudah hampir 3 tahun bercinta, hari-hari tunggu dia masuk minang, rupanya dia dah bawa perempuan lain jumpa mak dia. Self-healing pergi umrah, Alhamdulillah.” itulah yang di kongsi olehnya di TikTok miliknya.
Tak Mengapa Sis, Allah Swt Dah Cuit Hati Ke Sana
Reaksi yang diberikan oleh warganet sangat memberangsangkan, mereka lebih mengharapkan gadis itu untuk bertenang dan cari keredhaan Ilahi. Mungkin dengan cara itu, Allah SWT ingin dia rapatkan dirinya kepadaNya.
“Allah bagi awak hadiah lagi terindah. Allah SWT jemput awak kerumah dia. Argh best-nya, stay strong ya sis,
“YaAllah, I doakan you jumpa jodoh baik. You sangat kuat. Percayalah Allah SWT sentiasa ada dengan you,
“Pernah lalui, 9 tahun bercinta susah senang LDR namun kalah dengan perempuan yang dekat dengan si dia. No worries dear, Allah SWT plans better for you, Much love.” itulah apa yang dititipkan oleh warganet kepadanya.
Bekas hos 3R, Kartini Ariffin atau lebih dikenali dengan nama Tini Ariffin berkongsi bahawa dia kini telah disahkan menghidap kanser payudara tahap satu.
Menurut laporan Harian Metro, Tini memuat naik video dan berkongsi bahawa selepas dapat mengawal emosi, dia kini bersedia untuk menceritakan bagaimana keadaannya sewaktu mengetahui dia menghidap kanser itu.
“Dua bulan lalu, saya disahkan menghidap barah payudara. Saya sedar kewujudan ketulan di payudara ketika sedang mandi. Panik. Keesokan harinya saya ke hospital untuk melakukan pemeriksaan,
“Saya dah simpan berita ini selama lebih kurang dua bulan. Tak pasti sama ada saya nak kongsikan atau sekadar buat tak tahu seperti benda ini okay, atau benda ini tak ada apa-apa pun.” tulisnya.
Tak Sedar Ada Benjolan Walaupun Kerap Menjalani X-ray
Sejak melangkah ke usia 40 tahun, Tini merupakan seorang yang konsisten melakukan Mammogram dan Ultrasound namun tahun lalu, benjolan itu tiada.
“Cadangan pertama, saya perlu jalani pembedahan dan sampel ketulan itu akan dihantar ke makmal untuk diuji. Kalau ia kanser, doktor akan teruskan dengan prosedur seterusnya.
“Saya seterusnya meneruskan dengan biopsy selepas meneliti cadangan kedua. Saya nak tahu sama ada ketulan atau ketumbuhan itu adalah benda biasa atau yang akan merosakkan.
“Tak ada pembedahan besar, cuma ambil sampel pertama dan hantar ke makmal. Langkah ini lebih sesuai dengan situasi pada ketika itu, di mana, saya agak tertekan selepas mendapat tahu mengenai wujudnya ketulan itu.
Dia kemudian mendapati keputusan ujian itu adalah kanser, tetapi mujur bertindak segera untuk pembedahan lanjut.
Penantian untuk keputusan biopsy itu mengambil masa tiga hari bekerja. Saya terus berdoa dan berfikir secara positif bahawa ketulan dan ketumbuhan itu adalah bukan benda yang buruk.
“Ramai yang mendoakan saya agar semuanya okay. Saya sangat bersyukur. Allah tahu segalanya dan keputusannya, ia adalah kanser tahap satu.
“Semua yang berada di hospital berkata, saya bertuah sebab saya dapat kesan mengenainya lebih awal dan terus bertindak. Bayangkan, kalau saya simpan sendiri dan anggap bahawa ia adalah ketulan biasa?” ujarnya.
Tini juga meminta agar setiap individu yang merasakan ada perubahan luar biasa di mana-mana bahagian tubuh, untuk melakukan pemeriksaan.
“Semakin lama menunggu, ia akan merebak dari tahap satu ke tahap empat. Pada ketika itu, semuanya sudah terlambat.
“Kalau ada rasa tak normal di bahawa payudara atau tubuh, lakukan pemeriksaan. Jangan tunggu, jangan takut. Anda dapat selamatnya nyawa anda!” tulisnya.
Kini, Tini telah menerima takdir ini dengan reda untuk menjalani kehidupan yang lebih positif bersama keluarga dan meneruskan kerjayanya.
Sumber: Harian Metro
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pelakon Mia Ahmad mengenang momen sewaktu pertama kali hatinya terdetik untuk berhijrah ke arah yang lebih baik.
Menurut Mia atau nama sebenarnya Samihah Ahmad Baderi, kisah hijrahnya bermula selepas dia memutuskan untuk berhenti berkerja dari sebuah syarikat penerbangan tempatan.
Tinggalkan Zaman ‘Kegemilangan’, Demi Dalami Agama!
Ulasnya lagi, berkat didikan yang diberikan oleh kedua ibu bapa, dia nekad untuk mendalami lagi ilmu agama.
“Kita semua ada zaman kegemilangan itu. Bagi saya, kisah hijrah saya bermula selepas saya berhenti daripada sebuah syarikat penerbangan dengan uniform skirt merah.
“Waktu tu saya masih mencari cari diri saya sebenarnya tapi sebab basic pengetahuan ilmu agama yang diberi oleh ibu bapa dari kecik, saya tahu perubahan besar ni akan memberi impact besar juga dalam hidup saya,” tulisnya.
“Betul la, bila kita menuju ke jalan Allah, satu satu Allah bukakan jalan untuk kita.
“Masa tu tak berhijab lagi, tapi niat tu dah ada cuma kerja dah tak ada waktu tu dengan commitment yang tinggi, hutang credit card lagi nak bayar (waktu spend dulu tak ingat) memang saya lost tapi saya percaya dengan rezeki dan pertolongan Allah S.W.T,” kongsinya lagi.
“Love Your Hijrah Journey Babe,” – Netizen
HIJABISTA sempat menjengah ke ruangan komen hantaran berkenaan, rata-rata netizen kagum dengan kisah tersebut selain turut mendoakan agar Mia akan terus kekal istiqamah dalam hijrahnya.
“Semoga Allah kurniakan hidayahnya untuk Mia tanpa henti hingga akhir usia. Moga diberikan kekuatan dan terus istiqomah.
“Love your hijrah journey babe.
“Love dengan Mia dari awal kemunculan dalam bidang seni hingga kini.
“Semoga Allah sentiasa permudahkan urusan awak,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Sekadar info, Mia dan Izham telah pun mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 13 Januari 2017.
Hasil perkongsian hidup selama tujuh tahun itu, pasangan merpati dua sejoli ini dikurniakan empat orang cahaya mata sebagai penyeri hidup mereka.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Media Hiburan.
NIVEA LUMINOUS630 Skin Glow mencuri tumpuan di Piala Seri Endon 2025 apabila Tuanku Zara Salim tampil anggun dengan kulit berseri. Ketahui rahsia serum ini yang beri hasil dalam 3 hari!