Kejelitaan, kecantikan dan kemulusan kulit wajah Duchess Kate Middleton, sememangnya tidak perlu dipertikaikan lagi. Jika tidak masakan Prince William jatuh cinta padanya sehingga menjadikan Kate sebagai suri di hatinya.
Ramai yang tertanya-tanya, apakah rahsia disebalik kejelitaan dan kemulusan kulit wajah Kate yang menjadi dambaan ramai wanita diluar sana. Rata-ratanya menzahirkan rasa cemburu terhadap kecantikan kerabat Di Raja British itu.
Baru-baru ini, jurusolek peribadi kepada Puteri Wales itu, Deborah Mitchell mendedahkan ‘rahsia’ kecantikan permaisuri kesayangan ramai itu adalah hanya menggunakan sapuan coklat jenama Nutella.
Artikel berkaitan: Dambakan Kulit Persis Artis Korea Tanpa Bazir Wang? Buat Sendiri ‘Masker’ Tembikai 2 Bahan Ni Di Rumah!
Ketika diwawancara bersama ITV, Deborah mendedahkan bahawa Kate mengamalkan sapuan Nutella pada wajahnya sebagai masker muka. Ini demikian kerana, sapuan coklat yang kaya dengan ekstrak kacang hazel itu disifatkan mampu membantu melembapkan kulit wajah.
Bunyinya pelik sekali bukan? Tetapi inilah hakikat dan rutin kecantikan yang diamalkam oleh Duchess Kate Middleton untuk menjaga kecantikan dan kesihatan kulit wajahnya.
Tambah Deborah lagi, untuk mendapat hasil kulit yang lebih halus, mulus dan lembut, campurkan sapuan Nutella itu dengan beberapa sudu gula.
Kate mengamalkan rutin masker Nutella ini, selama tujuh hingga lapan hari. Tetapi awas! Untuk keberkesanan yang optimum, jangan sesekali anda campurkan sapuan Nutella itu bersama air.
Sekadar info, Deborah bukan hanya seorang jurusolek kepada Kate, malah juga penasihat kecantikan kepada Victoria Beckham dan Gwyneth Paltrow.
Sumber: Insider
Artikel berkaitan: Amalkan Masker Telur & Kunyit, Kulit Jadi Lembut & Licin. Jerawat Pun Dah Tak Muncul!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.