Kanser Ovari; Doktor Ini Kongsi Siapa Yang Berisiko, Peringkat Kanser & Rawatan Yang Boleh Dilakukan

Share

Sistem pembiakan wanita terdiri daripada beberapa organ termasuk ovari, tiub fallopio, rahim, serviks dan faraj. Ovari ialah dua organ kecil yang menghasilkan telur (ovum) dan hormon.

Mengikut laporan Pendaftaran Kanser Kebangsaan Malaysia 2012 hingga 2016, barah ovari adalah barah keempat paling biasa dialami wanita di negara ini.

Dicatatkan bahawa setiap seorang daripada 167 wanita mempunyai risiko mendapat penyakit barah ovari seumur hidup.

Lebih daripada separuh kes penyakit ini (56.3 peratus) dikesan pada peringkat lanjutan iaitu peringkat tiga dan empat.

Ovari yang ‘sihat.’

Dalam keadaan ini, penyakit itu sudah merebak di luar ovari membabitkan peritoneum dan organ bersebelahan seperti hati, usus serta pundi kencing.

Berikut perkongsian daripada Dr. Ahmad Samhan tentang penyakit kanser ovari.

Kanser ovari adalah kanser ke-4 yang paling tinggi di kalangan wanita di Malaysia. Ovari adalah organ yang menghasilkan telur wanita dan juga menghasilkan hormon wanita seperti estrogen dan progesteron.

SIAPA BERISIKO DAPAT KANSER OVARI?

1. Wanita yang tidak pernah hamil
2. Wanita yang tidak mempunyai banyak anak
3. Makan makanan tinggi lemak dan obesiti

4. Wanita yang mencapai akil baligh awal dan lewat menopos
5. Wanita yang hamil pada usia lewat
6. Sejarah keluarga kanser ovari

APA TANDA-TANDA KANSER OVARI?

1. Keletihan yang melampau
2. Kesakitan semasa seks

3.Kesakitan di bahagian perut, pelvis, belakang, atau kaki
4. Bengkak di bahagian perut(perutnya membesar/membusung)
5. Loya, senak, gas, sembelit, atau cirit-birit
6. Pendarahan faraj yang luar biasa (tempoh berat, atau pendarahan selepas menopaus)

APAKAH PERINGKAT KANSER OVARI?

Peringkat 1: Kanser adalah pada salah satu daripada kedua-dua ovari. Ia tidak merebak ke bahagian lain badan.

Peringkat 2: Kanser telah merebak di luar ovari ke rantau pelvik. Ini boleh melibatkan rahim, tiub fallopian, pundi kencing dan rektum.

Peringkat 3: Kanser telah merebak di luar pelvis ke bahagian perut.

Peringkat 4: Kanser telah merebak di luar abdomen ke organ-organ lain seperti hati dan paru-paru.

RAWATAN KANSER OVARI

1. Pembedahan membuang ketumbuhan kanser ovari
2. Rawatan kemoterapi: rawatan ubat yang membunuh sel-sel kanser
3. Rawatan radioterapi: menggunakan dos radiasi yang tinggi untuk membunuh sel-sel kanser

Salam takziah buat pemergian penyanyi lagu Terlalu Istimewa, Adibah Noor. Al- fatihah.

Sumber kredit: Dr. Ahmad Samhan

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Norhasliza