Kasut Sukan Pun Ada Tarikh Luput Walaupun Jenama ‘Mahal’

Share

Bagi yang gemar berlari, kasut adalah komponen penting dan pemilihan kasut yang sesuai mesti berpandukan kriteria seperti jenis atau bentuk kaki serta gaya berlari.

Ini kerana, kasut untuk sukan berlari direka khusus bukan saja untuk memantapkan teknik larian, tetapi bagi mengurangkan impak pada kaki, lutut dan jari kaki seterusnya mengelakkan pelbagai masalah sakit kaki serta kecederaan daripada berlaku.

Jika anda seorang yang gemar bersukan, pasti anda akan sedar bahawa kasut yang telah digunakan lebih daripada setahun tidak lagi selesa untuk dipakai. Hal ini kerana, setelah berlari lebih daripada 400 hingga 500 kilometer, kusyen pada kasut tersebut akan mula hilang dan menipis.

Perkara ini juga akan memberi kesan sampingan kepada kaki seperti mengalami sakit sendi dan tapak kaki. Tempoh setahun adalah masa yang paling sesuai untuk anda menukar kepada kasut sukan baru.

Walau bagaimanapun betulkah sebenarnya kasut pun ada expired date terutamanya kasut sukan? Sebenarnya tidak kira apa sahaja jenama kasut sukan yang mahal, semua kasut sukan ada tamat tempoh. Sebab itulah selalunya ada acara pelepasan stok untuk kasut sukan. (jual murah)

Tidak kiralah sama ada kita memakainya atau pun tidak, atau kita hanya simpan kasut di dalam almari sepanjang masa (orang bilang masih bau kedai), selepas masa tertentu (mungkin 2-4 tahun), gam kasut akan mula tidak kuat/mula terbuka dan kasut tertanggal dengan sendiri.

Sumber kredit: Steemit.com

Published by
Norhasliza