Kumpulan dUCk menyatukan 150 rakyat Malaysia Bersama-sama melalui Lelong ‘Paint Your dUCk’ untuk Menyokong Barisan Perubatan. Dana yang dikumpulkan dari lelong akan disumbangkan kepada IMARET untuk membeli peralatan perubatan dalam usaha bantuan COVID-19.
Lelongan ‘Paint Your dUCk’ telah dianjurkan dari 20hb hingga 27hb Julai di www.getducked.com. Menerusi lelongan itu, peserta peraduan ‘Paint Your dUCk’ diminta memaparkan lukisan di permukaan kotak ungu mereka di laman web dUCk untuk dibeli oleh pihak yang berminat bagi tujuan amal. Dana yang dikumpul akan disumbangkan kepada IMAM Response & Relief Team (IMARET) untuk membeli peralatan perubatan seperti tangki oksigen dan untuk membantu menyenangkan tenaga dan menggerakkan sukarelawan di Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) dan PPV bergerak.
Kes-kes COVID-19 di negara kita telah meningkat dengan mendadak baru-baru ini dan barisan perubatan kita bekerja sepanjang masa untuk merawat pesakit COVID-19 di Malaysia. Pasukan dUCk telah berhubung dengan Dr. Husna Musa, Ahli Pengasas & Exco IMARET, yang menjelaskan bahawa mereka amat memerlukan tangki oksigen dan sukarelawan untuk menyokong usaha berterusan menangani pandemik. Pasukan dUCk mengambil keputusan untuk memberikan sokongan dengan mengumpul dana untuk membantu menangani keadaan yang amat mencabar ini.
Sambutan positif
“Untuk penggalangan dana ini, kami ingin melakukan sesuatu yang berbeza dan menyeronokkan yang secara langsung melibatkan masyarakat. Saya begitu terpesona dengan lukisan dari peraduan ‘Paint Your dUCk’! Pelanggan kami sangat berbakat dan ini adalah penemuan yang tidak disengajakan.
Saya tahu ini boleh menjadi sesuatu yang lebih besar dan pada masa yang sama, menuju tujuan yang baik. Kami mahu mereka merasa bangga dan menjadi sebahagian daripada projek ini dengan mengumpulkan dana melalui ciptaan mereka sendiri,” kata Vivy Yusof, Ketua Pegawai Kreatif dan Pengasas Bersama The dUCk Group.
“Mendapat sambutan yang luar biasa dari pelanggan dan ada juga dikalangan profesional. Melihat ramai mengambil inisiatif untuk melukis lebih dari satu dan ada juga beberapa datang dalam empat set! Usaha yang mereka lakukan sungguh menghiburkan! Seronok melihat mereka berkumpul untuk tujuan yang baik dan menggunakan kotak dUCK dengan cara yang positif. Saya sangat bangga menjadi sebahagian daripada komuniti ini,” kata Khadijah Mat Piah, Pengurus Projek lelong‘ Paint Your dUCk ’.
Seni dengan Tujuan
Kejayaan lelongan terletak pada pelanggan yang menyenaraikan karya seni mereka yang indah untuk menyokong inisiatif The dUCk Group. Lelongan karya kotak ungu itu menyaksikan seramai 150 seniman turut serta dengan 483 karya seni unik yang tersenarai untuk dijual.
View this post on Instagram
Selain lelongan ‘Paint Your dUCk’, dUCk bekerjasama dengan Art Battalion untuk melancarkan koleksi Hope by Art Battalion untuk menyokong industri seni yang terkena dampak sejak wabak ini. Art Battalion adalah sekumpulan seniman mural profesional Malaysia yang terkenal dengan mural mereka. Sehingga kini, mereka telah melukis lebih dari 500 mural di seluruh Malaysia. dUCk bekerjasama dengan 22 artis mereka untuk membuat 107 beg membeli-belah dUCk yang dilukis dengan tangan. Koleksi, yang dilancarkan pada 15 Julai habis terjual dalam masa 3 minit! Layari laman Instagram mereka @ art.battalion untuk melihat ciptaan Art Battalion atas tanda sokongan karya seni mereka.
Sumbangan Tidak Berhenti Di Sini
Sesuai dengan komitmen mereka untuk menyokong masyarakat yang memerlukan, ini bukan inisiatif pertama aliran dana dari The dUCk Group. Baru-baru ini, dUCk berganding bahu dengan MyFundAction untuk melancarkan dana kecemasan untuk mengumpulkan sejumlah RM500,000 untuk memberi makan kepada keluarga yang mengalami kerugian.
Manakala pada bulan Mei, The dUCk Group bekerjasama dengan Viva Palestina Malaysia (VPM) untuk menubuhkan dana kecemasan untuk memberikan bantuan perubatan dan kritikal untuk mangsa Palestin. Hanya dalam 2 hari, The dUCk Group dapat mengumpulkan dana sebanyak RM1,000,000. Untuk menambahkan lagi kegembiraan semasa perayaan Raya tahun ini, dUCk menyumbang RM100,000 ke rumah orang tua di seluruh Malaysia untuk meraikan majlis tersebut.
Pada tahun 2020, kumpulan itu menyumbangkan 1,700 selendang Fluff dUCk, yang merupakan tudung dari 100% kapas untuk barisan depan, yang diedarkan melalui Pertubuhan Ikram Malaysia.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI