Bagi yang gemar berlari, kasut adalah komponen penting dan pemilihan kasut yang sesuai mesti berpandukan kriteria seperti jenis atau bentuk kaki serta gaya berlari.
Ini kerana, kasut untuk sukan berlari direka khusus bukan saja untuk memantapkan teknik larian, tetapi bagi mengurangkan impak pada kaki, lutut dan jari kaki seterusnya mengelakkan pelbagai masalah sakit kaki serta kecederaan daripada berlaku.
Jika anda seorang yang gemar bersukan, pasti anda akan sedar bahawa kasut yang telah digunakan lebih daripada setahun tidak lagi selesa untuk dipakai. Hal ini kerana, setelah berlari lebih daripada 400 hingga 500 kilometer, kusyen pada kasut tersebut akan mula hilang dan menipis.
Perkara ini juga akan memberi kesan sampingan kepada kaki seperti mengalami sakit sendi dan tapak kaki. Tempoh setahun adalah masa yang paling sesuai untuk anda menukar kepada kasut sukan baru.
Walau bagaimanapun betulkah sebenarnya kasut pun ada expired date terutamanya kasut sukan? Sebenarnya tidak kira apa sahaja jenama kasut sukan yang mahal, semua kasut sukan ada tamat tempoh. Sebab itulah selalunya ada acara pelepasan stok untuk kasut sukan. (jual murah)
Tidak kiralah sama ada kita memakainya atau pun tidak, atau kita hanya simpan kasut di dalam almari sepanjang masa (orang bilang masih bau kedai), selepas masa tertentu (mungkin 2-4 tahun), gam kasut akan mula tidak kuat/mula terbuka dan kasut tertanggal dengan sendiri.
Sumber kredit: Steemit.com
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Effect Masker ‘Glowing’ Dari 3 Bahan Dapur Diamal Wanita Ini, Boleh Lenyapkan Wajah Kusam & Jadi Lebih ‘Flawless’
Tidak kiralah sama ada seseorang itu masih gadis atau sudah mempunyai cahaya mata, soal penjagaan wajah memang tidak boleh dianggap remeh. Kalau boleh mahu wajah sentiasa jadi putih, halus dan berseri. Kalau banyak duit tak salah buat rawatan di spa,sebulan sekali sebagai tanda reward diri.
Tetapi anda juga boleh mencuba cara alami dengan hanya menggunakan bahan asas yang ada dalam peti sejuk atau dapur anda.
Perkongsian petua cantik wanita anak dua ini memang sangat terkesan hasilnya. Lihat sahaja perubahan pada wajahnya yang kelihatan cukup flawless dan glowing.
Baca Juga Artikel Berkaitan: Baby Powder Juga Boleh Buat Kita Jadi Cantik
Wanita yang membahasakan diri sebagai Cik Ann hanya melakukan masker glowing ini pada hujung minggu sahaja.
Hanya dibuat seminggu sekali dan hasilnya memang wajah akan jadi glowing dan licin tanpa ada jerawat.
Sebelum ini dia juga pernah berkongsi masker yang dibuat daripada yogurt dan asam jawa tetapi kali ini hanya menggunakan yogurt sahaja.
Tanpa perlu mencuci dengan air dan hanya guna tisu basah untuk lap sebaik selesai menggunakannya.
Bahan Utama:
Yogurt
Madu
Soda bikarbonat
Tisu basah
Cara Memakainya:
Campur semua bahan dan sapu terus di muka. Ratakan hingga ke seluruh wajah.
Biarkan hingga kering. Tak payah cuci dengan sabun atau air supaya masker betul-betul meresap ke dalam kulit.
Selepas lap hasil memang nampak glowing tanpa perlu mengenakan bedak asas atau bahan mekap lain.
PESANAN CIK ANN
Tetapi Cik Ann pesan supaya tidak membuatnya hanya sekali sahaja, sebaliknya buat secara konsisten. Barulah hasilnya benar-benar mengejutkan.
SUMBER: FACEBOOK NURRAIHAN ISMAIL
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Pelanggan Tak Cukup Nak Bayar Ibu Halalkan…’, Jual Makanan Bawah RM5, Ramai Doakan Mak Cik Ini Murah Rezeki
Isi Kandungan
ToggleSudah tibalah waktu pelajar universiti pulang ke kampus atau asrama masing-masing untuk menghadiri kelas secara berdepan. Bila dah pulang, kenalah pandai berdikari dan berjimat cermat. Selalunya, pelajar rasa terbeban untuk mengisi perut dek kerana harga makanan yang mahal. Namun, bagi pelajar berdekatan dengan lokasi perniagaan satu ini, anda sangat berutung kerana masakan yang dijual sangatlah murah!
Mengimbas kembali satu video yang pernah tular di TikTok, mengenai ‘Warung Ibu’ yang menjual makanan dengan harga yang sangat murah. Sehingga ada yang menyatakan harga tersebut tidak masuk akal dan meminta pemiliknya menaikkan harga.
@haizumhasan Aq pun confuse, tang mana untung tak tahu..#makan #masakanpanas #murah #sedap #kelate ♬ Che La Luna – Louis Prima with Sam Butera & The Witnesses
Menurut Haizum Hasan yang telah memuat naik video berkenaan di aplikasi TikTok, warung tersebut adalah milik ibunya iaitu Noorasiah Che Yusoff berusia 52 tahun. Warung yang diberi nama ‘Warung Ibu’ itu telah diusahakan sejak empat tahun lalu. Video itu telah mendapat 25.1K kesukaan serta 533 komen daripada warganet.
Melalui video yang telah dikongsikan tersebut, warung milik ibunya itu telah menjual menu seperti mi goreng, nasi goreng, kuey teow goreng dan sup dengan berharga hanya RM3 setiap hidangan. Mustahil kan nak dapat harga serendah itu di zaman sekarang ini? Memang ‘heaven’ lah pelajar yang tinggal berdekatan situ.
@haizumhasan Kami jual murah2 jer.. #warungibubykakyah #masakanpanasmurah #makanankelantan ♬ Это любовь – Амирчик
“Warung kami terletak berdekatan dengan Maahad Amir, jadi pelajar adalah antara pelanggan tetap. Ibu kata biar berniaga dengan harga macam ni, asalkan ramai orang datang, daripada berniaga mahal dan tak ada orang datang.” ujar Haizum melalui temubualnya bersama mstar.
Artikel berkaitan: Sedekah Hampir 400 Helai Tudung Walaupun Bukan Sebangsa, Niat Hanya Untuk Membantu Mangsa Banjir.
Niat berniaga sambil beramal
Tambahan itu, Haizum juga menyatakan bahawa ibunya pernah mengalami kesukaran kerana kenaikan harga barang, namun masih memilih untuk mengekalkan harga demi meringankan beban pelanggan.
“Ibu pernah juga mengadu harga barang banyak naik. Tapi apabila ditanya kenapa tak mahu naikkan harga makanan di warung, ibu kata dia kesian pelanggan yang terdiri daripada orang kampung dan pelajar.”
“Pernah je pelanggan tak cukup nak bayar tapi ibu halalkan. Secara tak langsung, berniaga sambil beramal”. tambahnya lagi.
Mendapat respon positif daripada warganet
Haizum menyatakan bahawa dia sekadar ‘suka-suka’ untuk memuat naik video itu di aplikasi Tiktok, dan tidak menyangka perkongsian tersebut berjaya meraih perhatian warganet.
“Semoga dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki oleh Allah SWT”
“Semoga makcik nie. kaya raya. amin..”
“Harga-harga masakan panas macam tahun 2010 dulu”
“Ya Allah kak, boleh untung ke niaga mcm ni. Murah rezeki akak..”
“Alhamdulillah, jual sambil bersedekah..”
Artikel berkaitan: Rezeki Kekal Mencurah-curah Jika Amal 7 Konsep Sedekah Ini. Paling Mudah Baca Al-Fatihah
Murah rezeki makcik kerana ramai yang turut mendoakan. Buat anda yang tinggal berdekatan dengan Warung Ibu, anda boleh lah singgah ke warung ini. Warung Ibu by Kak Yah ini bertempat di Jalan Pondok, Kg Beris Kubur Besar, Bachok, Kelantan dan beroperasi setiap hari seawal 6.30 pagi hingga 12 malam.
Sumber info dan gambar: Mstar dan @haizumhasan
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ini 9 Senarai Pilihan Produk Pencuci Muka Bajet Bawah RM50, Yang Penting Kesannya Setanding Jenama Mewah
Isi Kandungan
ToggleSebagai wanita, kita memang perlu menjaga rutin kecantikan kulit wajah. Namun lambakan pelbagai produk boleh membuatkan kita keliru yang mana satu pilihan terbaik. Dan jika salah pilih produk pencuci muka yang tidak sesuai dengan kulit wajah akan mengakibatkan ketidak selesaan pada kulit wajah, jangkitan kuman, iritasi atau kerengsaan hingga menyebabkan timbulnya jerawat.
Jadi pemilihan produk pencuci wajah yang betul akan memberikan kesan terbaik pada kulit wajah. Hijabista senaraikan produk yang terbaik untuk pencuci muka. Bukan sahaja mudah didapati terutama di drugstore, tetapi juga harga ditawarkan sangat berpatutan iaitu hanya sekitar bawah RM50 sahaja.
1. Cetaphil Oily Skin Cleanser
– Pencuci muka terbaik untuk kulit berminyak kerana ia merupakan non-comedogenic (tidak memblok loang pori) dan boleh digunakan sebagai ubat jerawat.
– Berfungsi memberikan kesan berbuih yang lembut pada kulit untuk singkirkan minyak, kotoran dan mekap tanpa meninggalkan kesan kekeringan pada kulit wajah.
– Harga mulai RM38.99
2. Himalaya Purifying Neem Face Wash
– Pencuci muka herba terbaik dari drugstore
– Diformulasikan dengan daun neem, kunyit dan vetiver untuk singkirkan kotoran pada wajah tanpa mengeringkan kulit.
– Produk bebas dari SLS, paraben dan bahan kimia yang boleh rosakkan system reproducktif seseorang.
– Harga mulai RM27.46
3. GARNIER MEN Turbolight Oil Control Anti-Impurities Charcoal Foam
– Terbaik untuk lelaki kulit berminyak serta kusam.
– Bertindak sebagai age pencerah dan penghapus kulit kusam, wajah akan tampak berseri dari jauh.
– Terbukti berkesan lepas 4 minggu penggunaannya.
– Harga mulai RM11.85
4. EVERSOFT Gingko & Yuzu Cleansing Foam
– Pencuci muka dari bahan organik
– produk yang diformulasikan di Jepun dengan 100% tumbuh-tumbuhan organik.
– Produk ini sesuai untuk semua jenis kulit terutama untuk kulit berminyak cenderung berjerawat dan berfungsi sebagai pelembap buat anda yang berkulit kering.
– Harga mulai RM16.83
5. NARUKO Raw Job’s Tears Supercritical CO2 Pore Minimizing & Brightening Foaming Wash
– Sesuai untuk kulit kusam, terbaik untuk mencerahkan kulit.
– Mampu untuk menghapuskan sel-sel kulit mati dan meninggalkan lapisan kulit baru dengan membersihkan kotoran secara lembut pada kulit wajah.
– Dicipta khas untuk menghalang penghasilan minyak yang berlebihan serta tidak akan mengeringkan kulit.
– Harga mulai RM32.00
6. EUCERIN Pro-Acne Solution Cleansing Gel
– Terbaik untuk kulit berjerawat, jeragat dan kesan parut
– Diformulasikan secara klinikal, produk ini non-comedogenic serta bebas kandungan sabun dan haruman.
– Kandungan 6% Ampho-Tensides, ianya membersihkan kulit anda dengan lembut dan berkesan menghapuskan kotoran dari alat solekan serta penghasilan sebum berlebihan.
– Harga mulai RM47.00
7. Sebamed Facial Cleanser for Oily and Combination Skin (150ml)
– Terbaik untuk kulit kombinasi
– Pencuci muka ini bebas alkali, memberikan cucian yang sederhana kepada kulit wajah dan sangat berkesan, malah memberikan cucian yang mendalam secara lembut terhadap pori-pori.
– Harga mulai RM49.80
8. Innisfree Jeju Volcanic Pore Cleansing Foam 150ml
– Pencuci muka diimport khas dari Korea
– Jenis berbuih yang berfungsi untuk menutup liang pori yang terbuka di kulit wajah.
– Kaya dengan mineral ini berfungsi untuk menghapuskan sel-sel kulit mati dan meninggalkan lapisan kulit yang licin, mengembalikan kesegaran serta wajah anda tampak berseri dari jauh.
– Harga mulai RM33.00 10
9. OXY Pure White Wash
– Pencuci muka sesuai untuk remaja yang baru sahaja mengenali dunia penjagaan dan kecantikan wajah.
– Teksturnya mengandungi bahan untuk mencerahkan, pengelupasan dan menghalang penghasilan minyak yang berlebihan pada kulit wajah.
– Dengan matte sebagai sentuhan terakhir, kulit anda tampil berseri. Anda boleh lakukan aktiviti luar dengan penuh yakin.
– Harga mulai RM10.80
SUMBER: ProductNation.co
FOTO: GOOGLE – (TOP IMAGE SEBAGAI HIASAN)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI