Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, pastinya menjadi antara individu paling terkenal di Malaysia pada saat ini disebabkan peranannya dalam membendung penularan wabak covid-19 di negara kita.
Bukan itu sahaja, beliau juga telah mendapat sanjungan daripada dunia apabila diiktiraf sebagai tiga doktor terulung di peringkat global. Jadi, tidak hairanlah jika ramai yang menjadikannya sebagai idola dalam hidup mereka.
Tular di media sosial mengenai seorang kanak-kanak perempuan, Lara Khadijah McAfee yang berusia sembilan tahun mengirimkan surat kepada Datuk Dr Noor Hisham serta gelang yang dibuat sendiri olehnya sebagai tanda persahabatan.
Ads
Lebih menarik lagi, surat itu telah dibalas oleh Datuk Dr Noor Hisham dan mengatakan cucunya sangat menyukai gelang tersebut. Berita gembira ini telah dikongsikan sendiri oleh abang Lara iaitu Iman di laman twitternya.
Adik saya telah menulis surat buat Dr. Hisham dan telah menghantarnya ke pejabat beliau. Hari ini saya telah mendapat mesej di WhatsApp dengan gambar surat rasmi yang telah dibalas oleh Dr. Hisham kepada adik saya. Beliau sangat merendah diri dan saya sangat menghormatinya dengan apa yang telah dilakukannya buat negara.
Ads
“Terima kasih di atas segala sumbangan doktor. Semoga sentiasa berada dalam keadaan selamat.” – Lara
Ads
Dalam surat balasannya, Dr. Hisham menyatakan rasa terharunya di atas sokongan yang diberikan dan menjelaskan yang beliau tidak keseorangan kerana ada pasukan yang hebat di sisinya. Beliau juga mengharapkan Lara akan terus belajar dengan gigih supaya suatu hari nanti dia juga boleh menjadi wira negara.
Selepas membaca isi kandungan kedua-dua surat tersebut, ramai yang mengakui sebak dan berasa terharu dengan balasan yang diberikan oleh Dr. Hisham. Sememangnya beliau layak diangkat sebagai wira negara. Beruntung sungguh Lara!
Ahli Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) berpeluang membuat permohonan i-Lestari daripada akaun 2 sehingga 30 April ini bagi pengeluaran bermula Mei.
Permohonan i-Lestari itu boleh dibuat menerusi i-Akaun secara dalam talian. Namun kini ada cara yang lebih mudah untuk memohon.
Berikut perkongsian Akhtar Syamir.
Tak perlu dah susah-susah buat i-akaun untuk mohon i-Lestari.
Apa tu i-Lestari?
Kemudahan untuk mengeluarkan sehingga RM500 dari akaun 2 KWSP. Sebelum ini, pencarum perlu cipta i-akaun dahulu dan mohon dari situ. Memandangkan ini telah menyukarkan orang ramai, Kerajaan telah membuat satu inisiatif bagus untuk memudahkan permohonan i-Lestari.
Hanya klik https://ilestari.kwsp.gov.my/ dan pilih PERMOHONAN BAHARU untuk mula memohon. Nak semak permohonan pun boleh.
INI LANGKAH-LANGKAHYA:
Maklumat ringkas berkenaan i-Lestari.
1. Pengeluaran i-Lestari adalah berkuatkuasa bagi tempoh 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021.
2. Pengeluaran adalah daripada Akaun 2 sahaja dan secara bulanan. Bilangan bulan yang boleh dikeluarkan dikira dari tarikh penerimaan permohonan sehingga tamat tempoh i-Lestari pada 31 Mac 2021.
3. Syarat kelayakan adalah warganegara Malaysia, Pemastautin Tetap dan Bukan Warganegara Malaysia, berumur di bawah 55 tahun dan mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 2.
4. Permohonan boleh dihantar mulai 1 April 2020 sehingga 31 Mac 2021.
5. Ahli KWSP boleh keluarkan minimum RM50 sehingga RM500 sebulan bergantung kepada baki di akaun 2.
6. Bayaran akan dibuat mulai bulan Mei 2020 untuk permohonan mulai April 2020 manakala permohonan mulai Mei 2020 akan dibayar mengikut tarikh permohonan.
7. Setelah permohonan dibuat, amaun yang dipilih tidak boleh diubah buat masa ini.
Siti Aafiyah boleh dikatakan antara bayi paling popular di negara pada ketika ini. Siapa yang tidak kenal dengan ibunya iaitu penyanyi kesayangan negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza. Apa sahaja yang dilakukannya pasti mencuri tumpuan.
Seperti telatah comelnya baru-baru ini dalam satu video yang dimuatnaik oleh ibunya di laman instagram, Aafiyah dilihat begitu kusyuk sekali melihat wajahnya dalam cermin. Comelnya!
