‘Kasut Anak Kotor, U Bersihkan’- Sheila Rusly Sebak Kenang Pengorbanan Suami Sempena Hari Bapa

Share

Menghargai segala pengorbanan suami tercinta, pelakon serba boleh iaitu Sheila Rusly menulis penghargaan buat suaminya, Azman Yahya atau lebih dikenali sebagai Jinggo bersempena dengan Hari Bapa yang diraikan semalam.

Bersyukur dikurniakan seorang suami yang sangat bertanggungjawab, Sheila juga turut merasa sebak bila mengingatkan segala pengorbanan yang telah dilakukan oleh suaminya.

Umur dah 54 pun handsome🥰

24 tahun celebrate Father’s Day tapi u masih kejutkan anak solat subuh. U masih call anak remind them to solat. U sanggup tinggalkan kerja pasal anak. Sampai sekarang nampak kereta anak kotor u basuhkan rosak u repairkan. Kasut anak kotor u bersihkan, basah u jemurkan. Tu tak termasuk duit yg u dah belanjakan.

1.Duit hospital anak

2.Duit sekolah & kolej anak

3.Duit poket anak

4.Duit makan & minum anak

5.Duit letrik, air, wifi anak

6.Duit gaji bibik jaga anak

7.Duit holiday dengan anak

Tak termasuk duit belanja kahwin anak (kalau ada jodoh) So.. i rasa 1 day is not enough to honour how special of a father u are b’coz u are AMAZING everyday of the year babe!! Happy father’s day Tok Sidang We love you!! Bergenang pulak airmata ni tiberrrrr..

Membalas ucapan manis daripada isteri tercinta, Jinggo mengucapkan terima kasih dan menjelaskan itu adalah tanggungjawab yang harus dilaksanakan olehnya sebagai seorang ayah.

“Thank you babe. Bukan apa yang I dah buat untuk you dan anak-anak tetapi apa yang I kena buat untuk you dan anak-anak. Itu yang ayah pesan kalau nak jadi ‘ayah’ macam ayah. Love you babe.”

Kehebatan seorang lelaki juga adalah disebabkan sokongan padu daripada seorang wanita yang bergelar isteri di belakangnya. Moga keluarga ini akan terus mengecap bahagia di dunia dan akhirat. Amin.

Published by
QIST