Bukan sahaja pakaian, tetapi kasut juga harus dijaga dengan rapi supaya dapat dipakai dengan lama dan kualitinya tetap terjaga walaupun sudah beberapa kali digunakan. Pelbagai cara yang dapat anda lakukan untuk memastikan kasut tidak mudah terhakis, pudar warnanya ataupun tapak tertanggal.
Antara cara terbaik yang anda boleh lakukan untuk menjaga kasut adalah:
1. Selalu terjadi jika hari hujan, pastikan kasut anda yang basah dibiarkan kering di kawasan bersuhu bilik. Elak menggunakan tenaga haba yang kuat atau alat pengering kerana ia menyebabkan kasut longgar, terkupas, pudar warna dan mudah merekah.
2. Selain itu, elakkan dari menjemur kasut di bawah cahaya matahari yang terik dan membahang dalam kadar masa yang terlalu lama kerana boleh menyebabkan kasut jadi reput. Jika kasut sudah reput, warnanya akan pudar, kulitnya mudah tertanggal dan tapaknya juga tidak akan kuat.
3. Untuk anda yang suka memakai kasut tumit tinggi, jangan sesekali memakainya di perjalanan lasak kerana memungkinkan kasut untuk cepat rosak, malah ia memberi ketidakselesaan semasa memakainya.
4. Untuk memastikan kualiti kasut terus terjaga dan kualitinya masih elok,, usah longgokkan kasut di satu tempat. Asingkan mengikut jenis kasut, dikhuatiri kasut berlaga satu sama lain terutamanya bagi jenis kasut bertumit tinggi dan tajam.
5. Jika kasut terkena kotoran, bersihkannya dengan segera. Membiarkan kotoran pada kasut akan menyebabkan ia menjadi kotoran kekal dan meninggalkan warna kuning yang merosakkan kecantikan sepatu.
6. Pernah tak anda melihat ada kesan lipatan pada kasut yang menyebabkan kualitinya tidak elok? Oleh itu, jangan melenturkan kaki ketika memakai kasut kulit adalah perkara yang tidak digalakkan. Terutamanya pada kasut yang mempunyai material plastik, getah mahupun kulit. Trik yang terbaik, Sumbat bahagian depan kasut dengan kertas serta penahan khas di dalam kasut agar bentuk kasut kekal dan tidak membengkok mahupun terlipat.
7. Jangan biarkan kasut yang terkena lopak tanpa membasuhnya. Lumpur yang terlekat menjadikan kasut mereput dengan pantas.
8. Elak memakai stokin yang sama setiap hari kerana ia memerangkap bau peluh kaki anda di dalam kasut.
9. Bagi anda yang mempunyai masalah kaki berbau, letak pewangi di dalam rak kasut bagi menghilangkan bau kaki yang terperangkap sekali gus menjadikan bau kasut lebih segar.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe