Mendengar nyanyian penyanyi ini bagai tidak menduga dia sebenarnya Orang Kurang Upaya (OKU). Biarpun menyedari diri serba kekurangan, namun minat mendapat dalam bidang seni menyebabkan Nur Zafiena Anissa atau Fina tekad meneruskan impian melebarkan bakat dalam bidang muzik. Ternyata kecacatan yang dialami bukan penghalang untuknya mencipta nama apabila lagu nyanyian Tuhan Jagakan Dia menjadi viral dan mendapat tempat di kalangan penggemarnya. Namun bagi Fina sebelum berjaya, dia juga turut tidak terkecuali menerima tohmahan dan hinaan dengan ketidak sempurnaan diri yang dialaminya.
Menerusi tembual bersama Abby Fana atau Kak Bed dalam Inspirasi Sinar FM, Fina berkongsi kisahnya yang cukup menyentuh hati.
Menurut Fina ketika masuk dalam industri ini dia sebenarnya tidak menyangka video nyanyiannya menjadi tular hingga semakin hari semakin banyak orang menonton. Setakat ini sudah 2.6 juta tontonan di laman youtube.
“Gembira bila tahu walaupun kita tak seberapa nak okay, tapi orang boleh tengok kita dan rasa seronoklah.
“Namun saya juga seperti orang lain pernah melalui pahit manis sebelum Fina dikenali seperti hari ini. Fina masih ingat ketika itu Fina demam. Dan kebetulan kalau demam memang kita tak digalakkan minum air sejuk.
“Tetapi waktu itu Fina memang haus sangat-sangat. Kebetulan yang jaga Fina ketika itu bukan mak sedara tetapi orang lain, Hamba Allah. Fina mintak darinya air sejuk dan mintak tolong ambilkan.
“Dia cakap habis. Masa tu Fina okay lagi. Dan kebetulan adik Fina dan alhamdulillah masa tu Allah dekatkan adik Fina di situ dan terus Fina minta air darinya.
“Fina cakap haus dan nak sangat air sejuk itu. Adik Fina terus ambil air sejuk di situ dan beri pada Fina. Waktu itu Fina terfikir kenapa dia perlu berbohong pada Fina berkenaan air itu.
“Fina tegur kenapa tidak beri air berkenaan dan dia menjawab ‘kau dah la buta, buta buat cara butalah. Ada mak bapak menyusahkan orang’. Memang masa tu Fina kena baling dengan pinggan oleh dia.
“Memang bila cakap begitu pada Fina, Fina memangis. Fina sedih kerana selama ini orang yang kita percaya boleh support kita tiba-tiba bercakap demikian,” cerita Fina menceritakan pengalaman pahit dan trauma dialami sepanjang menjalani hidup sebagai OKU.
Menurutnya selepas itu hamba Allah berkenaan ada minta maaf setelah menyedari kesilapannya yang melemparkan kata-kata hinaan berkenaan.
“Walaupun dia ada minta maaf tetapi kesannya tetap ada. Mungkin lambat lagi hati ini nak maafkannya. Fina juga tidak terkecuali menerima komen tak baik dari netizen. Misalnya ada mengatakan suara Fina tak sedap, asal muka buruk dan ia memang beri kita satu impak besar.
“Iyalah kita tidak mintak dilahirkan begini. Dan biasanya Fina akan komen positif pada mereka. Fina kata biarlah Tuhan yang hukum saya macam mana. Biar Dia yang nilai buruk ke, tak cantik kita sama je,” tambahnya yang turut memasang impian mahu bergelar pendidik dalam bidang kesusasteraan.
Tidak ada masalah untuk menggapai cita-cita ini. Lagipun Fina lihat dari segi buat lagu ni dari segi karya dan penulisan, orang suka dan faham maksud dengan lebih mendalam.
Ads
“Jadi kat situ Fina dah yakin yang Fina ni boleh terus lanjutkan untuk belajar mungkin dalam bidang kesusasteraan atau bidang muzik,” jelas Fina lagi.
Dalam perbualan itu juga Fina turut memberikan pesanan kepada ahli keluarga yag mempunyai masalah OKU penglihatan seperti dirinya dan kepada insan yang tidak peka dan prihatin.
“Kalau untuk OKU atau keluarga yang ada jaga anak yang OKU penglihatan atau OKU yang lain, Fina mintak sangat jangan letak prinsip OKU itu sebagai satu alasan untuk kita tak bergerak ke hadapan.
