Kanser Tisu Atau Sarcoma Jarang Berlaku Tetapi Sangat Berbahaya. Terutama Yang Mempunyai Genetik.

Share

Kanser merupakan satu penyakit yang menjadi punca kematian tertinggi di kalangan manusia. Sehingga kini penyelidikan belum dapat menjawab serta mencegah penyakit kanser daripada berlaku, walaupun secara amnya, manusia sudah memahami sebab kenapa kanser berlaku dan bagaimana hendak merawatnya.

Terdapat pelbagai jenis kanser yang telah direkodkan, setiap jenis kanser biasanya dinamakan mengikut organ atau pun tisu. Kanser yang paling popular yang sering hidapi oleh wanita ialah kanser payudara dan kanser servik tetapi jarang kanser tisu atau Sarcoma didedahkan dan dikupas lebih lanjut. Jom hijabista ingin kongsi sedikit tentang kanser tisu yang perlu anda tahu.

Kanser tisu jarang berlaku tetapi sangat berbahaya

Sarcoma adalah kanser yang berlaku pada tisu lembut seperti otot, saraf, lemak, saluran darah, tendon dan cecair dari sendi (synovium). Kanser ini jarang berlaku tetapi sangat berbahaya dan jika tidak dikesan dan dirawat awal boleh mengakibatkan kematian.

Salah satu contoh adalah Kaposi sarcoma dan biasanya berlaku kepada pesakit dengan sistem imun yang lemah seperti AIDS. Walaupun gangguan ini boleh berlaku pada sebarang usia ia biasanya dilihat pada pesakit yang lebih tua.

Risiko terkena sarcoma ini meningkat dengan pendedahan kepada bahan kimia klorida vinil dan dioksin. Pesakit yang pernah terdedah rawatan radiasi untuk rawatan kanser lain juga mempunyai risiko alami penyakit kanser sarcoma ini.

Kanser tisu atau sarcoma boleh berlaku di mana sahaja tetapi yang paling biasa ditemui berlaku di bahagian perut, lengan dan kaki.

BACA JUGA ARTIKEL INI: Hidap Kanser, Maya ‘Matahari’ Meninggal Dunia

Sarcoma

Merupakan kanser jenis malignant yang terbentuk pada tisu yang bersambung (connective tissue) seperti tulang dan juga tisu lembut yang ada pada badan manusia, ini termasuklah pada daging, lemak, saluran darah serta saluran kelenjar.

Walaupun diklasifikasikan sebagai kanser yang jarang berlaku, sarcoma mempunyai lebih dari 50 jenis dan biasanya terbahagi kepada dua kategori; jenis yang tumbuh pada tisu lembut seperti daging dan jenis yang tumbuh pada tulang, ketumbuhan pada tulang biasanya dikenali dengan nama Osteosarcoma.

Sarcoma boleh dirawat dan pada kebiasaannya pembedahan akan digunakan bagi membuang kawasan yang telah terkena jangkitan namun ia mampu menyerang kembali selepas beberapa tahun jika tiada langkah kawalan diambil.

Risiko terjadinya sarcoma

Tidak ada dokumen atau hujah kukuh mengenai punca sebenar kehadiran sarcoma pada tubuh manusia, namun terdapat beberapa faktor yang meningkatkan risiko terjadinya serangan, antaranya adalah:

Gambar sekadar hiasan
  • Individu yang mempunyai pertalian darah dengan mereka yang pernah mengidap sarcoma.
  • Individu yang penyakit tulang yang dikenali dengan nama penyakit paget.
  • Individu yang mempunyai masalah genetik seperti neurofibromatosis, Gardner syndrome, retinoblastoma, atau Li-Fraumeni syndrome.
  • Individu yang pernah terdedah kepada radiasi, biasanya pada sesi rawatan kanser sebelumnya.

Tanda-tanda sarcoma

Sarcoma yang menyerang tisu lembut adalah sangat sukar untuk dikenali sehingga ianya membesar pada tahap mampu dikesan, ketumbuhan jenis ini mampu tumbuh pada mana-mana bahagian di dalam badan.

Antara tanda awal kehadiran ketumbuhan ini adalah wujudnya ketulan namun tidak menyakitkan, pada saat ketulan itu telah besar, ianya akan menghimpit saluran darah atau otot sehingga menyebabkan ketidakselesaan atau kesukaran bernafas jika ia tumbuh pada sekitar paru-paru.

Tidak ada kaedah khas untuk mengesan kehadiran awal ketumbuhan ini sehinggalah simtom kehadirannya dapat dikesan sepenuhnya.

SUMBER: INFOKANSER

Published by
SH