Netizen dan rakan artis juga tidak ketinggalkan meninggalkan ribuan komen di laman instagram Datuk Seri Siti Nurhaliza. Semuanya tak puas melihat aksi Aafiyah yang begitu comel. Alahai!
Viral di laman sosial luahan hati seorang teman yang kehilangan teman akrabnya yang selama ini menemani dalam susah dan senang. Kesedihannya dan kerinduan diluahkan di laman twiter dan turut dikongsi oleh ramai netizen. Sebelum itu dalam satu posting milik instagram arwah, keluarga arwah Ros Adibah Abd Razak memberitahu bahawa dia telah dijemput menemui Illahi 19 November lalu setelah beberapa bulan bertarung dengan kanser otak.
A post shared by Ros Adibah bte Abd Razak (@roseadibah) on
Sebelum itu, arwah Rose telah dikenal pasti mendapat kanser otak beberapa bulan sebelum itu. Walaupun telah menjalani rawatan kimoterapi, tetapi doktor tidak dapat memastikan kanser dialami sudah berada pada ‘stage’ berapa. Arwah yang dalam proses untuk sihat tetapi dijemput oleh Allah terlebih dahulu.
Sebagai sahabat pemilik akaun yang menggunakan nama @SheraYuza telah mengimbas kembali detik dan momen bahagia bersama sahabatnya itu. Ternyata perkongsian di laman twiternya itu mendapat reaksi positif dari semua followernya. Dalam dua posting berbeza, telah mendapat retweet hampir 20 ribu yang menzahirkan takziah dan simpati tak berbelah bagi pada arwah sahabatnya itu.
Masing-masing membalas tweet yang turut mendoakan agar arwah tenang di sana dan segala memori akan disimpan dalam hati teman-temannya ini.
Ternyata gadis ini ketika hidupnya begitu disayangi kerana seorang yang baik, periang, mudah menolong orang dan sifatnya itu memang sangat disenangi rakan-rakan lain.
Justeru pemergiannya memang membuat teman-teman lain terasa. Bagi @Bella dia memberitahu bahawa arwah seorang yang baik, penyayang dan juga seorang pelajar yang baik.
@Aina Shafiqah pula mengimbas detik ketika mereka bersama-sama makan durian, menari depan cermin bersama-sama.
@Izzul Amin yang turut mengenali arwah tahu walaupun sedang sakit, tetapi dia begitu kuat dan berjuang untuk hidup.
Ada yang tidak begitu rapat turut mendoakan arwah Rose tetap sayang padanya. Mereka sentiasa ada bersama Rose dan turut menghadiahkan Al-Fatihah pada arwah.
Bagi yang tidak mengenali arwah juga turut menitipkan rasa simpati yang tidak berbelah bagi pada @SheraYuza. Mereka tidak dapat membayangkan jika perkara itu berlaku pada diri mereka tambahan lagi jika teman yang selama ini bergelak ketawa sepanjang masa.
@m.i.j.a juga turut terasa kehilangannya arwah dan berdoa agar ditempatkan di kalangan orang berima.
Manakala pesanan @Ismi Fimie pula membawa maksud cukup ‘deep’. Menurutnya, sahabat yang baik adalah sahabat yang sentiasa mendoakan kau dalam diam. Dan bila perginya seorang sahabat itu sentiasa diiringi dengan doa.
Lain pula permintaan @kim pula yang meminta keluarga arwah agar deactive account media sosial arwah yang masih ada. Seperti IG, Facebook atau Wechat sebagai menghormati arwah. Pesanannya agar delete jikalau ada gambar menampakkan aurat walaupun sedikit sebesar zarah.
Bagi @scharieen pula memberi ingatan bahawa Allah tarik orang kita sayang adalah kerana mahu tunjuk pada kita yang kematian semakin menghampiri.
Tidak kurang ada juga yang turut menceritakan pengalamannya yang turut kehilangan seorang teman ketika masih bersekolah. Dia merupakan teman terakhir yag sempat melawat dan menyuap makanan ke mulut temannya itu sebelum menemui pencinta-Nya.
Pesanan @Syahirah juga turut perlu kita yang masih hidup ambil kira. Bagus sekali pesanannya yang mengingatkan kita untuk jaga diri dan jaga kesihatan.
Setiap komen yang diterima diucapkan terima kasih oleh @SheraYuza yang berterima kasih semua rakyat Malaysia mendoakan sahabatnya itu. Dia dapat membayangkan arwah sahabatnya itu sedang bergembira di sana.
Satu yang admin perasan, seperti ada persamaan wajah antara dua sahabat ini. Admin juga doakan semoga arwah Rose tenang di sana dan di tempatkan di kalangan orang beriman.
Admin juga pernah rasa kehilangan dan tahu betapa peritnya. Namun kita yang masih hidup ini perlu teruskan kehidupan dan paling penting sentiasa mengingati Allah dan juga menjaga kesihatan diri.
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...