“Maksudnya walaupun kita OKU, kita kena anggap yang kita ni normal sama seperti insan lain juga. Dan kepada masyarakat kat luar sana, jangan bagi belas kasihan kepada kami itu sebagai satu alasan untuk kami jatuh.
“Apa yang kami perlukan sebenarnya adalah sokongan padu daripada hamba-hambar di luar sana,” ujarnya yang cukup berbakat dalam ciptaan lagu dan nyanyian sejak kecil lagi.
Tambah gadis berusia 18 tahun ini, muzik bukan sekadar menjadi sahabat paling akrab, malah ruang paling istimewa buat dirinya mencurahkan rasa sedih.
Fina yang cacat penglihatan sejak berusia dua tahun mula mendapat berhatian apabila diundang menjayakan persembahan pada konsert mingguan program mentor Milenia 2017 menyampaikan lagu ciptaan sendiri Tuhan Jagakan Dia yang begitu popular masa kini.
Menurut ibunya, Rahayu Hassan anak sulungnya itu lahir pramatang ketika kandungan berusia tujuh bulan.
Beliau berkata, pada mulanya semua dilihat normal pada anaknya itu. Namun doktor memang ada memaklumkan ada masalah pada bahagian mata. Meskipun sudah berusaha termasuk rawatan laser, ternyata pebnglihatan Fina tidak dapat diselamatkan.
Doktor memberitahu urat pada bahagian mata Fina rosak sepenuhnya dan harapan untuk melihat hanya aka nada jika dunia perubatan mampu mencipta rawatan memulihkan urat yang rosak. Walaupun tahu ia sesuatu yang sukar namun sebagai ibu dia tidak berputus harap.
Walaupun menyedari kekurangan, tetapi dia tetap melihat ada rezeki dan kelebihan lain pada diri anaknya itu dan akan terus menyokong untuk terus berada di sisinya.
Perut yang buncit dan maju ke hadapan sememangnya membuatkan penampilan serta gaya pemakaian kita menjadi cacat dan terencat.
Malah, lebih buruk lagi apabila ketika melakukan aktiviti harian seperti turun naik tangga atau berjalan pun boleh membuatkan hijabi semput dan termengah-mengah dibuatnya!
Lebih memalukan apabila ada yang mula bertanya dan menegur adakah hijabi sedang hamil, dek kerana perut yang buncit dan hampir menyerupai wanita hamil.
Tiga Langkah Ini Bantu Kempiskan Perut, Hilangkan ‘Buncit’
Bagaimanapun, terdapat beberapa senaman kardio yang mampu membantu anda menghilangkan perut buncit. Tip ini telah dikongsikan oleh seorang jurulatih kecergasan menerusi laman Tik Tok miliknya menggunakan akaun pengguna @lalasweet017
Jelasnya lagi, senaman ini hanya perlu dilakukan secara konsisten selama lima minit setiap hari. Berikut Hijabista kongsikan semula langkah-langkahnya. Selamat mencuba!
Lakukan Senaman ‘Crunch’
Langkah pertama untuk anda mengempiskan bahagian perut adalah melakukan senaman yang di panggil sebagai ‘Crunch’. Hijabi perlu berdiri dalam keadaan membengkokkan sedikit kaki.
Kemudian, letakkan kedua-dua tapak tangan pada bahagian belakang kepala dan gerakkan badan ke hadapan dan ke belakang.
Untuk mendapatkan hasil senaman yang lebih optimum, Hijabista menyarankan agar anda mengulangi langkah sama sebanyak 15 kali.
Bangkit Tubi Separa
Siapa kata bila perut buncit dan besar tak boleh lakukan bangkit tubi? Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih sis! Cara untuk melakukanya mudah sahaja, anda hanya perlu duduk di atas permukaan rata. Ini bertujuan untuk memberi kestabilan kepada bahagian badan dan punggung.
Apabila kedudukan badan dan punggung sudah stabil. Hijabi perlu mengangkat kedua belah kaki kaki ke arah badan dalam keadaan berbaring secara 45 darjah.
Haa.. Sekarang dah tau kan macam mana nak hilangkan ‘tayar spare’ dekat bahagian perut tu? Malah, langkah yang diblkongsikan ini cukup mudah dan hanya mengambil masa selama 5 minit sahaja sis! Ia juga sesuai untuk dilakukan di rumah je tau!
