‘Kami Tunggu Awak Balik Ya’- Sertai Misi Di Syria, Ardell Aryana Sebak Tinggalkan Anak & Suami

Share

Sangat aktif dengan aktiviti-aktiviti kemanusiaan, selebriti jelita, Ardell Aryana kini sekali lagi menyertainya bagi membantu rakyat Syria serta Lubnan dan terpaksa meninggalkan suami dan anak buat sementara waktu.

Berkongsi di instagram, Nadzmi Adhwa turut memuat naik video sewaktu dia dan anaknya, Arwa Malaikha Urwa menghantar Ardell di lapangan terbang bagi menjayakan misi bantuan di sana.

Jelas Nadzmi, dia redha kerana sudah memahami semangat Ardell yang sukakan aktiviti kemanusiaan sejak dari mereka berkawan lagi.

Bini saya ni nampak je kuat tapi kememeh ☺️ kuat nangis.

Saya redha atas awak. Pergi lah bantu mereka ya. Dari kita kawan dulu awak dah buat benda ni 🤲🏻 1 pesan saya doakan kami disini ketika berada di bumi barokah as syam. Moga dengan asbab ini awak ke syurga firdaus tanpa hisab dan azab. Dan tariklah saya juga masuk kesana. Amin.

20 hours left dear love @ardellaryana ❤️

Tambah Nadzmi, dia juga mengharapkan urusan Ardell dipermudahkan dan orang ramai dapat mendoakan perjalanan pergi dan pulang isterinya yang tercinta itu.

Moga Allah redha ❤️ Semoga dipermudahkan segala urusan awak , kami tunggu awak balik ya @ardellaryana 😘 Apabila di tanah Syam doakan saya dan urwa disini ya sayang 🤲🏻

Doakan perjalanan isteri saya ke Syiria dan Lubnan ya sahabat semua. Semoga selamat pergi dan pulang ❤️

Menerusi ruangan komen, ramai yang mendoakan agar urusan jihad Ardell dipermudahkan termasuklah rakan-rakan artis seperti Ajak Shiro dan Bienda.

InsyaAllah, niat yang baik pasti Allah akan permudahkan. Selamat berjuang Ardell Aryana!

Published by
QIST