Penggunaan harian biasa nanas adalah 2 cincin atau 12 ketul. Disebabkan strukturnya yang unik, nanas boleh membantu mengekalkan kesihatan anda dan mencegah banyak penyakit. Jom semak data daripada penyelidikan terkini tentang buah unik ini.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
1. Gabungkan dengan latihan fizikal.
Bromelain yang terkandung dalam nanas merangsang fungsi pencernaan dan boleh membantu menghilangkan selulitis dengan mempercepatkan proses penghadaman protein. Nanas tidak boleh melarutkan lemak secara ajaib. Walau bagaimanapun, jika anda menggabungkan penggunaan nanas dengan latihan fizikal dan tidak melebihi norma harian kalori, ia akan membantu anda menurunkan berat badan.
2. Hati anda akan menjadi bentuk yang lebih baik.
Nanas mengandungi bromelain, yang membantu badan anda melawan keradangan. Ia akan membantu mengurangkan bengkak, melegakan kesakitan, dan menyembuhkan luka dengan lebih cepat. Selain itu, bromelain membantu badan anda mengeluarkan sel-sel yang rosak.
Ia juga dipercayai bahawa ia boleh mempercepatkan pembaharuan tisu penghubung, dan oleh itu ia digunakan secara meluas apabila merawat kecederaan seperti lebam, lepuh, dan terseliuh. Vitamin C yang terkandung dalam nanas akan menghalang masalah dengan saluran darah dan membantu menghasilkan kolagen di dalam tulang, rawan, otot, dan saluran darah anda.
3. Mengekalkan tahap penglihatan yang sama.
Nanas mengandungi vitamin A, yang membantu memastikan penglihatan anda tajam. Beta-karotena menguatkan tindakannya. Pengambilan nanas setiap hari boleh mengurangkan risiko degenerasi makula.
4. Tulang akan lebih kuat.
Kalsium dan magnesium yang terkandung dalam nanas boleh menjadikan tulang anda lebih kuat. 1 gelas jus nanas cukup untuk menerima lebih daripada 70% daripada norma harian mangan.
5. Mengelakkan strok darah.
Nanas mengandungi banyak kalium, yang membantu mengurangkan tekanan darah dan mencegah strok darah. Ia juga boleh membantu untuk mengelakkan infarksi miokardium dengan membuang mendapan di dalam saluran darah.
6. Awet muda.
Terdapat banyak mangan di dalam nanas, dan ia melindungi badan anda daripada radikal bebas. Radikal ini boleh merosakkan sel anda dan mempercepatkan proses penuaan di dalam kulit dan organ.
7. Sistem penghadaman akan kembali normal.
Pulpa nanas, serta jusnya, boleh membantu proses penghadaman dengan melawan kembung perut dan sembelit. Ia juga boleh membantu dengan kolitis ulseratif atau ulser perut, tetapi hanya sebagai ubat sokongan dan selepas preskripsi doktor. Walau bagaimanapun, memandangkan jus nanas boleh meningkatkan keasidan perut, anda perlu berhati-hati jika mempunyai gastrik atau ulser.
8. Paras gula dalam darah akan menurun.
Serat nanas boleh melambatkan kelajuan pencernaan gula, sekali gus mengurangkan paras gula dalam darah.
9. Meningkatkan kesuburan.
Bromelain juga telah membuktikan meningkatkan peredaran darah di dalam rahim dan sebagai penjagaan pencegahan terhadap keguguran.
Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Kadangkala dalam hidup kita pasti akan berduka kan? Tipulah kalau kita sentiasa bahagia 24 jam. Kadangkala, kita mungkin nampak ceria di mata manusia namun dalam hati siapa yang tahu kan.
Untuk membahagiakan hati, hanya kepada Allah sahajalah kita boleh sandarkan harapan kita. Bila kita berbicara dengan Dia, itulah momen yang paling indah sebenarnya.
Bagi ketenangan diri, kita boleh menghafaz Surah Ad-Dhuha . Surah ini dikatakan sebagai surat cinta dari Tuhan. Mari ikuti kisahnya melalui perkongsian @An_Nu3Man di akaun twitternya yang telah mendapat hampir 18 ribu retweet.
Surah Ad-Dhuha sebagai penghibur duka.
Allah mulakan Surah dengan sumpahan.
Malam disifatkan sebagai suasana yang sepi.
Ayat cinta yang terindah…
Allah pujuk hati yang sedih dan berikan harapan.
Allah gembirakan hati Rasulullah S.A.W.
Jangan lupakan segalanya hanya disebabkan masalah yang kecil.
Ingat antara kebaikan ini.
Allah menguji hambaNya tanda sayang.
Semoga kita semua dapat menghayati bait-bait ayat dalam surah ini dan beroleh ketenangan yang didambakan. Selamat beramal !
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah...